Hi aku Ana. Aku nak kongsi cerita aku dengan kamu orang sebab aku tak ada tempat nak mengadu. Harap disiarkan. Supaya aku dapat semangat untuk aku teruskan hidup.
Aku meluah di sini sebab tak nak susahkan orang orang disekeliling aku.
5-6 bulan lepas aku kemalangan menyebabkan aku hilang dari sebahagian anggota aku. Sekarang aku sedang cuba menyembuh dari kisah hitam tersebut.
Aku menjadi sedikit rendah diri sebabkan kekurangan yang ada padaku. Aku hilang sebahagian tanganku. Sudah punya kecacatan.
Dalam tempoh ini juga lah aku dapat rasa yang semua orang tak akan selamanya dengan aku. Ada yang datang kejap sahaja, lama lama dia lupa aku. Kemudian, Dia tinggalkan aku.
Family sekalipun menghilang saat aku perlukan semangat dan bantuan. Aku bawa diri. Pendam semuanya sendiri.
Depan orang, aku sangat happy. Cuma Allah s.w.t sahaja yang tahu apa yang aku lalui di malam hari. Menangis sampai bengkak mataku dan sakit kepala. Trauma, tapi tak ada orang faham.
Dulu, sebelum accident, Aku duduk jauh dari family, sebab belajar. Waktu itu aku belajar dekat universiti aku, family aku selalu menyuruh aku balik ke rumah, katanya rindu.
Tapi bila aku balik ke rumah, semuanya buat tak endah sahaja. Ketika aku sakit, malah sikap ibuku selalu pilih kasih antara aku dan adikku.
Adik boleh buat itu, aku ini lembap sangat kah?
Aku sakit selepas accident, dikatanya malas berusaha mencari wang , sehinggakan ketika aku ada di rumah, Aku rasa aku telah menyusahkan semua. Sepatutnya diberi sokongan moral.
Jadinya, aku lebih suka pendam masalah seorang diri. ada masa tu, aku rasa aku nak membunuh diri. Tapi aku masih ada lagi iman.
Kadang kadang aku terfikir, kenapa ya begini?
Waktu kecil aku dilahirkan sedikit kurang dibahagian kaki aku, macam sebelah pendek, bila jalan orang tengok pelik. Malah Diejek. Dari kecil sampai besar sama aja situasi yang aku terpaksa hadapi.
Bila meningkat dewasa pula, aku ditakdirkan memiliki gigi yang tidak tersusun, muka yang tidak dikira sebagai cantik pada mata orang. Gelap.
Diejek lagi, dibuli lagi, dihina tanpa aku tahu apa pula salah aku.
Banyak kali cubaan membunuh diri sebab rasa sedih dilayan sebegitu rupa.
Di universiti pun, aku dipulau sebab rupaku. Walaupun aku ada kelebihan ku yang lain, masih sahaja ada yang tidak suka dengan aku. Aku diam sahaja pun ada sahaja yang benci denganku.
Sedih juga bila membesar, tapi tak ada yang sudi berkawan dengan ku. Kemana mana sahaja berseorangan.
Entahla, aku terasa agak penat. Aku tak tahu samada aku ini bernasib malang atau kenapa.
Tapi aku selalu ingatkan hati aku, Tuhan takkan menguji kalau tidak mampu. Kamu orang doakan aku ya, nasihatkan aku, untuk hidup dalam iman dan terus bertahan sehingga hujung nyawa ku.
Tapi aku terasa syukur dikurniakan bakal suami yang ikhlas sekali menerima ku. Satu satu nya orang yang ada dengan aku. Yang terbaik pernah ku jumpa saat orang lain tinggalkan ku.
Dia bukan family atau rakan. Tapi dia istimewa. Dia terima aku seadanya. Dia menjadi penguat aku.
Cuma aku harap jodohku dengannya panjang. Agar dia boleh sentiasa beri semangat padaku saat tiada orang yang mampu menguatkan ku.
Doakan aku ya. Nasihatkan aku ya untuk aku terus kuat. Terima kasih semua.
Banyak lagi kisah hidup ku yang tragis. Tapi Cukuplah kisah di atas aku kongsikan buat masa ini.
Kalau dunia tempat diuji, aku harap syurga di tempat aku tuai hasilnya. Aamiin. Semoga yang baik kembali kepada kalian.
– Ana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit