Nenek Jadi Orang Gaji

Nenek jadi orang gaji bila hari raya

Tengok tajuk je dah boleh tahu apa yang aku nak tulis. Serba sedikit pengenalan tentang diri aku. Aku anak tunggal perempuan dalam family, selebihnya 2 orang abang , dan sorang dah berkahwin aku beri nama zul (bukan nama sebenar) dan mempunyai 2 orang anak alisa (17 tahun) dan erna (16 tahun)

Alhamdulillah raya tahun ini memang meriah rumah kami dengan kehadiran sedara-mara yang tak putus-putus. Walaupun emak aku penat tapi masih mampu tersenyum melayan tetamu yang hadir.

Di sini aku cuma nak cerita mengenai anak buah aku yang dah besar dan memang layak di gelar anak dara. Dah besar panjang tapi pemalas ya amat, langsung tak nak menolong di dapur malah membuat emak aku iaitu nenek mereka seperti orang gaji. Aku tak tahu la budak-budak sekarang memang dunia mereka dengan handphone je ke?

Baru-baru ni viral mengenai chef wan menegur anak buahnya sehingga ada yang tak nak pulang beraya. Yes aku setuju dgn cara chef wan, “kalau tak nak tolong ringan tulang, jangan balik raya”

Aku mula geram tengok perangai anak buah aku masa cuti sekolah masa bulan ramadhan yang lepas, alisa dan erna tinggal di kampung selama seminggu. Bayangkan dalam masa seminggu tu mereka langsung tak pernah tolong mak aku masak untuk juadah buka puasa. Hanya keluar bilik waktu sahur dan buka puasa sahaja. Kain baju semua mak aku basuh. Mak aku dah tua yerr, bukan nenek muda. Jalan pun dah tak kuat.

Memang aku meyirap,aku masuk bilik mereka. Aku basuhkan sorang-sorang, tapi apa yang dapat? Hanya respon kurang ajar dari mereka, “biarlah” “rilekslah macam tak biasa plak”. Bayangkan generasi sekarang, aku ni pangkat mak cik mereka. Beza berpuluh tahun dari mereka tapi tengok respon macam mana mereka lemparkan ke aku.

Dan semuanya berulang kembali masa hari raya ni. Aku ingat lagi mak masak tengahari penat-penat (aku sorang tolong masa ni sebab akak ipar dan abang aku keluar pergi beraya) tapi langsung tak ditinggalkan makanan untuk mak. Mereka balik je dari beraya terus makan anak beranak. Bila aku nak makan, tengok dah habis, apa reaksi abang aku “sapa suruh makan lambat”. Dan siang tu mak aku tak makan pun.

Belum habis situ lagi, raya ke-3 abang zul dan keluarganya pulang ke rumah mereka semula tapi aku naik menyirap, sarsi, bandung soda semua ada bila mak masuk bilik mereka, mak kata berlonggok baju kotor dalam bakul. Weii korang ingat nenek korang orang gaji nak kutip baju korang, basuh, lipatkan semua.

Di sini aku jugak nak listkan beberapa perkara yang aku nampak memang salah dari abg zul sendiri dan akak ipar aku :

1. Handphone – aku tengok setiap kali balik kampung abg zul dan akk ipar pun sama tak lekang dari handphone. Habit ni akan jadi ikutan ke anak-anak. Ingat ya, anak-anak akan ikut apa yang mak ayah buat

2. Kurang ajar – abang zul memang cara percakapan kasar. Akak ipar jenis membebel yang non stop. “hawau” “kepala otak” bangang” memang mainan mulut mereka. Jadi segala percakapan ini juga yang membentuk cara percakapan anak-anak buah aku yang kurang ajar

3. Tinggal baju kotor – benda ni akak ipar aku pun sama. Selalu tinggalkan baju untuk mak aku basuh. Anak- anak pun ikut. Sepatutnye baju kotor bawa balik, jangan ditinggalkan di kampung untuk orang tua basuh.

4. Tolong masak- abang zul tak pernah langsung menegur anak-anak dia untuk tolong di dapur. Hanya membiarkan anak-anak duduk depan tv, main handphone

Tulisan aku ni bukan nak membuka pekung di dada tapi lebih kepada pedoman supaya kita sendiri tersedar jika ada melakukan perkara yang sama. Membiarkan anak-anak yang kian membesar dgn handphone lalu memperhambakan ibu (nenek) kita sendiri tanpa kita sedar.

Ya memang betul mak tak tegur depan-depan tapi mak banyak mengadu dengan aku. Kecik ati. Aku tak tahu la kalau bagi korang pembaca sekalian yang masih menganggap “biarlah mereka budak-budak lagi, baru nak up”. Tidak bagi aku mendidik hendaklah dari kecil dan bagi aku anak buah aku dah besar panjang (mana tak nya tinggi dan besat kot dari aku).

Apapun doakan anak buah aku berubah satu hari nanti.

– mak su yg dah berkahwin dan ada anak-

– Mak su yang dah berkahwin dan ada anak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit