Assalamualaikum. Hye! Thanks kalau confession aku disiarkan. Aku nak luahkan dekat sini. Mana tahu masing2 ada pendapat yang boleh kurangkan kekusutan kepala aku. Kisahnya tentang nenek aku.
Nenek aku. Aku sayang dia. Tapi sekarang lain. Aku tak tahu sayang aku ke mana. Apa yang lain? Perangai dia. Mulutnya yang suka mendoakan yang bukan² dekat anak² dia terutamanya kepada ibu aku. Ibu aku anak perempuan tunggal dalam adik beradiknya. Yang lain ada pak long aku,pak uda,pak tam dan pak su.Umurnya dah 80-an. Kadang ok kadang nyanyuk sikit. Tapi tidaklah 100% nyanyuk pun. Maaf kalau confession aku panjang.
Kisahnya bermula bila nenek aku semakin uzur. Arwah atuk dah lama meninggal. Jadi sebabkan keadaan nenek yang uzur tu, maka tinggallah di rumah anak2. Sefaham aku dengan ilmu yang pernah aku belajar, tanggungjawab menjaga orang tua adalah tanggungjawab anak lelaki. Tapi lain keadaannya sekarang.
Nenek aku, ibu aku yakni anak perempuan yang menjaganya. Nenek aku lebih banyak masanya (giliran menjaga) di rumah ibu. Memang lah tanggungjawab anak perempuan juga. Namun sebabkan beberapa perkara, aku sebagai si anak ,si cucu ni sedih,geram dengan nenek dan terkilan dengan keadaan ibu aku. Begitulah adik beradik yang lain.
1. Ibu aku ada mengasuh budak-budak 4 orang adik beradik. Berumur dari 11 sehingga 1 tahun. Jadi, tinggallah dia seorang diri menguruskan anak² asuhan dan uruskan nenek aku.Kami anak-anak yang besar termasuk aku dah berkahwin. Jadi tidak dapatlah menolong ibu. Tinggal adik yang kecil sahaja masih belajar. Tu pun jauh. Waktu cuti semester sahaja ada di rumah dan boleh menolong ibu aku.
Masalahnya di sini nenek aku suka buat perangai. Degil. Tak nak salin baju kotor. Ibu masak suruh makan tak nak. Tak nak dengar cakap ibu sebab nenek ada masalah kesihatan juga. Makan sikit lepas tu tak nak. Itu biasalah perangai orang tua kan. Tapi bila dia degil dan marah tu, mulutnya akan kata macam-macam dekat ibu aku. Doakan yang buruk. Sumpah yang bukan-bukan. Bukan aku mereka-reka cerita ya sebab waktu tu aku ada pun sama. Kadang ibu cerita kepada kami.
“Nanti kau tua, kau tahulah apa yang aku rasa,” lebih kurang selalunya begitulah ayat nenek aku kepada ibu dengan nada sinis. Pernah juga kata ibu dengan panggilan tidak elok. Selalu doa yang pelik-pelik, yang buruk.Bila tegur nenek elok2 mesti akan ingat kami ni benci dia. “Yala, semua benci aku,” Itu lah ayatnya. Dan ada lagi ayat yang menyakitkan hati ibu.
Sedih ibuku sedih juga kami yang mendengar. Setiap kali nenek aku datang memang ada je nak bergaduh dengan ibu aku termasuk ayah aku. Sebabkan mulut nenek aku tu la ayah pun kadang hilang sabar dengan perangai nenek. Sebab itu juglah ibu dan ayah bergaduh kerana nenek. Ibu tersepit. Sebelah suami sebelah lagi ibu kandung. Hmm
2. Ke mana perginya anak-anak lelaki yang lain? Bukankah ibu tu tanggungjawab anak lelaki (keutamaan)Pak tam aku dah lama meninggal. Jadi tidaklah aku ralat kalau balu dan anak-anaknya tidak ambil giliran menjaga nenek. Ye nenek aku ni ada juga perangai yang tak elok tu. Tapi tetap ibu kepada bapa-bapa saudara aku yang lain.
Oh ya terlupa. Sebenarnya nenek aku ni tulang pingulnya patah. Jadi dia hanya duduk di atas katil tu sahaja. Nak kemana-mana hatta bilik air kena tolak dengan kerusi roda. Dia masih boleh pakai baju dan makan sendiri. Ok,berbalik kepada bapa saudara aku yang lain. Yang paling kerap mengambil giliran menjaga setakat ini Pak Su aku. Jadinya, kalau tidak di rumah ibu akan ke rumah Pak Su.
Alhamdulillah Pak Su aku ada isteri (menantu) yang baik dan memahami. Mak Su menjaga nenek dengan baik ketika Pak Su keluar bekerja. Tak ada masalah. Kelakuan nenek dengan anak-anak lain berbanding ibu memang berbeza. Orang kata behave lah. Mulut tu tak ada pulak doa yang bukan-bukan. Minta salin pakaian ,salin je. Tak banyak kerenah. Tetapi lama kelamaan keluar juga perangai nenek tu bila tinggal dengan Pak Su. Pak Su pun sekarang ada juga terasa dengan nenek seperti ibu. Tapi Pak Su tak kisah. Macam mana pun tetap ibunya.
Ceritanya bermula bila turn jaga sebelah Pak Long aku. Pak Long aku seorang pencen askar. Part time kerja lain. Jadi, mesti ada banyak masa untuk menjaga nenek kan? Tapi dia la giliran jaga nenek yang paling singkat. Cukup seminggu dah hantar ke rumah ibu aku. Lol. Ibuku baru je nak hilang stress dengan sikap nenek dah menjadi semula. Pak Long pun kadang-kadang sahaja menjaga nenek. Hmm. Mungkin Mak Long pun tak nak (dari perangai dia kami dah agak). Rumah Pak Su dan ibu paling-paling pun 2-3 minggu.
Nenek aku ni bila ke rumah anak yang lain, mulutnya menyebut-nyebut nak ke rumah ibu aku. Jadi, kesempatan itulah laju aje Pak Long hantar nenek ke rumah ibu. Alasan nenek nak ke rumah ibu. Isterinya pun susah jaga nenek sebab mengasuh cucu. Lol. Lupa kot ibu pun bukan goyang kaki di rumah. Mengasuh. Memang kalau aku balik keadaan rumah bersepah.Mak Long aku cuma mengasuh cucunya sahaja iaitu 2 orang. Selalunya seorang sahaja si kecil 1 tahun lebih. Berbeza sangat dengan Mak Su.
3. Setiap kali nenek ke rumah ibu memang ibu ayah akan bergaduh gara-gara perangai nenek. Pak Uda? Langsung tak pernah menjaga nenek. Mak Uda bekerja. Nenek pernah ada isu dengan rumah tangga Pak Uda. Tapi tu dulu. Mak Uda pun sebenarnya tidak kisah. Dia dah lupakan.Boleh je menjaga nenek ketika cuti sebab dia bekerja kilang. Pak Uda hanya kerja sendiri. Jadi bukankah ada masa untuk menjaga nenek? Hmm.
So sebabkan tu juga lah ibu ayah aku bergaduh terbaru ni. Sebab kan mulut nenek juga lah ibu pun dah stress dan kata “Mak suka ke tengok kami bergaduh?Nak saya berpisah dengan suami lepastu jaga mak?” Allah. Sampai ke perkataan ‘cerai’ ibu sebut. Doa nenek yang selalu bukan-bukan kata kepada ibu aku hampir menjadi kan? Doa seorang ibu kepada anak. Ayah aku dari OK je jaga ibu mertua, sekarang dah fed up. Aku dan adik beradik lain sedih sangat.
Pak Long? Pak Uda? Sebut nama mereka aku dah jadi geram. Frust. Mangsanya ibu aku. Telefon pun tak. Tapi nama Pak Long juga la selalu dipuji nenek. Pak Uda tak selalu nenek sebut sebab isu dulu. Tapi apa salahnya telefon ibu sendiri? Datang ziarah. Jarak rumah antara anak-anak hanya beza daerah. Perjalanan 45minit -1 jam lebih je. Hmm. Semua ada kereta sendiri.Ibu yang menjaga nenek ni yang buruk di mata nenek.Nenek Oh nenek.
Korang tolong doakan nenek aku. Semoga diberi hidayah. Dibukakan pintu hatinya. Doakan juga ibu ayah aku. Aku luahkan kepada suami kesedihan aku. Dia pesan kena banyak bersabar. Allah datangkan perangai nenek tu sebagai ujian untuk ibu dan ayah. Kuasa doa aje la yang boleh mengubah sikap dan mulut nenek tu. Maafkan aku kisah ni terlalu panjang. Kami sayang nenek. Moga nenek berubah.
– Qaseh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit