Nenek

Assalamualaikum semua pembaca. Aku kenalkan nama diri aku Liza. 27 tahun, dah berkahwin. Al kisahnya macam ni. Nenek aku dulu stay sorang tapi selepas dia jatuh dia agak lemah untuk berdiri kena ada yang pimpin or dia akan bergerak sambil mengengsot kalau tak ada yang pimpin untuk dia bergerak.

Lepas dia tak berapa kuat untuk bergerak sendiri dia stay dengan mak cik aku. Rumah mak cik aku dengan nenek aku dekat je. Kalau berjalan kaki dalam 5 min. Mak aku akan jaga bila cuti sebab mak aku mengasuh baby.

So bila mak aku pergi jaga mak aku akan bawa nenek aku stay rumah nenek aku. Lagi selesa jaga di rumah nenek aku sendiri dari di rumah orang even kakak sendiri. Mudah juga bagi kami anak beranak ramai2 nak pergi melawat.

Selama mak aku jaga, banyak kali nenek aku pujuk mak aku stay sana jaga dia. Mungkin dia lebih selesa dengan mak aku sebab mak aku ni dikategori orang yang agak lembut sampai sesapa pon boleh pijak kepala and mak aku akan diam ja. Selama ni kalau orang buat lebih kurang dekat mak aku, kami anak beranak la akan pertahankan sampai ada yang kata anak kurang ajar. End up mak aku akan layan orang tu macam biasa.

Okay back to story. Selama nenek aku duduk sorang, nenek aku even kuat tapi biasa laa orang tua nak berjalan mesti slow juga. Dah 90an or lebih aku agak. So kalau family mak cik aku nak berjalan diorang takkan bawa, diorang akan minta mak aku pergi jaga. So mak aku okay ja. Even kenduri dekat dekat situ pon diorang takkan bawa.

So bila family kami pergi sana, kami akan ajak and bawa pergi kenduri. Yang paling sedih bila nenek aku cakap, family makcik aku pelawa pon tak kalau tak, tak merasa la pergi kenduri even kalau rumah adik beradik sendiri. Kalau terjumpa pakcik aku suami makcik aku, dia akan cakap bawa kenapa, jalan pon terbongkok2 slow, rehat jela dekat rumah sambil buat gaya jalan nenek aku.

Kadang aku tak pasti apa ada dalam fikiran diorang. Memang bila dah tua, kena tinggal je ke? Hati mak mentua sendiri tak penting ke? Hati mak sendiri tak penting ke? At least pelawa, orang tua kalau taknak dia akan tolak kadang tolak sebab taknak susahkan kita. Tapi bila dah sampai di tempat tu dia akan cakap, “Mujur bawa , kalau tak, tak merasa la”. Bayangkan, setiap kali kenduri, raya kami yang akan bawa nenek ziarah adik beradik dia yang lain.

Dulu masa kuat, betul kuat siap boleh menebang, memasak, pergi mana2 semua sendiri or nenek akan suruh sapa2 antar dia. Bukan tak penah family makcik aku bawa, penah tapi zaman nenek aku tak perlu bergantung dengan siapa2 pon. Tapi kalau nak pergi berjalan, berseronok jauh jauh memang akan ditinggalkan juga.

Nak dijadikan cerita, ada kematian adik pada nenek aku. Kami semua kerja. Bila dengar berita sedih tu. Semua berusaha juga untuk balik ziarah. Sebelum pergi mak aku dah call sepupu aku tanya nenek aku pergi tak, makcik pakcik aku dah bawa ke? Sepupu aku cakap nenek aku taknak pergi. Alasannya, tak larat jalan. So sebelum kami pergi rumah jenazah kami singgah rumah makcik aku, mak aku nak tanya sendiri.

Awalnya mak aku masuk tanya, nenek aku cakap taknak pergi. tak larat nak jalan. Tak nak susahkan kami. Mak aku masuk kereta, mak aku pergi tanya sekali lagi, mata nenek aku dah menangis. Mak aku cakap, “Tak apalah, kami ramai boleh pimpin. Mak tak nak ke tengok adik mak buat kali terakhir? Takot nanti mak menyesal.” end up nenek aku nak pergi.

So kami pimpin masuk dalam kereta. Kami pergi pun dah lewat petang. So bila sampai rumah jenazah memang sedih. Nenek aku sayang adik dia, usap adik dia and dia cakap dekat mak aku, nasib mak aku bawa juga kalau tak, dia tak dapat tengok. Sumpah masa ni sedih. Bayangkan kalau nenek aku takdapat tengok, dalam masa dia pendam rasa. Boleh lagi sakit.

Lepas maghrib kami gerak balik rumah makcik aku, tengah mak and adik aku pimpin nenek aku nak masuk dalam rumah, pakcik aku datang depan pintu, marah2 mak aku. Maybe pakcik aku tak perasan aku ada dekat belakang tu, aku dengar semua. “Kenapa bawa juga orang tua ni, dia larat pon tak, duduk dalam rmah ni pon tak brjalan, mengengsot ja, yang kau pon, gagah bawa juga. Japgi dia letih la , blablabla , ayat berulang tanya mak aku kenapa bawak nenek aku”.

Pakcik aku marah tapi suara slow tak nak aku, kakak aku, abang ipar aku, suami aku dengar tapi dia tak perasan aku dengar sebab sambil dia mrah dia jalan betulkan buku atas meja la apa laa. Sampaila aku bersuara, “Apa salahnya, kami bawa kereta sampai betul2 depan pintu rumah bukan berjalan jauh pon, at least boleh jugak tengok adik dia kali terakhir. Kot nanti menyesal”. And reaksi pakcik aku tiba2 gelak fake kata, “Taklaa, kalau taw nak pegi tadi kami bawa laa”. Berlalu masuk bilik dia.

And sumpah aku ni, hati bara jaaa. Kakak aku semua masuk rumah bersembang macam biasa. Pakcik aku sangat pandai berlakon. Depan mak aku kemain marah, depan kakak aku. Kemainn ayat manisss. Tanya nenek aku, kenapa tak cakap nak pergi, kalau tak kami bawa dah la tadi. Reason kakak aku, macam aku. At least boleh tengok buat kali terakhir. Sedangkan kalau betul pakcik makcik aku beria nak bawa tok aku, pakcik aku takkan simply marah mak aku depan pintu yang sambil pimpin tok aku.

Memang tak dinafikan, pakcik aku berat ke family dia, adik beradik dia, kalau sakit duduk mana, negeri mana pon setiap masa boleh tengok. Anak2 adik dia kalau dapat cucu pon boleh tengok setiap masa, kalau kami? Datang lewat petang, 30 min lepas tu dah nak balik. Dulu terasa juga tapi bila dah semakin besar, dah pakat kahwin semua tu buat2 tak nampak jela. Tapi aku tak sangka, bila bab kematian pon dia boleh buat macam ni.

Minggu depan mak aku akan stay sana seminggu, and nak bawa nenek aku stay rumah mak aku seminggu. Sampai sekarang aku masih terfikir, apa yang ada dalam fikiran diorang? Salah kami ke bawa juga nenek pergi tengok jenazah? Kami tak fikir kesihatan nenek ke? Memang kami tak patut buat macam tu ke? And patut ke tak mak aku bawa nenek balik rumah?

Maaf ayat tunggang langgang and agak panjang.

P/s : Mesti ada yang terpkir kenapa mak aku tak jaga je nenek aku. Masa nenek aku kuat pon kami rajin bawa dia stay dengan kami tapi stay 3 hari dah nak balik, kadang kami delaykan seminggu baru hantar balik. And mak aku memang berhasrat nak jaga nenek aku dekat sana after adik bongsu aku habis study.

Ikhlas,

– Liza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *