Nenek dan Sisinya Yang Misteri

Salam… Saya merupakan anak kedua kepada anak kedua nenek saya. Anak abah. Nenek saya dah lama terlantar sakit di atas katil. Stroke, sebelah kanan lumpuh sebelah kiri je boleh bergerak. Mula sakit lepas jatuh berturut-turut sebanyak 3 kali dalam bulan 11 tahun lepas.

Nak dijadikan cerita, biasalah, bila sakit ni, badan kita jadi lemah. Lagi-lagi orang tua. Walaupun nenek saya kuat mengaji semua tu, bila sakit, solat mengaji dah kurang, maka adalah gangguan serba sedikit yang lama-lama jadi bukit.

Bermula dengan tak tidur malam selama 3 hari berturut-turut lepas tu tidur sehari suntuk lepas tu berjaga lagi selama 3 hari berturut-turut. Begitulah rutin nenek dalam dua bulan pertama sakit.

Tak lama kemudian, tambah lagi dengan sebaik sahaja azan maghrib, nenek akan bersuara dengan suara nyaring berjerit-jerit diselang-seli dengan suara serak dan kasar.

Tenaga tangan dan kaki belah kiri memang sangat kuat. Kalau masa nak suap makanan, ubat terutamanya, benda dia tak mahu, bayangkanlah dia boleh tahan tangan dua orang yang cuba pegang tangan dia. Rentap macam tu je.

Berapa orang pernah kena tampar (tak sengaja, dia nak rentap tapi tertampar), boleh tahan berdengung jugak telinga kami. Tenaga kuat yang undescribable. Jadi dari situ kami mula berhubung dengan tok bomoh dan ustaz.

Mula-mula, dengan ustaz darul syifa yang kebetulan merupakan saudara dekat kami. Beliau datang ke rumah untuk tengok sendiri. Long story short, dia cakap ni gangguan dari jin yang menyinggah sahaja. Kami dinasihati perbanyakkan solat dan baca al-quran. Ok.

Tak lama lepas tu ada saudara perkenalkan seorang ustaz yang pernah merawat kes budak perempuan tak berhenti-henti berdarah dari kemaluannya akibat dicakar syaitan, begitu juga kes orang kampung kami yang gangguannya mengakibatkan dia sampai boleh melekat didinding, memanjat dinding.

So ustaz tu datang rumah. Dia cakap, dekat nenek tu ada lima ekor. 4 yang orang lain punya. Belaan orang yang dah meninggal dan tak bertuan. Seekor lagi milik nenek saya sendiri. Kami semua terkulat-kulat mendengarnya.

Eh? Nenek saya ni jenis yang tak tinggal solat jemaah, mengaji tiap masa. Jadi bila ustaz cakap macam tu, kami semua tak percaya. Takkanlah. Dengan perwatakan nenek yang lemah lembut, tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat pun. Jadi kami ambil keputusan untuk tak percaya pada ustaz tersebut.

Hari demi hari, bila percakapan nenek jadi teratur semula, nenek mula mengeluarkan kata-kata kesat. Sebut sahaja binatang apa yang ada kat hutan, semua dia sebut. Cucunya dipanggil b****h, binatang, b**i. Kalau lambat sikit beri makanan, hadaplah kau panggilan-panggilan tersebut.

Akibatnya panggil lah ustaz lagi. Ustaz ni datang ‘scan’, lepas tu dia kumpulkan anak cucu nenek yang berumur 25 keatas. Ustaz cakap, nenek ni macam-macam ada. Yang menyinggah ada, yang bela sendiri ada, yang saka pun ada.

Ustaz suruh kami cari benda yang paling lama ada dalam rumah dan benda yang nenek tak pernah tinggal, selalu bawa kemana-mana hatta ke solat jemaah sekalipun.

Bermula dari jumpa ustaz ni lah, bermacam-macam gangguan yang kami dapat. Nasi yang ditanak tak bertahan sampai 3 jam pun. Alih-alih nak makan nasi, tengok dah basi.

Malam-malam, nenek meraung sekuat-kuatnya, tenaga nenek jadi luar biasa kuat (nasib baik lumpuh sebelah badan abah cakap, kalau tak, apa lah yang jadi agaknya), kadang-kadang lepas meraung tiba-tiba nenek mengilai. Kelibat tu biasalah.

Bayangkanlah, jirang belakang rumah buat keputusan untuk duduk di rumah anak sebab tak tahan dan takut dengan nenek yang meraung malam-malam. Kuat, memang jiran sekeliling dengar.

Pukul 1-2 pagi dengar tapak kaki atas bumbung, kadang-kadang macam hujan batu jatuh atas bumbung. Sebulan sebelum puasa, ada jiran nampak ada bebola api atas rumah. 7 hari berturut-turut.

Dari situ, kami jumpa tempayan lama yang abah sendiri pun tak tahu bila lagi ada. Yang pasti, masa abah kecik, tempayan tu dah ada. Abang abah pun cakap benda sama. Ustaz tu cakap, dalam banyak-banyak ekor tu, salah satunya adalah dari moyang kami, yang merupakan bidan.

Tahu-tahu sajalah, bidan zaman dulu, takkan lah takde bela kan. Ustaz tu kata, dengan tempayannya, dengan bola apinya, dengan moyang bidannya, kemungkinan besar jenis penanggal. Lagi sekor, yang nenek punya, ustaz tu cakap sekor ni, patuh betul dengan nenek.

Lepas tu, ustaz darul syifa bagitahu mak, nak cakap bahawasanya nenek ni dipatuhi, nenek terasa hati sikit, sekor ni terus serang orang yang buat nenek terasa. Kalau nenek bagi arahan, terus dia buat. Tak masuk lagi pemakaian nak bagi nampak cantik, nak suruh disayangi.

Hmm entahlah. Awalnya saya masih ragu-ragu. Sebab syaitan memang penuh tipu daya. Mustahil nenek macam tu. Bulan puasa haritu, mak cakap nenek tak buat hal sangat. Meraung, melaung tu ada tapi kurang.

Disebabkan saya merupakan anak yang mak percaya, mak membongkarkan rahsia yang mak simpan tanpa siapa pun mengetahui. Masa awal perkahwinan mak dan abah, nenek tak pernah merestui. Mak diherdik dan dihalau, tak dibenarkan menjejakkan kaki di rumah nenek.

Sepanjang awal pernikahan, disebabkan abah ni jenis anak yang taat, abah solat berjemaah bersama nenek. Subuh, asar, maghrib, isyak. Zohor tak sebab kerja.(jarak rumah kami 10 minit dengan motor) Jadi hari-hari jumpa nenek. Makan dengan nenek.

Hari-hari juga nenek minta abah ceraikan mak, kahwin dengan perempuan yang nenek suka. Bila abah bertegas taknak, nenek suruh kahwin dua. Perempuan tu pun tulis surat dekat abah, dia sudi jadi yang kedua. Alhamdulillah. abah memang bertegas taknak.

Even masa mak mengandung yang keempat pun, abah masih dipaksa kahwin dengan perempuan tu. Perempuan tu pun tunggu abah. Sampailah adik yang keempat tu lahir, kebetulan suami makcik buat hal, kantoi kahwin dua. Makcik (adik abah) meroyan, so hal kahwin dua tiga ni tersenyap sendiri.

Mak bagitahu lagi, masa mengandungkan yang keempat, mak tetiba rasa macam sakit di bahagian atas perut, sakit mencucuk-cucuk. Tapi mak buat dek je. Kadang masa sakit bebeno tu, nak duduk pun tak boleh. masa tu tahun 1996. Mak tahan je sakit tu sebab tak syak apa-apa.

Masa tahun 2010, mak tak tahan sakit, muntah darah apa semua. Pergi hospital, doktor cakap takde apa-apa yang tak kena. Last-last, mak minta adik angkat mak yang kebetulannya ada kebolehan juga merawat tapi terhad untuk ahli keluarga sahaja.

Bila makcik tu tengok mak, dia menangis. Dia cakap, kenapa tahan. Lebih 10 tahun sakit, kenapa tahan? Sambil tu dia pegang perut mak sambil buang. Adalah action dia, saya tak reti describe. Dia kata, tu nenek yang hantar. Lepas tu terus okay tau. Hmm. Pasal ni, abah saya pun masih tak tahu.

Mak bagitahu, anak-anak mak masa kecik, tak pernah dapat kasih sayang nenek pun. Nenek belah mak dah takde. Kitorang pun tak ingat. Yang kitorang ingat, kitorang memang tak suka pergi rumah nenek. Sepupu yang lain semua rapat2. Tapi takde pun yang bergilir jaga nenek.

Mak cakap, mungkin ni Tuhan nak tunjuk, yang jaga dia sekarang ialah cucu dari perempuan yang dia tak restu, yang dia dah buat macam-macam. Mak cakap mak d3pr3ss dulu, tapi mujurlah bab kahwin dua, abah memang tolak jauh2 hehe.

Ni pun, sebenarnya baru balik dari rumah nenek, habis turn jaga nenek. Tadi tanya nenek, dalam ramai-ramai cucu nenek, nenek paling sayang siapa?

Nenek balas nenek sayang semua, takde yang nenek tak sayang. Entohla noks. Akal nenek pun tak tahu takat mana je ada sekarang. Masa siang perangai okay, takat jerit nak makan, tenung orang dengan mata tajam tu je lah, tunggu malam nanti. Haha.

Sis dah give up jaga malam, tak larat. Nak kerja lagi, dengan penakutnya lagi. Hehehe.

– Tash

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *