Neraka Asrama

Kisah ni dah terjadi lama. Dah hampir 5 tahun aku meninggalkan kehidupan asrama. Tapi ada kejadian-kejadian yang masih aku tak boleh lupa sehingga kini.

Hidup di asrama haruslah kuat dari segi fizikal, mental & emosi. Jika tidak memang akan berputus asa dan berhenti ditengah jalan. Ceritanya panjang tapi aku pendekkan sahaja.

Mula-mula masuk asrama sebagai junior everything was perfectly fine. Tapi semuanya berubah bila aku diminati segelintir pelajar senior lelaki.

Yang jadi masalah adalah beberapa senior lelaki yang meminati aku itu adalah orang2 yang diminati oleh beberapa senior perempuan.

Aku jadi target setiap kali senior mencari kesalahan. Diejek dan disound tanpa sebab. Gambar aku yang sepatutnya digunakan untuk urusan asrama sengaja dipas2 kepada senior2 lelaki.

Kad balik bermalam sengaja disorok/dihilangkan. Kasut yang dijemur baik-baik dicampak jauh keluar pagar. Baju-baju yang dijemur diampaian dijatuhkan atas lantai. Macam-macam lagi.

Tak cukup di asrama di sekolah juga sama. Sepanjang tahun dibuli.

Dipalau dan dijeling itu perkara biasa. Walaupun benda yang berlaku bukan salah aku. Tapi aku yang dipersalahkan dan difitnah macam-macam.

Ada juga senior yang baik tapi beberapa orang sahaja. That time kehidupan asrama is almost like a living hell to me.

Told mom & dad about this matter tapi diaorang suruh sabar je. Dalam tahun yang sama juga aku kehilangan family yang sangat aku sayang. I was so stress and depress.

Walaupun macam-macam berlaku tapi aku berjaya dapat straight A final year exam.

Kepada mak ayah diluar sana, make sure your kids okay dan baik-baik sahaja di asrama.

Jadi mangsa buli adalah sesuatu yang akan memberi luka seumur hidup. Maybe akan stress, maybe akan down, maybe akan berdendam, maybe akan putus asa dengan kehidupan?

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *