Untuk part I, (https://iiumc.com/nenek-aku/).
Asalamualaikum. Terima kasih sebab baca kisah aku dan nenek. Ada yang komen suruh sambung, jadi aku pun bosan nie, meh aku tulis lagi.
Ada yang kata nenek aku tak banyak kerenah,meh aku share kerenah nenek aku.
Terima kasih juga sebab cakap nenek aku comel.
1) Bunga.
Nenek sangat suka pada pokok bunga, malangnya tanah dekat rumah aku nie aduh, tanah jenis apa tak tahu, keras semacam.
Jadinya untuk tanam pokok bunga nenek, nenek akan suruh ayah aku beli tanah, ye tanah yang elok tu, berplastik plastik ayah aku beli, tapi tak pernah cukup,itu belum bab baja semua.
Demi mak tercinta mak ayah aku sepakat buat kebun khas untuk nenek, tapi nenek aku beli pokok bunga baru sampai penuh kebun, lepastu gaduh dengan itik ayah aku sebab itik makan pokok dia. Ayah aku terkebil kebil tengok itik dia kena marah.
(kebun bagi 2 side, satu itik, satu pokok bunga)
Nenek selalu mengadu,
‘huh itik tu jahat, makan pokok nenek’
‘tapi nek, dia kan cuma itik’
‘ah itik tu nakal’
Ayah aku pula,
‘kenapa, nenek tanam pokok dekat itik ayah’
‘biar lah layankan aje’
‘tapi kesian itik kene marah, ini tak adil’
Lantak korang lah… Aku dengar jer.
Kadang Pak Teh datang tanya nenek
‘mok, mari lah pergi rumah orang pula, lama dah mok duduk sini’
‘kalau mok pergi rumah mu,pokok mok macam mana’
‘takpelah, sayang pokok bunga dari anak, takpelah’
5 saat kemudian…
‘kejap mok kemas barang, tapi mok pergi rumah mu sekejap je eh, ‘
2) Makan.
Nenek kurang gemar masakan simple, nanti kalau masak karang dia termenung cakap tak ada selera (tapi tak ada selera tu, makan 1 pinggan kalau tak habis aku habiskn apa ada hal ).
Manakala aku, ayah, mak suka masakan simple tak suka masakan kampung, jadinya kalau hari itu menu nenek, makanan tak akan habis. Semua bagi itik yang habiskan, berfungsi rupanya itik aku.
Tapi kalau nenek tahu menu dia tak habis nanti dia cakap,
‘haa nie lah orang zaman sekarang bukan nak makan ikan ikan, ulam ulam masakan kampung nie.
Lepastu semua krik krik dalam rumah tu, hahaha.
Dan nenek tak makan makan sama, contoh minggu tu kau dah buat mee kari, sila jangan buat lagi dalam masa 1 bulan. Dan nenek tak akan makan, makanan yang pagi tadi untuk tengahari. Malam takde hal, nenek makan biskut cicah kopi je.
Mesti kena masak lain. Jadi kadang mak aku tertekan lah juga fikir menu, Pkp baru ini ayah aku yang ambil alih tugas memasak.
Jadi nenek redo jelah bila menantu yang masak. Tak banyak bunyi, tapi ayah aku nervous.
Kejap kejap suruh tanya nenek, okey tak dia masak.
(aku tak pandai masak, aku mengaku nie)
Nenek juga tak makan benda yang mudah di makan, macam sardin, nasi goreng dan sewaktu dengan.. Mau tak pening pilih menu?
Tapi Aku suka suruh nenek aku masak, dia masak sedap, serius sedap,nak nak kuih qasidah.
3) Berebut Tv.
Macam biasa aku seorang cucu yang nakal tak sedar diri, aku lebih gemar tonton drama korea.
Nenek pula haruslah nak tengok drama melayu.
Dulu Tv dekat ruang tamu, astro yang jenis Pvr, bila kita record dan nenek buka Tv akan keluar notification.
Bila nenek tahu kau record drama korea, nie ayat dia,
‘amboi ceramah agama tak nak pulak kau record’
Lalu menagis lah cucu tersentap.
Sejak dari tu, kami ambik Tv luar bawa masuk dalam bilik ayah, beli astro lain yang basic, beli TV lain, khas untuk nenek. Barulah nenek riang gembira sebab tak ada notifications lagi yang mengangu.
Tapi kalau aku lari masuk bilik ayah tengok korea,
Nenek cakap, ‘ko teman lah nenek, nenek bosan, cerita asyik ulang je’
Alah nenek kang cucu alih kang kene ceramah, cucu dilema.
Macam biasa orang tua, buka TV lepastu tidur depan Tv, nanti kau ambil remote dia cakap.
JANGAN ALIH NENEK TENGAH TENGOK NIE.
4) Berebut almari.
Tak kisahlah almari buku ke baju ke, mesti barang nenek akan lagi banyak dari barang aku, mana tak nye, tiap tiap tahun nenek akan buat baju baru, lepastu cakap, ‘nenek tak ada baju’.
Itu dekat rumah aku je, tak campur lagi baju dekat rumah anak anak lain(setiap rumah anak dia, dia akan tinggalkan kain baju).
Tapi kau tengok lah mesti ada masa di cakap ‘tak ada baju cantik’.
(Jadi para lelaki, bukan masa muda je tau perempuan macam nie)
5) Simpan barang tak perlu.
Nenek suka simpan barang tak perlu dekat rak khas untuk nenek.
Contoh botol air mineral kosong sampai 7 botol.
Bunga bunga kering, plastik, dan lain lain.
Dan setiap kali nenek balik pasti aku akan buang semua tu, yelah barang tak guna buang lah.
Tapi nanti nenek bising, kenapa buang, tu kan nenek punya.
Dan pasti dan pastilah aku ceramah balik dekat nenek.
Jangan bimbang, nenek akan tambah koleksi lain pula lepas tu.
Ayat dia, ‘jom pergi kedai RM2 jom’
6) Takut guna elekrik.
Ayah aku pasang penghawa dingin dekat bilik aku sebab kesian nenek panas, tapi kalau kau tak suruh buka, dia tak buka.
Jadi setiap pagi, malam kau kene cakap,
‘nek buka lah kalau panas’
Kalau dia dah buka, dia tak kasi kau tutup sampai dia betul betul rasa sejuk, aku dah masuk dalam selimut , nenek tetap cakap, jangan tutup nenek panas. Cucu redo walaupun jadi air batu, nanti dia sejuk dia tutup lah.
Tapi aku pelik kalau masuk bilik air mesti dia tak nak buka lampu, dia kata dah terang, ye memang terang tapi samar samar.
Lalu aku pun kalau dengar nenek masuk bilik air mesti,
‘nenek, susah sangat ke nak buka api’
‘malas nak buka’
‘bukan tinggi pun, rendah kan?, kan ayah buat rendah tu?’bukan nenek pun kena bayar bill, buka sekarang’
‘huh, yelah yelah, membebel je, tak buka lampu je pun’
Lepastu dia pergi rumah cucu lain, mengadu aku membebel dekat dia.. Hohoho..ye ye aku lah satu satunya suka membebel dekat nenek, kadang dekat jiran pun dia bagitau, aku tak kisah dah bende betul.
Aku selalu je ajak nenek main game dalam telefon aku, lepastu dia cakap, bosan r mainan orang dulu juga best, kau main lah sorang nenek nak pergi jahit tudung.
Kan aku dah kata, mata nenek terang, jadi kalau setakat ubah suai tudung tak de masalah,nenek pun kadang jahit baju (pakai spek).
Nanti dah siap, dia pakai lepastu tanya cantik tak, cantik tak, nenek nak pakai nie pergi kebun… Ketahuilah kebun cuma sebelah rumah je.
7) Aku suka sakat nenek.
Dan aku dengan kakak sepupu (panggil kakak). Selalu je khianat nenek, nenek tak makan apa apa ada susu, jadi kalau buat kuih ada susu,
‘ada susu tak’ tanya nenek.
‘tak ada’ aku dengan kakak jawab.
Sekali dia makan,
‘suka tipu nenek huh’
Lalu nenek pun bla membawa diri, pergi tengok tv.
Nenek kan suka pergi kebun. Masa pkp kalau nenek pergi kebun aku kacau lah,
‘polis tengok nenek saya, tak duduk dalam rumah, langgar arahan’
‘nenek pergi kebun je pu, tengok pokok bunga nenek, tak kan tak boleh’
‘mana boleh, nanti polis tangkap ‘
‘bosan lah nenek kalau macam tu’
5 saat kemudian…
‘anakkkkk, boleh tak , jangan kacau nenek, satu hari?’ laung ayah.
‘huh, suka kacau nenek, dah lah malas nenek layan mu’ kata nenek lalu pergi.
Alah ayah aku pun….
8) Top up.
Nenek ada telefon sendiri, tapi bukan smartphone, nenek kalau ada top up uish tak behenti telefon sedara mara, tapi lepas habis top up,
‘ish sekejap betul habis top up baru isi, nak suruh kakak (cucu) beli top up lagi lah’
Mau tak habis cepat, sorang dia telefon 10 minit, dah tu habis semua orang dia telefon.. macam mana tak habis?
Kalau masuk RM50 pun habis nye..
Kadang semalam dah telefon hari nie telefon lagi orang sama – alasan bosan.
Lepastu bising top up habis, macam mana tu.
Lagi lagi PKP nie dia bosan, lagi lah. Topik dia sama je.
-dah makan ke belum?
-buat apa?
Yang terbaru dia gossip pasal virus Covid 19 dengan sapa dia call tu. Jangan main main nenek aku Pkp berapa hari pun dia catat. Dan dia suruh aku wujudkn 1 buku, catat semua pasal covid 19. Nenek kata, ‘Nanti boleh cerita pula dekat cucu cicit pasal nie’
9) JANGAN TANYE NENEK, TAK PERGI RUMAH ORANG LAIN KE?
Kadang tu, aku dengan kakak (kami anak tunggal) (kakak selalu datang rumah aku, sebab rumah kami kan dekat).
Selalu tanya nenek tak pergi ke rumah pak saudara lain, yelah sana ramai cucu ada yang 6,ada yang 4.
Tapi nenek akan cakap, ‘nak halau nenek ke?’
Tulah nenek orang dah kata jangan tengok drama melayu yang mak dia kena halau banyak sangat, degil, kan dah terpengaruh.
Dah dah jangan merajuk, kita pergi kedai RM2 jap lagi ye nek.
Aku kadang selalu je tak puas hati, yelah kalau nenek ada, maknenye tiada fast food, bye bye korea, bye bye me time,tak boleh buat apa kau suka, kau hilang sekejap nenek cari’.
Tapi kakak selalu pesan,
Kalau kau tua pun, perangai akan macam nenek juga, layan nenek elok elok, nanti satu masa nenek dah tak ada semua menyesal sebab tak layan nenek elok elok, dan menyesal masa tu dah tak berguna.
Sebab tu kalau nenek nak makan apa apa, aku sanggup buat ataupun beli, aku takut nanti, kita menyesal.
Nah, aku share amalan nenek, yang buat dia tak nyanyuk, kuat, dan boleh baca quran dengan jelas.
DOA
Nenek doa dari dia muda lagi, dia doa supaya dia tak nyanyuk supaya tak susah anak anak. Doa sihat (walaupun nenek ada penyakit 3 serangkai, tapi tahap normal) nenek kata dia doa sihat, sebab nak beribadah.
– Cucu nakal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit