Kalau duduk rumah makbapak, kalau bekerja suami isteri, ada duit gaji sendiri, usahalah untuk anak2 dihantar ke pengasuh.
Atau salah seorang berhenti kerja, jaga anak2. Boleh juga upah ‘helper’ separuh masa untuk jaga anak2 itu.
Bukan disuruh makbapak yang dah berusia yang nak bawa motosilal pun dah terketar2 untuk jaga cucu2 dan hantar ambil mereka ke sekolah.
Ini tidak, suami isteri bekerja, duit yang boleh digunakan untuk upah pengasuh atau menyewa cuma dihabiskan untuk perkara2 yang tak perlu, untuk benda2 yang tidak berfaedah.
Paling senang, jika telah ada rumah sendiri, tinggal lah di rumah sendiri, atau usaha menyewa, kenapa masih menumpang lagi rumah makbapak?
Kenapa terlalu kedekut? Sampai bila nak kerah tenaga makbapak itu? Sampai mereka dah tak ada baru nak berhenti kerja jaga anak sendiri?
Tinggal di rumah sendiri?
Ya. Memanglah senang tak payah keluar duit untuk upah pengasuh, sewa van sekolah, kain baju siap berbasuh dan berlipat,
Rumah tak perlu untuk dikemas, makanan dah tersedia, balik kerja tidur sahaja dan macam2 lagi kesenangan bila duduk dengan makbapak.
Bila pulang dari kerja, anak2 masih makbapak juga yang uruskan mandi dan makan cucu2. Ibubapanya? Tidur, atas alasan telah letih bekerja.
Bukankah itu memang sudah tanggungjawab dan komitmen ibubapa yang masih ada anak kecil?
Yang sepatutnya memang saat ini memang waktu berpenat, waktu berletih, demi anak2 yg masih kecil?
Lainlah jika masih bujang.
Uruslah anak2..Bukan dihamparkan urusan anak2 itu ke nenek dan atuk semata.
Nenek dan atuk boleh sahaja membantu, tapi bukanlah bantu sehingga sama tugas seperti pengasuh atau orang gaji.
Bukankah lebih baiknya tinggal sendiri? Bisa menguruskan anak2 dengan cara sendiri tanpa berlawanan dengan cara atuk nenek mereka?
Fikirlah, mak ayah itu telah menua. Berstatus warga emas.
Biarpun mereka kata tak apa, biarpun mereka berkata sunyi jika tiada suara cucu, hakikatnya, biarlah mereka hidup tenang di usia itu.
Bukan sudah tanggungjawab atau tugas mereka untuk uruskan kanak2, apatahlagi cucu2 yang masih ada ibubapanya.
Berapa kerapkah nenek atuk itu dibawa bercuti? Terkadang mereka tidak meminta, tapi sedarlah, bahawa tenaga mereka sudah berkurang.
Bukannya mereka tak mengeluh, mungkin mereka tidak menunjukkan kepada kita keluhan itu, penat mereka, ada masa mereka mengeluh juga,
Tak adakah setitik rasa bersalah di hati kita yang sanggup membiarkan anak2 kita dijaga oleh warga emas seperti itu?
Jadilah anak2 yang berbakti.
Semoga bisa berfikir~
– Ikan Bilis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit