Aku ada seorang opah. Opah ada ramai anak. Lebih dari 5, kurang dari sepuluh.
Dia ni ramai anak lelaki. Mengidamkan anak perempuan.
Alhamdulillah dapat, boleh jaga aku masa tua nanti katanya. Dikurniakan lebih dari seorang anak perempuan.
Atuk aku dah meninggal. Lepas atuk aku meninggal, opah duduk gilir2 dekat rumah anak-anak dia.
Mula2 gilirannya adil dan saksama, hari-hari yang bekerja dijaga oleh orang2 yang tidak bekerja, pencen dan bekerja sendiri.
Hujung minggu dan cuti umum dijaga oleh orang-orang yang bekerja.
Makan tahun, nenek aku semakin uzur. Ingatannya semakin lemah. Dia mula nyanyuk. Penjagaannya semakin sukar. Mulalah mereka2 memberikan alasan masing2.
“Anak-anak aku semua balik, tak ada bilik kosong”
“Aku nak pergi jalan, tak free hari ni”
“Aku ada hal”
Janji tinggal janji. Opah ditinggalkan di rumah kami. Kesian tengok ayah dan ibu sendiri. Aku menolong semampu yang boleh.
Memang opah mempunyai pembantunya sendiri. Tapi manakan daya melawan kudrat opah seorang diri.
Mana nak kejar opah malam2 buta calit najis nya di sana sini. Mana mampu nak tahan setiap kali opah cabut pampersnya dan kencing merata.
Mungkin sebab tu mereka2 tidak mahu dan meninggalkan opah di sini?
Adil di tempatnya. Itu kata mereka. Tapi adilkah mereka memperlakukan kami begini.
Membiarkan kami terkontang kanting sedang mereka seronok bercuti kesana sini bersama keluarga mereka.
Sedangkan kami, bercuti pon harus diatur2 supaya ada yang di rumah untuk tengokkan opah.
Malam ini, aku menulis selepas menolong pembantu opah membersihkan opah daripada najisnya.
Aku dah mandi tapi hidung aku masih terbau-bau najis manusia.
Sejujurnya aku hanya mahu meluah. Aku kesal dan sedih.
Semoga ada pengajaran yang dapat diambil. Semoga aku ikhlas dalam menjaga orang tua. Semoga pengakhiran kita baik-baik sahaja.
– Cucu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Balasan orang yg menjaga nenak adalah sangat besar.Allah sudah janji sebegitu..Jadi setiap kali berbakti pada nenek …ingatkan yg kita akan dapat ganjaran besar di akhirat, senang untuk memasuki syurga. Bila fikir berkaitan akhirat , hati kita akan jadi tenang bila berbakti kepada nenek.