Aku baca luahan dari Bunga, https://iiumc.com/culture-
Dan ada seorang yang paling aku sayang dan rapat amalkan benda ni. Nenek aku.
Nenek berumur 86 tahun ni, berasal dari utara. Aku cucu sulung perempuan dan anak sulung dalam family aku.
Aku lahir pra-matang dan dibesarkan oleh atuk dan nenek (parent ayah aku) sejak dari bayi.
Aku diambil dari mak ayah secara paksa la senang cerita. Pertengkaran dan salah faham antara ayah dan family kandung dia ni dari muda lagi. Masing- masing keras kepala dan suka gaduh.
Ayah aku tak suka bab-bab yang bercanggah dari ajaran agama ni. So dia dilabel anak yang derhaka dan suka melawan.
Berbalik pada nenek aku.
1. Dari aku kecil, setiap malam jumaat, nenek akan bakar kemenyan dan dia akan ulang alik dari ruang tamu ke dapur, berasap satu rumah.
2. Di belakang tv, akan diletak kan satu cawan yang berisi air. Setiap kali air tu kering nenek akan tambah.
3. Setiap kali musim durian, nenek wajib buat kenduri bila dia teringin nak makan. Kenduri bukan jamu orang makan, macam upacara yang ada pulut kuning dan telur.
Nenek akan masuk dalam bilik bersama dengan pakcik dan mak cik sulung. Nenek akan bakar kemenyan dan mula baca sesuatu, dan ada benda masuk dalam badan dia, ha lepastu aku tak pasti apa jadi. Lepas upacara tu, nenek akan jadi lembik dan berpeluh.
Mula dari situ nenek boleh makan durian sampai habis musim tahun tu. So benda ni repeat la setiap tahun. Aku pernah la tanya, kalau nak makan durian tanpa buat kenduri tak boleh ke? Dia jawab, dia akan meremang dan wajib buat.
4. Dua tahun lepas aku bawa nenek dan mak cik aku bercuti di thailand, korang tau la kan sana banyak benda-benda ni. Dia ludah dalam cawan berisi air, lepas tu letak kat side table tepi tilam kami. Mata melilau pandang atas.
Aku punya takut, terus keluar pergi bilik mak cik sambil menangis sambil mak cik dodoikan aku tidur. Seram weyh.
Nenek aku ni takde penyakit, sihat tubuh badan, naik tangga rumah aku tingkat 5 gigih la juga walaupun speed slow. Rajin berpuasa.
Aku pernah tanya ayah aku bab ni, tapi ayah aku malas masuk campur. Mak aku pulak pernah mimpi yang nenek bagi ‘barang-barang’ dia kat aku.
Dan aku pernah mimpi sekali ada nenek tua menakutkan datang kat aku. Mungkin aku terbawa-bawa mimpi yang mak cerita kot.
Aku selalu husnuzon yang nenek sihat sebab rajin berpuasa. Dalam masa sama aku rasa bukan sebab tu je.
Aku sayang sangat kat dia tapi aku tak berani tidur sebilik, aku dah jarang balik, kalau aku balik pun aku akan balik rumah mak ayah je dan aku akan melawat nenek. Aku percaya benda ni ada tapi aku tak nak terlibat.
– Rossy Penakut (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Same me. .masih dalam rawatan.