Nasihati Aku

Assalamualaikum all. Berat sangat perasaan aku sekarang. Harap admin dapat publish confession supaya dapat la aku baca doa dan nasihat baik2 dari korang semua.

Aku pempuan 32 tahun. Dulu aku pandai dan cepat tangkap pelajaran. Dari kecik, aku minat sangat dengan sains dan teringin menjadi angkasawan. Masa tu belum ada Program Angkasawan Negara tapi aku dah bercita2 nak terbang keluar dari bumi. Mana dapat info pun aku xtau la.

Tapi, ditakdirkan, bapak aku masukkan aku ke aliran agama. Bukan sekolah agama biasa ni, tapi pondok tahfiz nun jauh tersorok dalam hutan. Sebarang bahan bacaan tak dibenarkan kecuali al-Quran. Aku sempat la sekolah rendah sampai darjah dua. So aku pandai menulis-baca. Kat sekolah tahfiz tu aku selalu baca tafsir quran, sebab dah takde buku lain nak baca kan. Lepas tu aku suka menulis cerita. Aku tak tahu pun genre2 penulisan ni, bagi aku menulis untuk luahkan idea dan perasaan. Tiba2 dah siap novel bersiri. Tulis kat buku latihan sampai berbelas buah. Kawan2 asrama la jadi peminat setia. Dapat kat warden, kena rampas. Menulis tu jadi jenayah kat sekolah aku. Dorg tak tahu sebenarnya dorg yang buat mental abuse terhadap aku.

Tapi dalam ramai2 warden yang bertukar ganti, ada sorang je warden mualaf ni impressed dan galakkan aku menulis. Dia cadangkan aku hantar ke penerbitan. Tapi budak kecil yang duduk dalam hutan mana tahu nak cari publisher. Parents aku pun tak sokong. Mereka buat tak nampak je bakat aku. Yang penting dorg nak aku hafal quran. Titik.

9 tahun kat sekolah tahfiz ni, pendidikan formal aku memang terputus. Cuma rezeki Allah bagi aku otak bijak dan minat membaca, aku takde la jadi dungu sangat tak tahu hal dunia. Bila balik cuti, aku balas dendam baca semua benda kat rumah. Sampaikan paper yg mak buat alas tong sampah pun aku mencangkung duk hadap baca. Umur 20 tahun aku sambil SPM persendirian pun lulus semua subjek dengan jayanya. Math, ambik tusyen 2-3 bulan. Sains, sejarah, semua subjek basic lain baca sendiri je. Alhamdulillah. Lepas tu aku sambung belajar ke Timur Tengah. Pun dapat grad dengan jayanya. Alhamdulillah.

Masa tahun akhir tu, aku rasa excited sangat nak bawa haluan sendiri. Aku dah lepas dari kongkongan bapak yang sentiasa tentukan apa aku patut buat, lihat, dengar, baca. Sekarang aku boleh pilih sendiri apa aku nak buat dengan ilmu, bakat dan minat aku. Aku suka buku so aku nak kerja buat buku. Dah prepare ambik kursus terjemahan dan laburkan beratus2 ringgit beli kamus. Ready nak explore bidang terjemahan juga.

Rupanya hidup tidaklah semudah disangka. Sampai2 ke tanah air, ayah dah tolak2 aku mengajar di sekolah. Siap nak cari kabel biar aku boleh jadi guru maahad. Suruh aku jadi ustazah. Suruh aku mengajar di surau kampung. Suruh aku jadi mak lebai la, senang cerita.

Satu benda belum cerita. Aku ni baran. Banyak childhood trauma yang buat aku baran dan tak sesuai mengajar. Aku sedar diri aku takde kualiti penyayang seorang cikgu. Sebab tu aku taknak mengajar. Bukan suka2 je nak oppose kehendak bapak. Bapak juga yang buat aku jadi camni. Cerita bab tu kang muntah korang baca panjang sangat.

Aku pekakkan telinga, keraskan kepala bawak haluan sendiri. Mohon kerja di sebuah publisher. Dapat job yang aku idamkan. Tiap2 bulan hulur angpow kat mak bapak sorang satu. Harap mereka lembut hati terima pilihan aku. Tapi aku ni injured soul. Bekerja dalam fast-paced environment mula2 memang buat aku happy and I put my all into it. Lepas tu aku burned up. Stress. Depressed. Dah tak boleh cope dengan dateline, dengan bos marah. Aku dah puas kena marah masa kecil, tak boleh terima dah orang marah2 bila besar. Bagi aku bila orang marah tu maknanya dia benci, aku dah gagal. Mula rasa terhukum sebab tak ikut pilihan bapak. Dah satu kerja pun tak boleh buat.. end up aku berenti.

Fine. Aku cuba buat apa yang bapak nak. Nak aku jadi cikgu kan? Aku masuk mengajar sebuah sekolah rendah swasta. Bagi aku mengajar budak2 ni fun. Dan apa yang kita ajar tu dorg akan ingat sampai besar. Malangnya bapak masih tak puas hati. Dia nak aku mengajar sekolah menengah kerajaan, biar dapat pencen. Dan apa yang dia nak tu mesti berlaku IMMEDIATELY! Pedulik la SPA ke apa, dia tahu nak tengok aku terus muncul jadi cikgu kerajaaan.

Ya betul kehendak dia tu. Tapi aku bukan robot. Please la. Bagi aku ruang berfikir dan memilih, nikmati hidup aku sendiri dengan cara aku. Kuda pun kalau dipaksa minum dia takkan minum. Ni aku manusia… Ikutkan dalam adik beradik, aku paling taat. Siblings aku sejak zaman belajar dah rebel. Aku ni tunggu dah dewasa baru nak buat hal sendiri. Tolong bagi aku bernafas, bapak!

Bapak aku ni kalau dia tak suka, dia kondem kaw2… Bukan takat berdarah telinga. Boleh terduduk, terbaring, terperosok ke dalam bumi mendengar kata2 nista dia. Pakej lengkap dengan sumpahan2 yang tak selayaknya lahir dari mulut seorang bapa. Bapak patutnya doa yang baik2 untuk anak kan? Bapak aku senang2 je sumpah anak dia jadi tah pape. Hancur hati. Tapi aku masih juga pekakkan telinga dan enjoy anak2 murid keletah. Stress ke apa aku telan je, tak luah kat sesiapa sebab dorg bukan support pun. Aku pernah luah kat mak pasal pengetua buat sexual harrasment kat aku. Mak diam je tengok TV macam tak dengar. T_T T_T

Masuk tahun kedua mengajar, depression aku datang balik. Kenapa? Maklum la perangai budak zaman sekarang sangat mencabar iman. Korang jaga sorang anak nakal pun boleh meroyan kan. Bayangkan cikgu hadap 25-30 orang. Haha. Ditambah stress aku yang bertompok2 tak diluahkan. Actually aku cuba jadi cool macam korang guys. Rileks je pendam perasaan tak payah emo2. Tapi agaknya Allah memang tetapkan macam tu lah. Perempuan ni memang emo. Sampai satu tahap aku pukul anak murid kurang ajar sampai berdarah. Ya dia kurang ajar, tapi aku tak patut pukul dia sampai berdarah kan? Memang salah aku pun. Kat situ aku sedar stress alarm aku dah pecah. Aku memang tak sesuai jadi cikgu. Aku pun berhenti kerja. For 2nd time.

Sekarang aku jobless. Tak tahu nak kerja apa. Nak ikut minat sendiri tak boleh. Nak mengajar pun… well aku dah cuba. Memang tak boleh. Aku cuba apply kerja kecil2 jadi kerani ke tapi ilmu akademik aku pulak tak mencapai tahap dikehendaki.

Perasaan aku berat sangat. Rasa loser. Dah la tak kawen lagi. Kerja pun on off. Kalau takde iman ni memang diam2 je aku drive pergi terjun Genting Sempah. Huhu. Korang rasa, kerjaya aku terumbang-ambing sebab kena sumpah dengan bapak aku ke? Actually esok aku ada interviu kerja, tapi perasaan aku sangat down dan rasa tak mungkin dapat kerja tu. Kalau dapat pun, boleh ke aku bertahan kerja bertahun2 macam orang lain? Aku teringin nak ada position yang stabil, then aku boleh fokus tingkatkan diri, explore benda lain. Tapi aku sentiasa drag dengan masalah bapak aku ni. Sentiasa pikir kehendak bapak yang tak mampu aku tunaikan. Konflik dalam diri tak habis2 antara kehendak aku dan kehendak bapak. Tolong la, umur dah 32 aku masih hadapi konflik budak remaja. Rasa terbazir segala potensi dalam diri aku.

Baca confession Aku dan Isteri, aku jadi jeles sebab si wife ada support. Aku penat jalan sorang2. Rasa dah takut nak melangkah sebab asyik terperosok dalam lubang.

Tolong bagitau aku, ignore kehendak parents itu ok. Bukan derhaka.
Tolong bagitau aku, korang dah berjaya tanpa ikut acuan parents korang.
Bantu aku lepaskan hooks dalam jiwa ni yang buat aku sentiasa tersangkut dan berundur ke belakang.
Tolong doakan interviu nanti ok.

Thank you everyone :’|

– SITI

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *