Assalamualaikum semua , alhamdulillah kalau admin sudi share story aku ni .. Aku bukan nak buka aib nenek aku ,tapi aku cuma konfius and nak share story ni ngn hampa ja. Aku asal kedah sory kalau bahasa aku ni agak kasar .Biasala orang kedah kan .Okay first aku start intro nenek aku dulu. Nenek aku ni aku panggil dia “tok” . Dia lumpuh dua dua belah kaki .Memang naik wheelchair la cerita dia. Kalau pegi toilet nak ambik wudhuk ka mandi ka atau apa apa jela kami yg bawak dia Pegi mandi ,dll . Umoq dia tak silap aku mak aku ckp haritu 100 lebih dah. Alhamdulillah umoq panjang dan tak nyanyuk langsung melainkan kalau dia “Diganggu” yg tu dia lupa habis semua. Mata pun jelas lagi walaupun tak sepenuhnya tapi alhamdulillah jugak boleh baca al-Quran ,yaasin ,dll .Dia tinggal di rumah aku sejak aku kecik. Aku konfius dengan tok aku ni sama ada dia membela saka atau memang orang dulu dulu jenis keturunan ka apa taktau lah .Sebab dia kerap diganggu walaupun dh banyak berubat sana sini .And ganguan dia tu pelik bagi aku . Dia tak histeria bagai mcm org dok kena rasuk tu .Tapi bagi aku dia lain.
Setakat pengalaman aku dengan dia masa aku kecik waktu dia “diganggu” kami dengaq dia jerit tetiba ,memandangkan tok aku duduk bilik belakang skali sorang sorang sbb masatu aku x pindah lagi so ada tiga bilik je. Masa dia menjerit tu pukul 3 pgi .Semua org terkejut n lari pegi kt dia la ingat jatuh ka apa. Tapi tak dia lain dia macam usya ja kami pastu bila mak aku bagi minum air zamzam dia angkat kaki nak tendang mak aku.Bayangkan dia lumpuh wey .Masatu ada la berubat sikit panggil ustaz .Cerita ni aku shortcut la ea. Sebab kalau nak cerita sepanjang aku ngn dia memang panjang nnti hampa pulak jemu .
Mak aku penah cerita kt aku masa tok aku muda tapi takla muda sangat cuma masa tu aku tak lahir lagi , tok aku pegi rumah mak sedara aku rumah tok aku dgn mak sedara aku dlm 700meter jauhnya tu tak silap aku la berdasarkan story mak aku ,aku imagine mcm tu la jaraknya sbb masa tu dh lama sgt dh hutan lagi jalan ke rmh mak sedara aku skrg dh tkda hutan jalan raya ja. Sebab ada hutan la aku bygkan lagi jauh jarak rmh tok aku ngn mak sedara aku. Masa tu arwah tokwan aku ada lagi. Tokwan aku tengah tidoq masatu .Bila dia sedar tok aku dh tkda kt sebelah .Dia punya risau cari merata rata tok aku ,mau taknya dh pukul 3,4 pagi centu tetiba hilang .Lepastu dia pegi rmh mak sedara aku tetiba tok aku ada sana.Dia punya pelik takyah cita la mcm mana dlm gelap gelap kt hutan tok aku boleh jalan kaki ja
Cepat pulak tu sampai kt rumah mak sedara aku .Tak penah tok aku buat camtu . Tokwan aku tnya tok aku mcm mana bole sampai sini ,tok aku ckp dia tak sedar apapun tetiba dia ada dekat rumah mak sedara aku dh. Tokwan aku pun anggap mcm tok aku ni kna sembunyi ngn jin agknya .Memang tak logik sgt memalam mcm tu jln kaki kt hutan dahtu laju plk tu. Kdg aku pun igt cm cita dongeng pun ada. Hahaha. Tapi ni mmg kenyataan sebab tok aku mcm ulang balik zaman dia muda dulu smpai skrg.
Tu cerita masa zaman dulu ,ada byk lg sebenarnya. Tapi aku nk skipkan je sbb aku rasa ni pun dh pnjang . Aku story yg berlaku tahun ni 2016 ,masani jadi time raya haji .Kami semua tak raya masa tu dengan keadaan tok aku ni mcm org tak betul pun ada aku tgok . Satu malam tu dia asyk cakap sensorang ja. Bilik aku depan tok aku ,so kalau dy ckp ka dy buat apa mmg dgar . Dia ckp sorg tak henti weh tak tau apa dia merepek .Tapi kami buat tktau ja sbb mungkin dy sja nk tarik perhatian or wht kan sbb tok aku ni byk skit kerenah biasala org tua tua kan perangai dia jdi mcm bdk2 balik. Tapi dia punya merapu sampai 3 hari tak tido weh .Apakah itu .Dia merapu dia mcm ckp dgn org cara dia merapu tu mcm sembang dgn org mcm ada org sahut n dia balas blik .Boleh bygkan x ? Sumpah gerun aku sampaikan 3,4 pagi dia dok panggil org dah meninggal .Mcm (anak ) (suami) dia dh meninggal n adk bradik dia tp ramai la yg dia pnggil .Start situ kami dh pelik dh tok ni lain mcm .Kami mcm dh bole detect tok ni mcm ada bnda dlm bdn dia sbb bila kami suruh mengucap dia maki kami pstu mcm panas kalau kami baca yaasin dia ckp dia nk kluar la nk mandi la sbb panas. Lepas ramai org dtg baca yaasin baru dia tidoq setelah 3 hari tak tidoq tak mkn .Yg dia lalu telur rebus je tu ja dia mkn lain dia tknak mkn . Seumpama mcm jin ni nk seksa dia pun ada. Bila dia dh bole tidoq pulak 3 hari tak bangun smua org ssh hati ,azan kt telinga pun dia x bgun .Hari2 baca yaasin. Lepastu kami panggil rmai ustz utk ubatkan tok .Ustaz tu dia mntk air utk nk tgok ada apa dlm bdn tok .Mula tu kami tgok kosong je air jernih je .Kali kedua dia baca ayat2 terus ada cm byg2 tpi kami x jelas sgt apa benda yg psti mcm muka nenek tua tpi mmg x jelas cuma nmpk bygan cmtu ja . Kami pun sent gmbaq kt group wasap fmly tpi ustz tu marah dia suruh semua org delete tkot benda tu kacau
Walaupun ramai sedara mara n ank2 tok aku ni dtg tapi tok aku cm tak nampak diorg dtg dia ttp layan merepek dia tu .Seolah olah dia di alam lain sbb kalau pnggil ka apa dia mmg buat tak tahu .Dia tetap bercakap dgn “seseorang” yg tak wujud bagi kami tapi wujud bagi dia .Yg aku nampak bila dia bercakap/ bersembang ngn (seseorang) dia byk pandai atas atap dan dinding. serius ckp kalau org lain dtg tgok dia n org tu tk tau dia digangu mmg org ckp dia gila.Sebab ckp dgn dinding ,ckp dgn meja dgn benda yg tak hidup la senang kata . Bila dia sedar dari “alam” dia tu kami tnya sorang sorang kenal ke tak ni .Yg dia jawab semuanya nama nama yg dh mati. Contohnya mcm kalau tnya kenal tak ni sapa ?(sambil tunjuk bapak aku) dia sebut la nama (blablabla) yg dh meninggal . Kalau tunjuk aku pulak dia sebut la nama (blablabla) yg dh meninggal jgk .Kiranya tnya sesapa pun semua dia sebut nama org yg dh meninggal.
Satu hari tu kami bagi dia minum air zamzam .Dia minum elok ja bila dia tanya air apa ni kami jawab (zamzam) terus dia ludah .Dia jdi macam panas. Lepastu dia maki maki kami .Tok aku ni masa muda dulu suka pakai celak kt mata. Tapi bila dh tua ni dia tak penah pakai dh .Yg herannya malam berlaku tu mata dia dgn hitam bercelak n merah biji mata dia.Korang bygkan mcm cerita pontianak sundal malam dh la .hahaha. Seram an mata dia bercelak .sekian lama dia tak pakai celak tetiba dia pakai malam tu nth dari mana dia dapat mungkin dia simpan ka apa tu tak tau la yg aku tau dia memang seram dari segi pandangan dia tu mmg aku meremang bulu roma. Suara dia pun mcm lain .Lagi kasaq aku dgar nk ke suara lelaki pun ada .
Masa malam dia merepek tu ada la la jgk dgr dia pnggl “nenek tua “pstu dia mcm sembng dgn nenek tua sambil tunjuk2 kt dapor. Kami intai di balik tirai ja. Kejap dia ckp dgn sorang “budak kecik” kejap dgn “org tua” .Malam tu dia turun sndiri dri katil sambil tgn dia mcm berenang bila kami tnya tgh buat apa tu pastu dia ckp dia tgh “nk selamatkan bdk lemas” tu yg mcm berenang tu. Masa tu kami gelak jgk la sbb merepek sgt. Byk kali dia turun katil dia ckp nk blik tmpt dia. Ni bukan tempat dia. Yang lgi menghairankan aku tiap kali dia turun katil tu kami mestu tk nampak mcm mana cara dia turun bila kami perasan ja dia mmg ada kt bwh lantai .Makin pelik aku .Dah la suruh ngucap dia pandang ja kami dgn mata yg mcm merah sikit dia jegil mata tu mmg buat aku meremang bulu roma. Dia cakap sampai ke mati dia taknak ngucap. Istighfar jgk la aku masa tu. Apa dh jadi ngn tok aku ni .Suruh solat pun tk nak kalau tak dia org pertama yg sibuk nk solat wlaupun x smpai waktu solat lgi . Bila kami suruh dia makan semua dia ckp ada ulat. Dia x nk mkn x lalu ada ulat ,ada katak semua la yg jijik . Kdg dia tnjuk kt atap ada org kt ats tu dia kata. Muka kami semua dia ckp ada ulat n dia geli sgt .Kdg aku tgh tgok tv dgn abg aku kul 2 pgi ,tv kami pun dpn tok aku jgk so dia nampak la ,kul 2 pg dia pnggl aku , dia kata tu budak mana yg lari “tak pakai baju” sambil tnjuk .engko rasaaa weyyy? Aku ngn abg aku apa lg ttp tv masuk bilik tdoq. Ketaq bakhang. Banyak kali jgk dia ckp benda yg sama. Asyik tnya budak je pagi pagi buta .Aku mmg tk bole tinggal berdua ja dgn tok aku dlm rumah tk kesah la pgi ka mlm ka aku ni kdg2 mula nk tnya budak la org tua la pmpuan la. So aku mmg tk berani .Berbalik kpd tok aku tdoq 3 hri tk bgun tu ,lps ustz tu brubat dia bangun dgn harapan dia dh sihat tpi hampa ja dia jadi balik . Sampai skrg aku confius tok aku ni membela ke atau benda tu tumpang tapi takkan lama sangat dia tumpang. Kalau Aku stop sampai sini je .Memandangkan aku type benda ni kul 1 malam .hahaha .Apa lagi seram sejuk aku .Aku nk mntk pndpt korg semua kt mana tmpt nk berubat masalah cm ni ea. Sebb byk tak berkesan.Kesian aku tgok tok aku sllu jdi cmtu dia dh berumoq mesti tak lrat nak melayan sakit tu .Yg pasti dia tak nyanyok. Kalau nyanyok tu lain cerita. Ok sampai sini je ye Assalamualaikum terima kasih sudi baca .
– Asyu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit