Nenek Aku Pencuri?

Assalammualaikum guys. Dek kerana nama Mak Cik Bawang dah terlalu klise, biarlah korang kenal aku dengan nama Mak Cik Lengkuas. Okey, sesuai dengan tajuk confessions aku, malam ni aku nak cerita pasal jiran aku bernama Nek Mun. Sebenarnya, aku duduk kawasan kampung. Rumah Nek Mun terletak di sebelah kanan rumah aku manakala sebelah kanan rumah Nek Mun pula, terletak rumah nenek kandung aku yang aku beri nama Nek Jem. Okey senang cerita rumah kami berderetlah.

Kejadian ini berlaku masa 2014 kot. Masa tu aku tengah study group dengan kawan aku di rumah dia. STPM dah nak dekat. Agak jauh juga sebab rumah kawan aku area bandar. Tengah syok study, tiba-tiba aku dapat panggilan telefon dari Cik Sal. Cik Sal ni ialah makcik aku yang stay serumah dengan nenek aku tadi (Nek Jem). Dia bagitau aku yang jiran kami which is Nek Mun telah menyerang mak aku di rumah. Eh! Dah kenapa pula orang tua ni dok datang rumah orang menyerang bagai? Aku mcm paniklah. Mana tahu teruk gila. Tapi rupanya berperang mulut saja. Takdelah sampai ada berparang berdarah bagai. So aku masih chill. Aku terus call mak aku nak tanya apa yang terjadi. Tapi dia hangin dan malas nak cakap kat telefon. Aku pun tak nak desak dia. Katanya nanti balik kerja di bagitau aku.

Bila petang tu aku habis study group dan dah sampai rumah, ada adik aku. Aku tanyalah adik aku betulkah Nek Mun gaduh dengan mak? Yes. Dia kata Nek Mun tu tak masal je datang serang orang. Woi aku makin curious nak tahu apa jadi. So aku decide tunggu mak aku balik kerja semata-mata nak dengar semua apa yang jadi. Full story! Oh kisahnya jadi begini. Mak aku tengah bersiap nak pergi kerja shift petang. Tiba-tiba dia didatangi Nek Mun yang mengamuk semacam puaka niyang rapik. Nek Mun cakap begini :

“Eh Enot! Mak kau kenapa nak curi barang aku? Memang dasar pencuri! Memang suka curi-curi ke?”

Wey mak aku terkedu sebab orang tuduh mak dia pencuri. Dah la tak bagi salam apatah lagi surah 3 kul. Datang terus tuduh orang pencuri. Mak aku chill lagi. Dia tanya kenapa cakap macam tu? Nek Mun pun mendakwah yang nenek aku telah mencuri penapis air, besen, pinggan mangkuk, selipar, toto, periuk kukus dan mcm2 barang dari rumah dia. Oh my God. What!? Seriuslah nenak aku curi semua tu? Okey FYI, nenek & atuk aku ialah orang yang agak kaya dalam kampung aku. Mana tidaknya. Rumah besar, kereta H dua biji, motornya pun bersepah kat rumah. Kebun pun boleh tahan banyak. Jadi, agak luculah sekiranya nenek aku nak mencuri barang dapur jiran dia. Curi periuk kukus? Korang tak rasa ke Nek Mun ni patut masuk Maharaja Lawak Mega? Okey sambung.

Bila ditanya pada Nek Mun, dia kata dia nampak sendiri nenek aku melintas parit dan angkut semua toto dan periuk kukus kesayangan dia. Guys. Nenek is nenek doh! Nenek aku jalan pun dah slow. Kalau kami keluar lepak mall, aku kena jalan slow untuk teman dia. Kau gila tiba-tiba nenek aku nak berpaskal masuk parit? Kau hengat dia Arman ke nak buat gerak gempur sambil junjung periuk kukus? Jadinya, mak aku tak puas hati, dia bawa Nek Mun pergi rumah nenek aku. Hah! Geledahlah semua kawasan kalau betul nenek aku curi barang dia! Nek Mun masuk dapur nenek aku guys. Dia selongkar semua kayu para bawah sinki nenek aku. Ha mmg takdelah kisah dia sbb nenek aku bukan pencuri. Bila tak puas hati, dia tuduh pula nenek aku dah jual semua barang curi tu. Sebab tu dia tak jumpa barang dia.

Korang cuba cakap siapa je nak beli periuk kukus, selipar or toto second hand kat pekan tu? Kau ingat jualan preloved ke hanett!!! Memang tak masuk akal dakwaan Nek Mun ni. Bila tak puas hati, dia blah sambil membebel apa tah. Mak aku sempat pesan janganlah tuduh-tuduh orang kalau takde bukti. Dia terus b*bikan mak aku! Ya! Dia kata mak aku b*bi. Kalau aku ada kat situ, memang aku sondol nenek kebayan tu. Suka-suka b*bikan mak aku!

Masa tu ade adik aku sekali. Bila dia dengar mak kami dib*bikan, dia nak pergi tumbuk Nek Mun weyh. Nasib baik mak aku tahan dia. Kalau tak mesti adik aku masuk motif viral sbb zalimi orang tua. Yang geramnya masa adik aku tahan diri nak pukul orang tua tu, Nek Mun boleh cakap lagi mak aku b*bi berulang kali. Ish! Tahniah kepada adik aku kerana masih tahan diri daripada menumbuk Nek Mun! Okey habis.

Eh! Tak habis lagi! Esoknya pagi-pagi buta aku dengar orang bertekak. Sekali aku jengah weyh, Cik Sal yang sebelum ni call aku tu tengah jadi Arman guys. Dia berdiri tepi parit sambil bertekak dengan Nek Mun. Al kisahnya Cik Sal tengah buang sampah, tiba-tiba Nek Mun duk cakap “dasar pencuri”. Tu la yang Cik Sal hangin gila. Dia terus marah kat Nek Mun. Mula-mula dia diam je. Tapi Nek Mun masih tuduh-menuduh. Sebab tu Cik Sal gagal mengawal diri.

Okey mesti korang wondering Nek Mun ni takde family ke seyh? Ada. Dia duduk dengan anak bongsu dia which is bestfriend Cik Sal hahahha. Masa tu dia malu dengan kami sebab mak dia tuduh-tuduh orang. Dia cuba halang mak dia tapi mak dia tetap berperangai macam tu. Dia pun speechless dan malu kot dengan kami.

Jadinya, aku tarik Cik Sal masuk rumah . Legakan dia. Then aku pergi pula rumah Nek Mun jumpa dia. Aku tanya elok-elok kenapa tuduh nenek aku curi. Masa tu rupa Nek Mun agak serabai juga. Dengan baju seluar senget. Rambut kembang tak bersikat. Persis Hantu Kak Limah! No lie! Lepas aku soal dia, dia cuma kata dia nampak sendirilah nenek aku curi apalah itu ini segala. Masatu anak Nek Mun hanya suruh aku balik dan jangan cakap dengan mak dia lagi. Dia minta maaf dengan wajah yang malu gila! Dia cuma kata mak dia “tak sihat”. Okey idk apa maksud dia. Dia cakap juga dia tahu Nek Jem tak curi. Dia kata mak dia je yang berperasaan dan meroyan lebih. Okey habis!

Since that, kami mmg dah tak bertegur dengan Nek Mun. Cik Mak aku cuma kata mungkin Nek Mun dah tak betul or lupa makan ubat. Tapi dia masih sakit hati sebab dib*bikan oleh nenek itew. Cian mak iter kene b*bi! Hmphhhh….Mak aku pesan jangan dilayan je. Takut makin teruk.

Jadi macam tu lah kisah……

Eh sabar! Aku ingat sinetron ni dah habis, tak guys! Sebulan lepas tu kan, nenek aku cerita pada aku. Masa dia pergi rewang majlis kahwin, orang macam sinis dekat dia. Dia peliklah. Rupanya Nek Mun pergi bagitau orang kampung yang nenek aku curi barang-barang dia doh! Ya Allah! Dasar Nek Mun! Bende tu nenek aku tahu sebab ada satu orang kampung bagitau dia. Nama orang kampung tu Nek Tin. Nek Tin ni kira bestfriend nenek aku. Masa Nek Mun membawang dekat orang kampung, nenek aku tak datang rewang haritu. Sebab tu dia berani melengkuaskan cerita tu. Nek Tin siap cakap tuduhan Nek Mun terhadap nenek aku macam tak masuk akal sebab nenek aku memang orang ada duit. Buat apa dia nak curi kalau dia boleh beli sendiri. Duit ada apadehal.

Guys. Aku bukan takbur nenek aku kaya tau. Sama sekali tidak. Cuma aku nak korang tahu betapa tak masuk akalnya kalau nenek aku yang berduit tu sanggup merangkak lintas parit macam Kapten Arman, pergi rumah orang semata-mata nak curi periuk kukus dan lain-lain barang. Kau nampak tak ketidak-logikannya? Tak tahu nak cakap macam mana. Jadi begitulah kisah Nek Mun. My Weird Ass Neighbour! Pesan aku satu saja, siapa yang ada juga jiran macam Nek Mun, jom kita ambil buluh runcing dan cucuk ditapak kaki mereka, hahahahaha. Bye uollsss selamat malam!

– Mak Cik Lengkuas

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *