Nenek

Ehem. Aku tiba tiba tergerak nak kongsikan cerita ni kepada kalian,memandangkan aku tak pernah nak luah kepada sesiapa waima mak sendiri. So.. Siapa kat sini masih ada lagi nenek?

Aku nak cerita sedikit perihal nenek aku. I don’t know why. Tapi dari kecik, aku memang rasa tak dianggap sebagai cucu dia. Aku selalu rasa dipinggir jika dibandingkan dengan cucu2 dia yang lain, rasa awkward bila bersama nenek, rasa dicucu tirikan. (ada ke istilah tu?). Aku taktahu lah either tu itu perasaan aku ke or mmg waktu tak berapa matang lagi pikir bukan2. Tp yelah, mana taknya dari kecik ada je benda aku buat tak kna pada mata dia. Aku pulak dari aku kecik kot, selalu cakap aku ni bukan anak mak, anak buangan kutip dalam tong sampah, pastu cakap anak org jepun lah cina lah. (sbb mata aku agak sepet dari adik beradik yg lain) even tho waktu tu aku kecik lagi, tapi budak kecik pun boleh berpikir, ada perasaan. Aku kadang terpikir2, betul ke aku ni anak angkat? Setiap kali dia cakap macam tu, aku semacam nak tutup sedih, aku senyum je.

Ada satu haritu,time tu aku baru darjah 1 kot, semua family aku hmpir selesai solat, aku time tu tiba2 cakap dgn mak aku, “mak, orang nak solat sekejap boleh?”. Mak aku tak kisah je tunggu, tapi nenek aku muka dia tak puas hati, buat jegil mata kat aku. (sumpah kalau dia jegil mata plus buat aipp kat aku, waktu tu mmg cukup menggerunkan aku lah. Haha). Salah ke aku nak solat?
Hmm. Padahal apa yg dia sruh semua aku buat, and dia selalu lah jgk minta aku tolong itu ini. Sumpah aku tak pernah berkira. Tapi ada je benda dia tak puas hati. Contoh, kalau aku tolong masak, dia akan tegur potong ke apa ke tak cantik. (In fact, nenek mmg seorang yang sangat teliti. Even karpet senget sikit je, dia sruh betul kan, tak centre katanya.) Pastu kalau adik aku dtg tolong, padahal tak sampai berapa minit je pun kat dapur, dah kena puji,, bagus duduk dapur, nak tolong dia. (haha tetiba melibatkan adik). Kalau aku tak tolong dia masak ke apa, kena perli. Kalau adik beradik tak tolong, diam je. Sungguh aku tak paham time tu. And mmg aku rasa tak puas hati.

Disebabkan itu, aku cuba think positive, buat hubungan baik dengan nenek, tegur ke apa ke. Aku selalu rasa nak bg nenek aku impress kdg rasa fake pun ada gak. Sehari tu ok lah. Then kalau next week dtg balik rumah beliau, dia buat balik. Semacam tak nak tegur aku. Lama2 aku rasa aku tolong dah macam tak ikhlas dh. Tolong sebab takut.

Ada pernah sekali, aku lambat sikit buat kerja. Then lepastu aku gi lah tgok tv dgn sedara2 skli join. Nenek mmg ada kat belakang aku time tu. Pastu terdgr nenek ckp dengan sedara aku. “Dia ni memang lambat buat kerja, mandi lambat apa lambat. Macam mana lah dia agaknya nanti lambat je kerjanya. Otak pun lambat.” (lebih kurang mcm ni lah ayat dia). Yg sedara aku tak habis cakap, tak baik lah nek, kesian dia. Aku time tu tak payah cakap lah air mata dh tak terbendung lagi dah, walaupun time tu tgh tgok cerita senario. Aku terus bangun, pergi masuk bilik air. Menangis beberapa saat then keluar balik sebab kena panggil mintak tolong.

Yang atuk pulak selalu layan aku, takdelah layan mana, tapi selalu minta aku baca paper utk dia, bagi makanan apa semua. Sampai aku pernah dgr skli nenek aku ckp, tu haa cucu abang lah. (bermaksudkan aku). Aku sungguh tak paham kenapa sampai kesudah.

Yang aku tak puas hati satu lagi, nenek sruh aku belajar. Sekarang ni kalau tak ada ilmu, org tak pandang. Then bila result aku agak membanggakan, dicakapnya pulak pandai2 pun anak dara, nanti masuk dapur jugak. Aku dlm hati.. What the? Sampai satu hari tu aku ada merungut sensorg yg aku taknak tolong nenek masak,, sbb nanti nenek bukannya sruh buat apa2 pun. Aku mcm tunggul kat situ. (dulu mmg tak reti buat keje dapur tanpa sruh) Then tetiba nenek pulak terdengar. Aku pulak time tu tgh lipat baju. Dah sudah, tak pasal nenek suruh berhenti. Tak payah tolong apa2 dah. Aku rasa bersalah, aku tak tau nak buat macam mana, nak minta maaf depan2 aku takut. So aku tulis surat minta maaf bagi dekat nenek senyap2. Aku igt akan ok lps tu,rupanya bertambah celaru. Nenek perli lebih lagi time tu, and dah tak suruh aku buat kerja apa2 lagi dah. Hatta nak minta tolong, kekadang aku dekat dgn dia je, sanggup sruh adik aku yg jauh. Ataupun nak mintak tolong aku, tp panggil nama org lain. (aku sngka baik je lah, mungkin terslh pggil). Kadang aku stress emosi, sampai aku prnah terpikir alangkah bagusnya kalau nenek aku takde, ataupun tak payah duduk rumah dia. (serius tu pemikiran budak2 baru nak membesar) Kejadian sebegitu terus berpanjangan sampai lah aku dh besar sikit. Dh habis spm kot.

Dulu aku byk diam je, takde lah bising2 sgt kat rumah dia, sbb aku takut dengan dia. Walaupun aku ni bising orangnya. Then bila dah besar sikit, aku dah buat biasa je dengan rumah tu. Kdg nenek ada lah gak tengok aku pelik. Kira dah matang lah sikit, tolong apa yg patut kat rumah dia. Urut ke apa. Ada satu waktu raya tu, aku dengan dia dh macam ok, aku minta maaf dekat dia. Dia pun mintak maaf gak. Tapi still awkwardly. Pernah je sebelum tu dah pernah borak2. Haa ada satu waktu sebelum spm ni, aku mmg nak call nenek pun mintak restu, then nenek aku cakap, mak eh sruh call? Aku cakap aku mmg willingly nak call dia. Then dia cakap terima kasih. And aku mcm tak mampu nak ckp minta maaf sbb mulut dan mata dah berat nak melimpah air mata. Rasa trrharu lah sekejap.

Ada satu hari raya tu, aku ada minta maaf lah kat nenek, dia pun minta maaf sama, tp still awkward.
Then nenek bertambah kurang sihat, aku mulai rapat dengan dia. Kira macam urut, borak2, aku tak sangka lah dia nak share cerita dulu2 dia dengan aku plus gelak2. Mmg gembira lah cakap hang bila aku rasa hubungan aku dgn nenek dh okay. (i mean bukan berantakan sebab apa, ok dri perasaaan awkward dan takut) lagi gembira bila dia cakap dia demam sbb rindu dh lama tak jumpa aku. Sbb aku ada hal dkt Uni.
Sebenarnya bila dh besar, baru aku perasan nenek sebenarnya mmg baik walaupun tak tunjuk. Dia selalu bagi duit belanja, walaupun kadang2 minta adik aku yg passkan ke aku. Bagi makan byk2, bagi nasihat walaupun aku rasa nasihat dia tu sangatlah deep. Banyaklah ajar aku erti kehidupan seorang anak dan menjadi anak gadis yg baik. (tak pemalas, pantas buat kerja, bukan hanya pandai academic, tapi pandai serba serbi)

Nenek dulu pernah borak2 kosong dgn aku, ckp.. Kalau nenek dh meninggal, mesti aku tak sedih kan? Aku time tu tak tau nak ckp apa. Aku teruskan je urut nenek. And sampailah masa satu hari tu aku tgh final exam utk final year. Igt aku nak call sabtu tu utk call nenek, sperti biasa seblum exam start. Exam biasa sebelum ni hari ahad, tp tiba3 first time buat hari selasa. (fyi, aku kat hostel time tu) Time tu pulak tgh demam. Aku tak jdi nak call nenek sbb tau nenek masuk hospital haritu. Risau jugaklah tp dlm masa yg sama rasa ok je sbb biasa nenek g hospital sekejap je then boleh discharge.

Then Hari ahad lepas asar tu, aku mmg tak larat nak bangun, aku on fon utk charge pun lps dah lama battery kong. aku tgok makcik aku call aku brapa kali, aku pelik. Lpstu aku baring je smbil scroll2 group WhatsApp, smpai group WhatsApp family, aku terkejut tibe2 abah cakap nenek dah meninggal beberapa minit yang lepas. Sangatlah terkejut sampai aku rasa pening aku dh hilang. Trus aku masuk bilik air nak mandi siap2 utk balik time tu jgk. (Alhamdulillah exam hari selasa. Tak pnh2 exam hari selasa, selalu hari isnin. Hmm ada hikmahh rupanya.) Aku nangis dlm bilik air tu smpai pening aku bertambah2. (time tu aku teringat yg nenek aku pnh tanya, aku sedih tak kalau dia pergi? Nenek org mmg sedih sangat ni nenekkk) Aku balik sendiri naik transport sebab time tu family tgh uruskan Jenazah nenek. Aku tak tau, sumpah aku sedih. Dah lama2 lepas nenek meninggal, aku ada mimpi nenek beberapa kali, dlm mimpi tu aku salu peluk nenek sampai nangis2, gelak plus nangis. Semacam rindu. Yg mana sebelum ni aku tak pernah nak peluk nangis macam tu dengan nenek. Peluk seerat tu, cakap dengan nenek yg aku mmg sayang dia :’)

Rasa macam seakan menyesal tak treat nenek baik3 time nenek tak sihat. So aku nak habaq lah sikit kat luar sana, hargai and sayanglah insan yang anda sayang, ucap lah kata cinta dan sayang sebelum anda tidak sempat melakukan apa2.
Sekian. Ini hanya luahan, mungkin boleh dijadikan pengajaran buat saya dan awak semua :)

Terima kasih admin sudi share, and terima kasih anda sudi baca.

– Anne

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit