Natalia Oh Natalia! II

Untuk part I, (https://iiumc.com/natalia-oh-natalia/).

Alhamdulillah mula-mula Zed Zaidi (bukan nama Sebenar) nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi memberi komen dalam Natalia Oh Natalia!

Aku pun terhibur juga dengan komen-komen yang diberikan tetapi ni kisah yang nyata bukan mimpi tau. Haha.

Mungkin ada lompong-lompong kisah aku jadi mungkin menyebabkan persepsi jadi lain. Aku pun nak sambung cerita semula walaupun aku minggu raya ni penuh dengan busy kerja.

Seperti kisah aku yang lepas sehingga kini Nor masih menjalankan rutin harian seperti biasa pergi kerja, balik kerja dan sembang-sembang.

Aku pun masih pelik tak ada merajuk atau marah.

Sebelum ni Nor ada letakkan syarat kalau nak kahwin juga nanti rumah double storey tu isi nama dia siap-siap yang lain tak perlu.

Aku pun berithu perkara tersebut kepada Natalia mana la tahu jawapan Natalia lain. Tapi masih berlaku sebaliknya Natalia juga kata tidak kisah bukannya disebabkan rumah sbb dia sendiri pun ada rumah. Aku pun masih jem juga.

Aku dengan Nor sudah 5 tahun berkahwin memang tiada masalah apa pun. Cuma biasalah kan cerewet pempuan kenalah layan. Kalu dah kahwin tahulah macam mana. Haha.

Kalau berkaitan duit pulak alhamdulillah setakat ni masih okey dan tiap-tiap bulan bagi. Nor pun tak pernah berithu aku gaji dia berapa.

Aku pulak memang malas ambik tahu. Walaupun aku anytime jeh boleh buka beg dia senyap-senyap tengok tapi aku tak pernah buat pun.

Kisah anak pulak sebenarnya ada “peluru” untuk aku kalau setiap kali gaduh kecik-kecik. Aku ni bukannya jenis panas baran. Kalau marah pun sekejap jeh takde la sampai angkat tangan.

Tapi kalu Nor dah bising-bising aku keluar la “peluru” aku “kalau nak gaduh-gaduh kita ambik Darlene (bukan nama sebenar anak) bawak datang sini”. Jadi kalau ayat tu keluar automatik jadi okey.

Bukan aku tak bertanggungjawab tapi aku cuba nak ambik anak aku datang sini mungkin Nor tak mahu atau apa aku pun tak tahu. Kadang-kadang aku pikir mungkin mak mertua aku nak jaga sebab dia nak cucu lelaki.

Sebab anak aku ni cucu lelaki sulung. Jadi aku pun buatlah perancangan dengan cakap jom plan tambahkan anak tetapi bila bab ni Nor akan jawab tak nak lagi.

Jadi aku pun kadang-kadang pikir juga nak juga balik keje main ngan anak. Bawak anak jalan-jalan hujung minggu. Membesar depan mata.

Gaduh pun bukannye gaduh ape. Mungkin Nor penat balik keje kot. Contoh dia keluar awal keje aku tengah tidur pastu dia balik keje aku dah kat rumah sebab balik awal.

Kaki kanan Nor melangkah masuk pintu kalau tv terpasang kuat jeh dua jam kemudian baru berhenti membebel. Hihi. Lepas pada tu aku akan pastikan Nor sampai dulu rumah baru aku balik.

Sama juga, ada sekali Nor balik lewat keje sampai malam sebab jalan jem aku tak mesej la sebab kan Nor tengah drive. Kaki kanan melangkah jeh masuk dua jam kemudian baru berhenti membebel. Hihi.

Lepas pada tu ada sekali lagi Nor balik lewat aku mesej la tanye dah ada kat mana. Kaki kanan melangkah jeh masuk dua jam kemudian baru berhenti membebel. Hihi.

Aduhai pempuan semua macam tu ker. Buat salah, tak buat salah juga. Kalau hari mood aku okey aku diam jeh la sebab aku bukan suka gaduh-gaduh ni. Tapi kalau hari yang aku stress aku guna la peluru aku tu. haha

Lagi satu aku pernah tanye Nor jika aku dapat jawatan baru kena pindah negeri atau tempat lain macam mane. Nor jawab suruh aku PJJ dia nak stay kat sini sebab keje dan selesa tinggal sini.

Walaupun benda tu tak berlaku lagi tapi aku ni jenis rancang kebarangkalian.

Jadi mungkin disebabkan tulah kehadiran Natalia ni membuatkan hati aku ni terbuka sebab menjadikan Natalia sebagai pelengkap. Sebab kebarangkalian yang sukar tu Natalia boleh selesaikan.

Sebab kerja Natalia pula boleh ikut aku ke mana-mana sebab keje dia ada branch mana-mana. Jadi selesai la juga masalahkan.

Pastu time raya aku cuba la tanya macam mana kalau raya. Kalau raya buat giliran la balik tahun ni Nor dan tahun depan pula Natalia. Salah sorang kena balik dengan flight sorang lagi balik ngan family.

Hah terkejut aku Natalia cakap terima jeh.

Aku pun cakap betul juga kampung pun sebelah kiri dan kanan. Balik jeh lain-lain tapi semua ada sana. Lagi kuat hati aku ni terbuka untuk Natalia. Cuba tengok kekuatan dan kelemahan plak.

Nor pula kurang memasak (ayat belapik la sikit) tetapi Natalia walaupun busy tapi balik rumah pandai memasak.

Aku pun tak kisah jeh mana-mana makan rumah pun boleh, makan kedai pun boleh. Aku pun tak pertikai bab ni dengan Nor walaupun dah 5 tahun.

Tempat tinggal plak Nor duduk sini jeh. Natalia pulak rumah yang dia beritahu dekat pulak ngan tempat kerja aku. Kalau ulang-alik pun laluan yang sama juga. Walaupun naik motorsikal jeh pun okey la.

Kalau Natalia bosan duduk sorang. Dia boleh balik rumah family dia kawasan situ juga. Ada masa juga Natalia dengan family selepas kahwin. Aku ni bukannya jenis nak kongkong orang.

Natalia juga ada cakap boleh terima anak aku dengan Nor dan boleh bawak jumpa atau jalan-jalan. Tapi Nor tak pastilah macam mana. Tak kisah kot (andaian aku jeh sebab belum tanya)

Nor seorang yang fokus kerja hari-hari busy tapi 8 pagi hingga 5 petang cukup masa balik tapi sampai rumah lewat petang la sebab jalan jem. sabtu ahad cuti.

Pendidikan Nor pulak dari sekolah rendah sampai masuk universiti result sekolah memang straight A punya orang. Sebab tu aku asyik mengalah. Hahaha

Natalia juga seorang fokus kerjaya 8 pagi hingga lewat petang atau malam. Kadang-kadang Sabtu Ahad kerja juga. Pendidikan Natalia pulak dari sekolah straight A sampai la Oversea.

Aku pulak kerja jenis busy yang tidak menentu ikut angin cuaca. Aku ni pulak biasa-biasa jeh. Tapi alhamdulillah dapat masuk U di lembah pantai jadilah.

Mungkin Kisah aku ni nampak macam mimpi tapi ia bermula daripada ciri-ciri nak pilih isteri kot.

Mana la tahu ciri-ciri yang aku cerita dalam siri pertama Natalia Oh Natalia! dapat membantu pembaca yang belum masuk alam perkahwinan.

Nanti doakanlah untuk aku semoga dipermudahkan dengan Natalia dan Nor ek. Terima kasih.

– Zed Zaidi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *