Nazar dan Pelan Allah Yang Terbaik

Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin kerana siarkan.

Nama aku Senku dan ada beberapa kisah dalam hidup aku yang kalau difikirkan balik memang Allah punya pelan tu cantik dan terbaik.

Aku tulis ni supaya nanti aku dah tua2 aku boleh refer balik nikmat2 yang Allah pinjamkan pada aku dan bagi semangat dekat pembaca sekalian.

Dulu masa lepas SPM, result keluar boleh kata membanggakan, sepanjang tingkatan 5 aku pulun elok2 masa belajar, dalam masa yang sama aku ikut cakap mak aku untuk buat solat hajat hari2 dan baca yasin hari2, minta kat Allah macam2.

Aku pun ikut mak aku cakap, buat saja semua. Aku pun niat puasa nazar pada Allah kalau impian aku termakbul.

Alhamdulillah, apa yang aku minta tu Allah kabulkan. Bila result keluar, aku pun cuba laksanakan nazar aku. Alhamdulillah selesai walaupun ambil masa.

Perjalanan aku pun diteruskan untuk mohon biasiswa untuk ke universiti. Masa itu biasiswa A ada buka untuk permohonan biasiswa luar negara. Dan aku pun mohon biasiswa tu dan pergi temuduga.

Senang cerita gagal la temuduga tu walaupun result SPM ok, tapi disebabkan kegagalan komunikasi dalam bahasa omputih, aku ditukartawarkan ke biasiswa dalam negara.

Masa tu ada lah rasa kecewa. Aku yakin sesiapa pun akan kecewa. Tapi lama aku fikir, mesti Allah pelan macam ni sebab ini yang terbaik untuk aku.

Mungkin kalau aku pergi luar negara, aku tak jadi org dah sebab kejutan budaya. Aku pun teruskan Diploma aku di universiti tempatan. Habis saja diploma, sambung lagi ijazah di universiti yang sama.

Masa ni biasiswa kena mohon yang baru. Aku pun mohon macam2 biasiswa dari yang ada dekat internet tu. Biasiswa A, B, C, dan bnyak lagi. Macam biasa, sesi temuduga pun aku lalui semuanya.

Aku sampai jumpa Timbalan Naib Canselor secara bersemuka untuk mohon surat sokongan. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Masa tu aku dah dapat biasiswa A macam kawan2 kelas aku. Tapi aku masih tunggu keputusan biasiswa lain. Biasiswa B gagal tapisan pertama atau kedua tak ingat.

Biasiswa C aku layak dapat temuduga. Masa ni biasiswa A ada tamat tempoh untuk tandatangan borang, dan aku buat keputusan untuk tolak biasiswa A dan mengharap dari biasiswa C.

Lepas keluar result temuduga, masa tu aku gagal pulak lagi. Ini lah pepatah yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Masa ni aku dah kecewa, lama aku redha kalau ini keputusan dari Allah. Beberapa minggu lepas tu, aku dapat panggilan masa dekat maghrib dah masa tu.

Dari biasiswa C, nak tawarkan untuk aku biasiswa tu sekali lagi atas sebab2 tertentu, patutnya tak dapat haritu. Aku seronok sangat2 masa tu, aku terima.

Lepas keluar surat tawaran, kuantiti tu tak sebanyak biasiswa A macam kawan2 aku. Betul, ada rasa menyesal sikit dalam hati. Tapi aku redha, mungkin ini pelan Allah untuk aku.

Lepas graduasi, aku pun mengangur untuk beberapa ketika. Aku pun nazar lagi kalau aku dapat kerja berkaitan bidang aku belajar, aku nak puasa 3 hari.

Dan suatu hari lepas 5 ke 6 bulan lepas graduasi, dapat panggilan dari biasiswa C, tanya aku samaada ada kerja mana2 atau tak.

Kalau diikutkan kontrak, aku perlu berkhidmat di bawah salah satu syarikat bawah gabungan majlis C ni selama sekurangnya 2 tahun.

Dan masa ni lah pelan Allah untuk gerakkan hati aku pilih biasiswa C ni berjalan. Agen dari biasiswa C ni aturkan untuk interview dekat mana2 pilihan syarikat. Aku pergi satu2.

Alhamdulillah, aku dapat tempat dekat satu syarikat kecil jauh sikit dari rumah. Aku pun teruskan kerja di syarikat D ni untuk beberapa tahun. Semestinya ada naik dan turun. Kadang rasa stress, kadang gembira.

Boleh kata gaji tidak la semenggah mana menjadi seorang pekerja lepasan ijazah yang tiada pengalaman. Tapi aku redha ini adalah pelan Allah untuk aku.

Ingat lagi pasal nazar aku tu. Hahahaha. Rupa2nya lama aku tangguh nazar aku tu. Tahun ketiga kerja masa PKP pertama baru aku buat.

Astaghfirullah. Masa ni aku kerja boleh kata stress jugak, gaji dipotong sebabkan PKP, syarikat kecil kebanyakan terjejas, aku tak salahkan syarikat. Aku tahu semua pun terasa. Aku redha saja.

Seingat aku, lepas aku siap buat nazar aku tu, beberapa minggu lepas tu, aku dapat panggilan dari headhunter tawarkan aku pangkat yang lagi tinggi, di syarikat besar juga.

Aku ada tanya macam mana dia dapat nombor kontak aku. Dia bagitahu dapat dari jobstreet. Aku pun ok saja lah.

Masa panggilan tu agen tu ada tawarkan gaji yang agak besar, dengan elaun lagi, aku terima dengan hati terbuka, tapi tak mengharapkan sangat disebabkan pengalaman sebelum2 ni.

Lepas tu beberapa minggu pun senyap saja so aku redha saja. Aku pun nazar sekali lagi kalau dapat kerja ni.

Mungkin belum ada rezeki. Lepas dalam 2 bulan macam tu, agen ni buat panggilan untuk aku yang aku ditawarkan posisi yang sebelum tu dan dia nak tawarkan sesi temuduga.

Aku pun terima tawaran tu tapi tak mengharapkan sangat sebab benda ni belum dapat.

Tapi aku masih berikan yang terbaik, aku sediakan segala peluru untuk temuduga, dan sebabkan dah banyak temuduga aku pergi dalam hidup aku sejak SPM, skil bercakap aku lebih konfiden kali ni.

Alhamdulillah, semuanya lancar. Aku pun dapat posisi tu. Agen tu pun buat panggilan terakhir cakap terima kasih dan tahniah.

Mungkin agen tu dapat komisen. Tapi masih “win – win situation”. Aku dapat kerja, dia dapat komisen. Aku pun teruskan buat surat perletakan jawatan untuk syarikat semasa aku, dan buat persediaan untuk syarikat baru.

Kesimpulannya di sini aku nak tekan kan, kita semua ada permintaan, kadang mungkin mengarut, kadang mungkin diluar dari batas pemikiran kita.

Kita minta pada Allah. Kalau kita buat nazar, percepatkan nazar tu selesai. Jangan tangguh2. Ini pun aku baru saja sedar 2 minggu lepas.

Tapi macam biasa aku tangguh lagi, ni pun tak buat lagi, Astaghfirullah.

Aku fikir banyak kali kenapa permintaan aku Allah tak makbulkan, lepas berbulan aku fikir mungkin inilah bende yang menghalang permintaan aku dimakbulkan. Aku janji pada Allah kalau dapat ni aku nak buat tu.

Tapi aku tangguhkan. Kiranya aku ni kaki sembanglah. Lepas aku sedar pasal benda ni, aku tekad untuk selesaikan nazar aku secepat yang boleh, supaya permintaan aku yang seterusnya Allah makbulkan pulak, mungkin jodoh pulak. Hahaha.

Kalau kita betul beriman dengan sifat Allah yang Maha Kaya dan yang Maha Pemurah, kita minta lah segala benda walaupun mengarut, pada Allah Taala.

Kalau kita betul beriman dengan sifat Allah yang Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui, tentulah kita sentiasa takut dan berwaspada.

Aku tahu kita ni lemah, iman kita lemah. Cubalah sebaiknya untuk memahami dan mengimani setiap sifat2 Allah. Cuba lah sikit2. Minta petunjuk, minta kesedaran, sebab kadang petunjuk tu dah ada, tapi tak sedar2 pulak.

Minta Allah semaikan dalam hati2 kita semua, ketakutan pada Allah, kesyukuran pada Allah, kecintaan pada Allah, sifat pemurah, dan dijauhkan dari syirik, bangga diri, riak, ujub, takbur, dan menyangka2 yang segala kejayaan adalah usaha kita semata2.

Mintalah pada Allah apa2 sebagai pinjaman yang baik2 untuk kita. Semuanya adalah pinjaman saja semata2.

Segala apa yang kita ada, masa terluang, duit banyak, kereta mewah, rumah selesa, kesihatan, makanan, keluarga, kawan2 semua ni adalah pinjaman dari Allah untuk uji kita. Semoga kita dijauhkan dari istidraj.

Ok komen. Kalau ade apa2 persoalan ke kritikan ke, ajukan kat komen bawah sana, kalau aku baca, aku buat second punya posting kalau aku rajin. Hahaha.

Thanks…

– Senku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *