Salam semua. Aku sorang perempuan berumur menghampiri mid 30-an, seorang ibu kepada baby lelaki berusia setahun, dan bakal menjadi janda. Jadikan lah kisah aku sebagai teladan dan sempadan.
Bakal duda aku, gelarkan BD (Bakal Duda), berusia tua beberapa tahun dari aku. Kami telah bernikah 3 tahun, dan kenal sebelum nikah selama setahun.
Aku menulis luahan ini, kerana sudah sampai tahap penamat kepada perjuangan aku menuntut hak aku selayaknya seorang isteri dapat. Aku bekerja dalam bidang swasta penerbangan, bergaji bawah 5k, bekerja 5 hari seminggu 9.00am – 6.00pm, dan cuti pada hari sabtu dan ahad, menetap di selangor.
Sebelum nikah aku sudah mempunyai aset rumah dan kereta sendiri. Rumah subsale, apartment 3 tingkat, tiada lift, 3 bilik tidur, 2 bilik air, 1 balkoni depan, 1 balkoni tepi dapur.
Latar belakang BD, anak lelaki tunggal daripada 6 beradik. 4 kakak dan satu adik perempuan. Sekarang ini BD bekerja sebagai freelancer oil & gas inspector. Freelancer meaning apabila dia on job, kebiasaanya akan mengambil masa 1-4 bulan. Dalam setahun biasanya dia akan on job 3/4 kali, dengan duration 1-4 bulan. Selebihnya dia akan free jika tidak naik job.
Ibu nya seorang pesara kerajaan, sudah bercerai dengan si ayah. Kakak nya, dua pensyarah satu kakak istimewa dan satu kakak tidak bekerja tetap, hanya kerja sambilan, adik bongsu BD doktor. Boleh dikatakan keluarga yang berjaya dari segi pendidikan, keagamaan dan kehidupan.
Neraka 1 tahun..
Sebelum nikah, aku kenal BD dari seorang penyewa rumahku. Aku gelarkan dia Cikgu Dee. Cikgu Dee bertanya adakah aku sudah berpunya, kerana dia melihat kehidupan aku hampir sempurna, ada kerja tetap, rumah (subsale) dan kereta namun tidak lengkap kerana tidak bernikah.
Ketika itu aku baru mencecah usia 30. Beliau menyatakan ingin mengenalkan aku kepada kawan suaminya, yang belum bernikah.
Pada luaran nampak baik solat tidak tinggal jika di tempat kerja. Aku pada mulanya kurang berminat kerana sudah berderet calon yang aku kenal namun menemui titik noktah kerana kurang sesuai dan tidak menepati ciri2 aku cari.
Namun memikirkan usia sudah 30, niat cuma satu ingin menikah dan mempunyai anak. Aku bersetuju (bermodalkan BD tidak tinggal solat) untuk kenal dan mula kenal dengan BD pada penghujung tahun 2020.
Permulaan perhubungan semuanya baik, walaupun ketika itu musim covid, dan kami berkenalan melalui whatsapp, dan bersetuju untuk ke netakt step walaupun hanya baru kenal beberapa minggu.
Sebelum serious, sudah aku bertanya kepada BD adakah dia single dan tidak mempunyai teman istimewa, katanya ya dia single kerana tidak ramai perempuan berminat dengan lelaki yang kerja tidak tetap (freelancer) dan dia juga tidak mempunyai kereta, menguatkan lagi tidak ramai perempuan akan terpaut.
Namun aku tidak pernah memikirkan semuanya kerana aku sudah ada kereta dan rumah. CUMA tiada suami. Disebabkan covid, kami tidak dapat jumpa, hanya BD pergi berjumpa dengan ibu dan ayahku di kelantan, dia berasal di terengganu. Menggunakan surat rentas negeri, maka berkenalan lah mereka.
Pada minggu awal perkenalan semuanya okay, BD akan call aku setiap kali lunch hour, (ketika itu dia bekerja maintenance oil & gas dengan office hour dalam satu daerah di terengganu), after work 5.00pm, dan malam 10.30pm lebih kurang.
Namun beberapa minggu selepas itu dia makin dingin, dan akan memarahiku jika aku menelefon pada waktu3 yang selalu dia call.
Aku sudah pelik sebab dia mula menggunakan bahasa kasar dengan aku tiap kali aku call, padahal aku tahu timing tersebut dia free(sebelum ni dia kerja office hour, ahad-khamis) malah selalu menelefon ku sehingga pukul 1/2 am. Namun aku mengendahkan mungkin dia penat bekerja. Namun…
Semuanya terbongkar, saat dia mengunjungi rakannya untuk majlis nikah di kelantan, dan tidur di sana selama 1 malam.
Dia bergerak ke kelantan bersama-sama 2 rakan lelakinya, dan ketika sampai di sana kebetulan kereta rakannya mengalami kerosakan pada petang hari, dan terpaksa meninggalkan kereta di depan rumah orang (jalan kampung) dan bergerak ke hotel tempat mereka menginap. Kami sentiasa berhubung melalui whatsapp dan call.
Selepas magrib mereka keluar untuk menguruskan kereta rakannya itu, dengan meminta pertolongan rakan di kelantan. Namun pada malam itu, dia tiba2 senyap. Dan menghampiri pukul 12 malam menelefon ku mengatakan baru sahaja settle uruskan kereta rakannya.
Keesokan paginya, dia chat mengatakan ingin keluar breakfast, dan akan contact selepas balik makan. Namun menghampiri jam 12 tengah hari, masih senyap. Call dan whatsapp juga tidak berbalas. Akhirnya hampir jam 12 tengah hari dia contact. Aku sudah syak sesuatu.
Disebabkan rimas dengan desakan, BD akhirnya membuka cerita bahawa rakan yang membantunya pada malam itu adalah seorang wanita bernama Siti. Dan pada pagi ketika breakfast, Siti juga yang menjemputnya untuk makan di luar, dengan meninggalkan dua rakan lelakinya di hotel dengan alasan mereka masih tido.
Aku mendesak siapa Siti, sedangkan kami dalam proses bertunang. (Selepas dia berjumpa kedua ibubapa ku kami bersetuju untuk bertunang) dia juga sempat berjumpa aku 1/2 kali di Selangor. Dan kami bersetuju untuk serious.
Dia menceritakan Siti merupakan seorang perempuan yang diperkenalkan oleh rakannya Bad. Siji bekerja di salah sebuah kedai Cat di Kota Bharu, sebagai kerani. Bad dan BD berkawan ketika sama2 belajar di Politeknik. Manakala Siti pula merupakan rakan sekolah rendah & menengah Bad berasal di Kota Bharu.
Bad memperkenalkan Siti kepada BD pada tahun 2017, dengan memberikan gambar. Namun BD tidak pernah tergerak untuk berjumpa Siti kerana katanya bukan pilihan hatinya (melalui gambar yang diberikan oleh Bad) dia tidak berminat dan hanya berhubung melalui Whatsapp sebagai kawan dari 2017 sehingga la situasi dia menolong pada malam itu, merupakan kali pertama bertemu dengan Siti pada 2020.
Bakal Duda mengaku katanya dia mula terbuai dengan Siti, selepas jumpa pada malam itu, Siti kelihatan agak cantik, berhidung jambu, hitam2 manis, bertubuh montok, tidak seperti di dalam gambar yang dikirimkan oleh Bad kepadanya.
BD juga mengaku mula berasa terbuai dan dalam dua untuk meneruskan pertunangan dengan aku atau tidak. Aku meminta kata dua jika tidak aku akan angkat kaki kerana aku tidak berminat untuk berebut tetapi aku berminat untuk menikah. Jika dia tidak sedia aku akan cari calon lain. Bukan main-main.
Mendengar kata dua dariku, BD meyakinkan aku bahawa dia tetap akan terusakan plan menikah dengan aku dan meminta aku tidak meninggalkan dia.
Namun sikapnya kian berubah, semua masa yang dia allocate-kan untuk call aku tidak lagi available dan dia akan engage/on call. Aku tahu tidak lain hanya dengan Siti. Kami kerap bergaduh dan aku ugut untuk meninggalkan dia, namum BD tetap menahanku dan mengatakan sudah memberitahu family hendak bertunang dengan aku.
Akhirnya bertunanglah kami. Walaupun situasi sentiasa panas dan pergaduhan berlaku SETIAP hari. Kerana BD akan senyap pada waktu Tengah hari, petang selepas balik kerja dan malam hari selepas solat isyak. BD akan chat aku pada pagi keesokan hari untuk wish kerja elok2. Aku tahu, dia masih sibuk dengan Siti, kerana last seen dia tetap pada jam almost 1/2 pagi. Tetapi dengan aku senyap.
Dalam keadaan sentiasa panas, dia mengatakan akan block aku untuk elak bergaduh, padahal dia rimas aku call dia nonstop waktu dia oncall. Dan dia akan unblock aku pada jam 1/2 pagi selepas dia selesai dengan Siti. Dan keesokan dia akan chat aku seperti biasa.
Selepas bertunang, kami kembali gaduh besar dan putus tunang, hanya beberapa minggu dari tarikh nikah. Kerana, BD memanggil ku BABI disebabkan dia marah aku tidak bersetuju dia ingin menjemput Siti menghadiri pernikahan ku di rumah ku, di Kelantan.
Aku mengatakan jika jemput Siti baik cancel nikah dah putus tunang. Dia akhirnya setuju. Berita putus tunang kami diketahui oleh keluarga bakal mertua. Dan sememangnya metua perempuan tidak berkenan dengan aku.
Selepas putus tunang, aku merasakan perlu menyelamatkan hubungan ni, kerana kami sangat2 hampir dengan tarikh nikah, borang, tempahan semua sudah siap. Kedua ibu bapa ku juga mengetahui. Aku merasakan amat remeh, putus tunang kerana tidak setuju jemput SITI datang. BD telah block aku lepas putus tunang.
Keesokkan hari, aku gagahkan diri drive ke Terengganu, tempat BD kerja, dan menumpang rumah Cikgu Dee (Cikgu Dee sudah pindah dari rumah sewa ku dan menetap bersama suaminya di daerah sama BD kerja). Aku ceritakan semuanya kepada CIkgu Dee dan suaminya.
Cikgu Dee dan Suaminya memanggil BD kerumahnya, dan bercakap dua mata dengan BD. Adakah betul ingin putus tunang. Aku dalam bilik rumah Cikgu Dee masa tu. BD mengatakan masih sayang padaku. Dan agak menyesal. Dia setuju untuk sambung kembali. Namun memerlukan masa untuk memujuk Ibunya.
Malam itu, BD jumpa aku di kedai makan dekat rumah Cikgu Dee, dan berjanji akan usahakan untuk stick pada plan asal, menikah. Cuma dia tidak tahu cara memujuk Ibunya.
BD call ibunya malam itu, dan buat Loudspeaker, dan mengatakan untuk kembali pada plan asal, nikah. Hampir satu jam ibunya berdalih 2. Mengatakan tidak terima. Kerana aku yang putuskan. Dan bermacam alasan. Katanya dia serabut dengan masalah gaduh antara aku dan BD yang setiap hari tidak selesai.
(BD ceritakan semuanya setiap kali gaduh dengan aku kepada ibunya) sedangkan dia tidak cerita punca sebenarnya adalah dia melayan SITI. Ibunya menganggap aku trouble maker dan tidak berkenan dengan perangai aku.
Selepas itu BD menyuruhku memujuk dan berjanji dengan ibu nya untuk ubah sikap. Akhirnya ibunya setuju membenarkan kami nikah dengan ayat “ini last warning mok bagi yer”
Sepanjang saat genting itu, aku tidak lagi membangkitkan cerita Siti, walau pada dasarnya BD masih sama. Senyap, block itu biasa. Akhirnya nikah lah kami. Semuanya smooth. Kami honeymoon, Pahang, Perak dan Pulau Pinang dengan travel by kereta, aku yang drive.
Di perak, sewaktu BD di toilet, masuk chat Siti. Dan aku tahu mereka masih berhubung. Bergaduhlah kami utk kesekian kalinya. Selama setahun aku perjuangkan hubungan ini, sehingga nikah, masih lagi SITI chat BD. Dengan alasan kawan. Setahun neraka yang aku hadap. Letih penat. Jangan cerita. Sangat2 meletihkan.
Neraka 3 tahun..
Kami PJJ. Disebabkan kisah SITI ni, kami akan sentiasa bergaduh. Dalam seminggu 3 hari baik, 4 hari gaduh. Semua sebab SITI. BD akan block aku dan senyap untuk dia layan call/chat Siti. Aku di selangor. Dia di Terengganu.
Akhirnya berlaku perceraian pertama aku dan BD. Dia lafaz kerasa bergaduh hal siti. Puncanya, Bad kawan Siti contact aku, bersetuju untuk menemukan aku, BD, Siti serta Bad untuk selesaikan masalah ini. Aku bersetuju untuk jumpa kerana teringin bertanya adalah dia mau BD, aku boleh angkat kaki.
Tetapi tiba2 isteri Bad chat dengan maki hamun dan warning aku untuk tidak contact Bad lagi. Sedangkan Bad yang contact aku. Dan BD (masa tu laki aku la kan) ugut untuk ambil Restriction Order ke atas aku isterinya jika aku berani usik dan cari SITI. Anehkan. Bercerai lah kami.
Seperti biasa, BD ceritakan hal cerai kepada keluarganya (Ibu dan adik beradiknya). Berdasarkan janji aku dengan ibunya ketika pujuk untuk nikah, so aku langgar janji. Ibunya setuju untuk terus cerai. BD seperti biasa, senyap seperti pengecut dan block aku selepas kes terlafaz cerai. Kebiasaanya pun dia akan block aku tanpa sebab munasabah sampai berbulan2.
Ketika ini pernikahan menjangkau lebih kurang setahun 3 bulan. Aku memikirkan untuk menyelamatkan rumah tanggaku, aku ambil tiket flight ke Terengganu, pada bulan puasa, ketika weekend, ambil grab dari airport sampai di rumah mertua, aku meminta untuk solat asar sebab belum solat.
BD ada tetapi, mertua menyuruh kakak BD memantau BD, agar tidak jumpa / cakap dengan aku, (mungkin risau BD lafaz rujuk) dan menyuruh BD keluar rumah dan jangan jumpa aku. BD start motor tinggalkan aku di rumah mertua. Ketika itu, hampir kurang 30 min waktu sebelum berbuka puasa.
Usai solat asar, mertua perempuan menarikku masuk ke biliknya. Dengan lantangnya dia mengatakan “Mok tak mboh doh” maksudnya tak nak dengan aku. Aku tidak memujuk sebab aku tahu, aku di matanya seperti anjing. Aku balik sebab nak jumpa BD bukan familinya.
Aku cuma membalas balik nk ambil pakaianku di rumah BD. Rumah BD tepi rumah maknya. Kakak2 ipar ku semua ada. Hanya diam. Aku lewati meja makan, yang penuh dengan juadah berbuka puasa. Lagi beberapa minit nk berbuka. Tidak ada seorang pun yang pelawa aku untuk berbuka, padahal aku baru sampai dari KL.
Aku naik ke rumah BD bersama seorang lagi kakaknya membontoti ku, aku berniat untuk jumpa BD tapi kakaknya lagak seorang polis membontoti kemana sahaja aku bergerak. Aku kemas pakaianku, dan kakaknya menanyakan mana nak tido malam ni? aku plan nk tido rumah BD (dalam hati), yela aku masih dalam Eddah. Namun tidak sempat ku jawab “takpe nanti kak long hantar ye”
Usai ke kemas pakaian, aku book hotel, dalam hati takpe malam ni BD datang. Kakaknya hantar aku ke hotel di bandar terengganu. Without any food untuk berbuka. Sampai hotel dia balik. Lama aku termenung dan menangis. Lagak seperti anjing. Dibuang. Aku email BD menyuruh datang untuk rujuk, sebab dia dah block aku di semua tempat.
Aku tunggu sampai subuh. Tido2 ayam. Dia tak sampai. Aku jaga aku check email. Tidak reply. Aku nangis lagi. BD tak datang pun. Di bulan ramdahan aku bangun solat hajat. Dan mohon Allah membalas semua kesakitan yang aku hadap. Lama aku termenung. Aku memikirnya, hinanya aku dimata mereka. Hanya kerana aku yang nak nikah dengan anaknya..
Aku seakan mendapat semangat baru. Dan aku email BD kata kepadanya, aku sudah redha. Kita selesaikan di mahkamah sahaja lah. Keesokan aku balik selangor. Aku sudah usaha sampai sini sahaja jodoh aku. Aku telefon ayahku dia menjawab, “Takpe Abah ada, lepas ni hujung minggu balik rumah abah sahaja lah”. Aku kerja airline jadi setiap weekend memang balik jumpa BD di Terengganu.
Selepas sehari BD tiba2 unblock aku dan memaksa aku balik jumpanya kembali. Hanya sebab ayat yang aku email kepadanya “Saya dah bagitahu abah (abah aku), abah cakap tak yah rujuk”
Dia merasa tercabar, dan mengatakan bahawa aku masih isterinya. Dan jangan dengar cakap abah aku. Aku wajib taat dia. Padahal masa famili kau halau aku 10 minit sebelum berbuka, kau diam macam orang bodoh, dungu dan bendul.
Tiba2 mengaku aku masih isterinya. Dia akhirnya call aku dan cakap kita rujuk sahajalah. Aku tanya mcm mana familynya. BD cakap takpe bagi masa untuk mereka terima aku.
15 Ramadhan aku balik jumpa BD, dia book hotel berdekatan rumahnya, dan kami jumpa di situ. Tanpa pengetahuan familinya, dia rujuk aku. Izin Allah selepas sebulan aku mengandung. Rupanya baby 15 Ramadhan. Namun…neraka ku berterusan. Aku ringkaskan seperti dibawah.
1) BD akan sentiasa mencari alasan untuk tidak duduk denganku di selangor walaupun aku sudah sarat 7/8 bulan dengan alasan, tiada orang yang uruskan kucing di kampung.
2) Kena balik sebab adik nak pindah rumah,
3) Kena balik sebab bunyi seperti ada orang berjalan belakang rumah. Aku siap tolong order CCTV untuk rumahnya supaya BD duduk dengan aku di Selangor sebab aku sudah sarat 7 bulan dan aku GDM kena beranak awal dua minggu. Aku risau turun air sorang2. Namun dia tetap akan balik ke kampung dengan alasan remeh.
Tinggallah aku sendirian di Selangor. Balik kerja selepas solat magrib menangisi nasib diri. Mengandung 7 bulan pun, kena mengalah. Walhal BD tidak on job. If dia On Job aku paham.
Kemuncak, BD kononya buat plan, nak aku beranak di terengganu, untuk anak first (cucu first familinya, semua ahli keluarganya tidak nikah, kecuali kakaknya sorang baru nikah ketika usia 46 tahun) Ibu ayahku pada awalnya nk ambil aku di selangor, dan disebabkan janji BD berkeras aku beranak di terengganu, maka ibu ayah aku melepaskan ku kepada BD dan kebetulan mereka bercuti ke oversea.
Namun janji tinggal janji, aku bodoh, famili BD benci aku mana mungkin dia nk menjaga aku beranak. Sepanjang mengandung tidak ada seorang pun Ibu mahupun kakak2 nya tanya aku sihat atau tidak. Paksa BD balik ke kampung adalah. Aku yang sarat 8 bulan tinggal seorang diri.
Akhirnya abah dan ibuku balik dari oversea dan drive bawa aku pulang ke pasir mas. BD seperti biasa sibuk dengan familinya. Aku warded di Kota Bharu, dan BD datang dengan ayah mertuaku. BD book hotel berdekatan dengan hospital, konon untuk mudah melawat aku. Akhirnya lahirlah anak lelaki ku, anugerah Allah yang aku panggil Baby Mommy.
Selepas discharge aku balik kampung di pasir mas. Dan BD balik ke rumahnya di Terengganu kerana ada hal. Sampai je di kampung aku terjumpa, kuih taik itik, bunga tanjung di dalam peti ais rumah familiku. Tidak lain tidak bukan, Siti yang berikan kepada BD. Hal ini kerana, dari 2017, Siti akan sentiasa poskan kueh2 tradisional kelantan kepada BD.
Dan ternyata ketika aku dalam labour room, Siti datang dan jumpa BD untuk bagi kueh ni. Familiku tidak ada seorang pun yang makan kueh ni. Sbb (bagi kami satu famili) kueh ni memang tidak sedap hanya manis semata2. No wonderla masa waktu melawat lepas beranak BD lambat sampai. Sibuk dengan Siti kedai Cat.
So bergaduh lagi kami, lepas beranak pun tak habis lagi cerita Siti. AKu nekad untu tuntut cerai. Mengenangkan sudah beranak, famili mertua pun tidak ada yang tanya sepatah cucu yang baru lahir. Anak saudara sorang ini sahaja pun. So aku nekad.
Akhirnya BD datang pujuk dan bertaklik jika dia berhubung lagi dengan Siti maka jatuh talak. Aku senyap dan cuba bagi peluang. Mungkin dia berubah selepas ada anak. Selepas seminggu mertua perempuan datang.
Akhirnya, jumpa juga dengan cucu walaupun selepas seminggu. Puncanya, ayah mertua datang bawa bini baru jumpa anak aku. Jadi mertua perempuan merasa tercabar, dan berpesan kepada BD agar bini baru bekas suaminya tidak sentuh anakku, (cucuk 1st dia) Sebab marah dan tercabar maka sampai lah mertua tengok cucu. Selepas sekian lama lagak seperti tidak ada menantu.
Namun kakaknya tidak singgah ya, hanya hantar mertua perempuan, dengan alasan ada kerja. Lepas jumpa cucu, mertua nak balik, aku kedepan rumah bersalam dengan kakaknya dan mempelawa dia naik untuk tengok anak saudara pertamanya, namun tidak ya…
Dia hanya di depan pintu rumah mengatakan kakak yang oku dalam kereta muntah dan tengah mood swing, so dia agak kotor tak elok pegang baby. Walhal semasa letak ibu mertua dia boleh sahaja naik. So kesimpulan… dia memang tidak berminat nak tengok baby.. Its okay..
So selepas habis pantang balik la aku ke selangor untuk sambung kerja. BD seperti biasa selepas habis job, sentiasa dengan alasan2 bodoh untuk balik urus family.
Walaupun dia tahu aku dengan anak berusia 3 bulan berdua di selangor, aku kerja dan perlu urus anak ke rumah pengasuh, masak makanan setiap pagi, anak nangis aku perlu bersiap terpaksa biarkan anak menangis sendirian.
Dengan rumah apartment tingkat 3. Barang2 baby, bag kerja aku, bag pam susu. Namun tidak ya… BD tidak betah tinggal dengan aku dan anak walaupun dia tidak on job. Ada sahaja alasan keluarganya untuk menghalalkan BD untuk balik ke kampung.
Kemuncak perang kedua, BD habis job di labuan, aku ambil di KLIA2, ayat pertama selepas nampak aku dan anak, saya tak boleh lama, sudah janji dengan Din untuk ke Ipoh. BD peminat bundle2 mahal, yang harga ratus.
Aku senyapkan diri, tapi seingat aku kami bergaduh kerana aku memohon dia membantu aku, sebab anak masih kecil perlu di pegang setiap pagi sewaktu aku bersiap, namun seperti biasa, sewaktu aku kerja, dia lari balik kampung tanpa jumpa aku. Konon untuk elak bergaduh.
Aku block dia dan nekad untuk berpisah. Dia setuju dan menyuruh aku teruskan sahaja ke mahkamah dan dia block aku. Kebetulan anak sakit warded, sebab demam dan kahak. Aku update ibu ku, dan ibuku memberitahu BD anak warded. BD datang dari Ipoh terus ke Hospital. Tanpa rasa bersalah, seperti tidak ada apa berlaku.
Aku mengatakan ini last warning. Tolong aku jaga anak. Aku susah sangat. Anak tak nak duduk dan makin melasak. Usia 7/ 8 bulan. Tolong aku jaga anak. Dia janji akan berubah. Namun sama… 1 minggu di selangor, dua minggu di kampung. Dengan bermacam alasan bodoh. Famili mertua akan berusaha memberikan idea agar BD boleh balik ke kampung.
Kemuncaknya, aku bergaduh dengan BD mengenai maintenance rumah aku, aku terpaksa menaiki tangga until lap kipas sendiri sebab habuk, sambil anak menangis di bawah, BD ada sewaktu tidak job, tapi sebab ni rumah aku, tidak rasa bertanggung jawab untuk membantu.
Punca gaduh sebab aku tunjuk sudah 3 jam aku membaiki basin singki bilik air rumah ku,tidak berjaya, dimana sewaktu dia ada di rumahku tidak ada rasa tanggungjawab untuk baiki. Sedang dia tahu, disitulah tempat aku memandikan anakku.
Dengan singki menitis, aku terpaksa elak anak dari kena air menitis. Dengan toilet tangki tandas rosak, aku beli shoppe baiki sendiri. Dia tidak merasa untuk baiki. Kerana satu, aku BUKAN darah daging dia. Jika aku adik beradik dia, baru dia rasa bertanggungjawab.
Pernah aku menyuruh dia menyidai tudung ku 4 helai (sewaktu dia tidak on job, dia free di rumah) dia membalas “howww macam balachi mu dah aku” Padahal ketika itu, aku sudah lambat untuk masuk kerja, jam almost 9.00 am, aku kena letak anak lagi di rumah pengasuh. Sedangkan jika di kampungnya, patang ada kain dalam mesin basuh, dia akan jemur.
Aku lupa itu pakaian adik beradiknya. Dan aku orang luar.. Semasa bergaduh, “BD cakap takpe mu ambil terus anok. Aku dah lama sabar dengan mu”
Maksudnya sila ke mahkamah dan hak anak sudah dia setuju bagi kepada aku. Jadi tahulah aku, anak akupun tidak dia ingin. Alhamdulillah. Patut sangat susah untuk dia duduk menetap disini.
Setelah berfikir panjang, aku akhirnya sudah report ke mahkamah Syariah tempat aku bermastautin dan menunggu masa untuk berjumpa kaunselor untuk membubarkan perkahwinan.
So kepada keluarga bakal duda aku, ambil lah kembali anak jate mu ni. Aku boleh besarkan anak aku seorang diri disini. Kepada Siti, semoga boleh jadi isteri Bakal Duda aku. Dan semoga berkekalan sepanjang hajat. Semoga aku dikurniakan Allah umur yang panjang untuk aku jaga anak aku Baby Mommy dengan penuh kasih sayang.
Doa aku kepada semua perampas hak aku seorang isteri, hak anak aku, aku doa tidak akan selamat kamu semua di dunia mahupun akhirat.
Buat Bakal duda, semoga kau dapat balik kehidupan yang selama ini kau nak. Selamat menjadi bujang dan duda. Sayonara orang2 jahat… Aku.. signing off.
– Aku (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Awal2 sebelum bertunang tu dah nampak red flag… hadap sangat jantan tu.. dah lah kerja tak tetap, kereta pun tak de, kurang ajar pulak tu. Family jantan pun tak suka awak. Menyesal pun tak guna. Ni dah report ke mahkamah, jangan nak ubah fikiran tu pulak, terima balik jantan tak guna tu.