Adakah saya ni seorang isteri malas?
Nama saya Cottoncandy sebab hidup saya memang sentiasa manis. Alhamdullilah. However…. everything sweet comes with a price, hopefully tak guna kencing manis la kan.
Dan hidup saya pun begitu, sentiasa dimanjakan suami sampai satu masa saya rasa saya perlu berubah. Dan saya perlukan kata-kata semangat dari kamu semua sebab saya memang betul-betul nak jadi a better version of me.
Alkisahnya, sebab saya sentiasa dimanjakan suami + keluarga saya.. saya jadi malas dan futur. Futur ya bukan future. Tak tau google.
Lemme tell u about my laziness okay? I know it’s bad, that’s why saya hasilkan confession ni sebab macam saya cakap la… saya nak berubah.
Just because i have a kind-hearted husband, it doesn’t mean i have to be this way till the day i die. Dan saya pun terfikir, nanti kang laki aku cari lain. Huhu. Hopefully not laaaa.
Okay, so suami saya belikan robotic vacuum untuk mudahkan saya la kan. Saya juga yang minta konon nak vacuum hari-hari. Tapi nan hado.
Saya biarkan je si putih itu tersadai. Alasan nya? I’m just too lazy to charge, too lazy to change the dustbin of that vacuum, too lazy to clean it up when hairs got entangled with the wheels.
So mula-mula memang saya semangat, lama-lama saya biarkan je. Now dah tak tahu mana pergi itu vacuum
Husband bagi nafkah RM3500 monthly, saya suruh je cleaner datang cuci n kemas rumah. Vacuum tu saya buat derrk. Tapi teruk kan, tak elok perangai macam tu.
Lepas tu suami saya belikan RM1500 steam mop, pun mengalami nasib yang sama jugak lah. Saya malas nak buat apa-apa, lama-lama jadi tukun sahaja.
Cleaner memang tak pandai guna gadget mahal, dan saya pula? Ntah too much energy to focus on that gadget. Lama2 tak ingat dah kat mana.
Dan untuk mudahkan saya lagi, husband belikan dishwasher. Ni sebab saya yang mintak. Alih2, saya biarkah je. Sebab nak asingkan residue dalam pinggan n nak masukkan pinggan dalam dishwasher pun saya malas.
Saya call cleaner suruh datang. Senang. Lama-lama saya rasa amalan ini adalah satu pembaziran. Kan dah ada dishwasher?
And i never cook, tiap-tiap hari grabfood dan copifood. Suami link kan cardnya pada account saya, boleh guna dan order bila2 masa.
Tapi saya jadi risau, saya tengok artis nabila huda pun masak untuk anak. Bella (or Gigi?) Hadid pun masak untuk anak… mereka itu golongan busy belaka kenapa saya yang tak kerja ni tak boleh nak masak untuk anak kan?
Saya dah start risau anak saya hanya suka fast food, makan memilih, sayur tak nak langsung. Ahhh sudah. Saya dah start rasa something is wrong here.
Okay move on to lipat kain, memang saya guna duit suami bagi untuk upah orang datang buat laundry dan juga lipat lain. Dryer semua ada ada senang.
Tapi sekarang saya dah start rasa membazir. Sekali orang dapat urus laundry RM100…. Baik buat makan belanja family Suraya Kg Baru kan? Dah dapat makan ikan 3 rasa suraya.
So hari ini dalam sejarah, saya dah start lipat baju-baju suami dan anak.
Tiba-tiba ada satu fikiran menerjah ke sanubariku, eh selama ni saya biarkan maid-maid pegang seluar dalam suami? Kang kalau dia imagine macam mana?
Eh tak boleh jadi ni, saya rasa saya sendiri yang kena handle seluar dalam suami.
Tapi saya tak bagitahu suami saya dah start lipat baju sebab kadang2 sebelum pergi kerja suami akan bagi ‘elaun laundry’ untuk maid laundry datang.
Kiranya sekarang ni sayalah maid laundry tu, jadi elaun laundry saya boleh guna untuk keperluan saya dan anak-anak.
Next, untuk mudahkan saya juga, husband buatkan cabinet lawa-lawa untuk letak baju dan bag-bag.
Tapi saya campak-campak je, tak susun cantik-cantik. Handbag yang suami beli pun main campak-campak. It’s time to really appreciate stuff.
Itu sahajalah nak confess. And mesti uols tanya, so apa yang saya buat untuk suami kan?
Tiap-tiap hari saya akan urut dia, saya layan dia betul-betul sampai dia puas hati. Not much, i would love to do more. Please pray for me ok…
– Cottoncandy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
its never too late to start now. boleh cuba seminggu sekali u masak utk husband & anak. at least ada satu menu yg diorang suka, yg hanya kalau u buat je diorang mkn. org lain buat diorang x makan. time tu u akan rasa, mcm best sgt.. sbb hnya u expert utk buat mkanan kegemaran diorang. kalau husband jenis mkn x memilih lg senang. i rasa bab kemas2 rumah/cuci toilet boleh la u panggil cleaner. but utk urus baju, lipat kain suma tu, kemas wardobe, better u buat. i pun x terpikir mcm u pk, kut2 kalau org lain buat, habis pakaian dlm dimentera kan. hahaha, wpun i memang urus A to Z semuanya, fulltime housewife. pd i kalau task2 yg libatkan brg2 personal, better buat sendiri.
best nya jadi akk..mesti akak cantik sgt sbb tu suami syg & x kisah pasal duit..suami akk kaya sbb tu dia mmpu bagi akk duit byk & beli barang [email protected] suami akk baik2 takot ada penyondol..diorg suka laki mcm tu..so start dari sekarang akk kena la rajin buat keje rumah lagi pon suri rumah lagi la ada masa kan..lagi satu akk kena rajin memasak sbb air tgn isteri di pengikat kasih sayang antara suami isteri & anak..mesti akk xnk suami akk cari perempuan lain sbb dia mampu so akk kena rajin tau..sy doakan hubungan akak & suami kekal hingga ke syurga & bahagia selalu
ok dah tu, permulaan yg baik. semoga semakin hari awak semakin bersemangat ya. chaiyokkkk
saya pula bosan klu mkn @ beli makanan kt luar hari2…saya lebih suka masakan saya sendiri. anak2 pun sama.
Mesti akak ni cantik dan hebat layanan atas katil kan…ada suami yg priority dia seks…dh puas atas katil, bini x masak, x kemas rumah pun dia x kisah
Syukur nikmat Allah ada suami baik.mesti puan cantik dan vouge kan..tak ada masalah dlm rumahtangga.
Cuba puan search Che sayang punya Chanel masakan.senang sgt msk…buat hobi yang puan suka dgn anak2..Pastu hal kemas rumah kemas sikit2.
ok dah tu, permulaan yg baik. semoga semakin hari awak semakin bersemangat ya. chaiyokkkkk
Salam,
Orang perempuan kalau dia dah berkahwin, dia akan masuk ke dunia suami dia. Kalau suami dia orang kaya, dia akan masuk dunia orang kaya, begitu juga sebaliknya, kalau suami dia orang miskin, dia akan masuk dunia orang miskin. Tugas orang perempuan dalam rumahtangga ada 4 sahaja. Pertama, solat 5 waktu. Kedua berpuasa dibulan Ramadhan. Ketiga menjaga kemaluan dan yang terakhir taat pada suami. Sama ada seorang wanita itu berkahwin dengan lelaki kaya atau miskin, ini 4 pekara pokok yang perlu di lunaskan dahulu.
Kenapa solat 5 waktu penting, untuk bagi wanita faham, sehabis mana dia cuba urus rumahtangga, rumahtangga tak boleh diurus tanpa bantuan Allah SWT. Semua manusia ada limit, Tuhan tak ada limit. Jadi tugasnya cuma jaga solat, nanty Allah akan hantarkan petunjuk yang jelas, petunjuk yang terbaik, macam mana cara nak urus rumahtangga dengan betul. Mula mula dari diri sendiri, kemudian anak anak, kemudian rumah, kemudian suami, kemudian helpers. Step by step dan step nih mostly succesfull,
Kalau fikir dalam sehari nak buat semua benda, nope, dalam islam tak wujud benda nih. Dicontohnya dalam agama, semua tugas Allah SWT susun elok. Ada task yang perlu daily (solat 5 waktu) ada task yang perlu weekly (puasa sunat) ada task yang perlu monthly (haid, belajar rehatkan badan) ada task yang perlu buat yearly (puasa Ramadhan). Kalau dalam agama wujud benda nih, dalam kehidupan kita pun sama. Jadi dengan solat, kita akan tahu tugas apa yang nak diutamakan, yang perlu letak dekat daily task, weekly task, monthly task & yearly task. Semua hal, dalam hal keluarga, hal kewangan, hal emosi, hal fizikal dan hal mental.
Solat 5 waktu, itu pekara pertama yang saya dan kawan kawan saling mengingatkan, bila dah mula solat teratur, terjaga. Semua keputusan yang kita buat mostly tepat dan menyebelahi kita. Ini tugasan yang paling berat nak dibuat & nak dijaga oleh para isteri yang berumahtangga. Anda kena team up dengan Allah. Jadi tugas yang lain, Puasa di bulan Ramadhan, Menjaga Kemaluan dan Taat Pada Suami itu anda sendiri faham lah. Saya tak nak explain banyak banyak.
Pernah ada seorang kenalan bagitau banglo dia 5 tahun dah tersadai. Duit dah habis lebih Rm850K. Of coz saya pelik, suami dia orang kaya raya. Mana boleh rumah sendiri tergendala separuh pembinaan, rupanya kawasan bukit yang dibeli tanah mendap, dah piling dan upah pakar tanah pun tak boleh settel. Beli atas orang tak fikir panjang. Zas zas zas sign itu ini. Saya tanya masa nak beli tuh ada solat istikharah tak, minta petunjuk Allah. Saya tanya sebab dia pelajar tahfiz. Kalau kenalan saya yang study aliran biasa saya tak akan tanya, tiber pulak nak tanya orang solat istikharah ke idok, kan aneh pada diorang.
Jadi kenalan saya nih diam jer, dia cuma mampu geleng kepala. Nampak macam dia baru tersedar dari lamunan. Syaitan kan suka pembaziran, tuh dia dah bazir lebih Rm850K, tak ada hasil. Petunjuk siapa, bisikan siapa, lintasan siapa. Tak mungkin petunjuk Allah SWT. Jadi para isteri sila jaga 5 anda. Memula setan bagi rugi sikit, bazir sikit, ikut orang sana sini. Nih musuh sebenar manusia. Jadi anda solat untuk elak dari setan yang pandu anda dan anda apply panduan tuh dalam rumahtangga.
Tutup salam.
Selain cadangan² kat atas tu, you can try to use thermomix..it would make your cook easier. Tp kalau nak sharpen your cooking skills, kena la manual..hehe. It just kalau guna appliances boleh jimat masa, depends on situation. Good luck to you sista!
Kalau bukan seorang yang rajin, at least jadi seorang yang ada hobi. Baking ke, berkebun ke, memasak ke, deco rumah ke, kat situ boleh ada motivation untuk rajin sikit. Faham je surirumah yang ‘malas’ sebenarnya demotivated. Sebab semua orang ada kehidupan kat luar rumah, ada rakan sekerja, ada travel pergi balik kerja etc. Best of luck mummy!
Alhamdulillah. Teruskan berusaha puan.
Btw, lega sebab nampak komen dari ultraman taro.
bagusnya!!! i pun one of pemalas juga. memang takde tips/cara mudah melainkan paksa diri tu untuk rajinkan diri/tangan buat keje. moga moga kita istiqamah la jadi rajin ye hahahahh
Yg awk nk kena ubah adalah stop beli gadget2 tu je since u xkan pakai pun. N, change ur family’s eating habit, nk order pun order yg more variety lah jgn asyik2 burger. Tapau lauk pun ok. Xpayahla ubah ke arah nk hari2 masak, hari2 kemas rumah, hari2 membasuh, hari2 mencuci tu. Ur husband loves u sbb u x buat semua tu. Bila u x buat u happy u good mood, dia pun happy boleh kerja dgn tenang. Kalau u baru nk start berubah n dia x support u masak x sedap ke u penat tp dia x layan sbb bz kerja ke, jadi gaduh je kan dah rugi. Kalau nk masak ajak spouse ke anak2 main masak2 skali masa hari cuti buat simple breakfast ke steak for dinner ke dah cukup. Kemas2 stick to the maids, diorang pun dpt duit extra rezeki diorang. Xpayah start cari penyakit la sis.