Neraka di Rumah

Salam. Aku wanita beruisa 30. Anak sulung dari 5 beradik dan satu-satunya anak perempuan. Mesti korang ingat aku manja kan? Adik laki aku dapat layanan best dari mak bapak aku kot. Aku? Dah macam ketua keluarga.

Dari kecik family aku sederhana je. Sampai satu masa waktu 90 an dulu ada kes kegawatan ekonomi. So ayah aku ekonominya juga terjejas sampai sanggup pi main j***. Mcm mana aku tau? Waktu kecik dulu ayah bwk kami keluar dan parking dekat2 dgn kedai 4d. Aku pun mengeja lah perkataan signboard kt kedai tu… S…p…o…r…t…s… t…o…t…o…. Sports toto!

Ayah aku punyalah marah dan tak bagi sebut perkataan tu dah. Aku pun blur. Why? Masa tu darjah berapa tak ingat tapi memang aku tak paham. Sampai lah aku dah skolah menengah aku terjumpa longgokan resit sports toto. Dan aku terus teringat peristiwa ayah aku tak bagi sebut perkataan tu tapi kenapa ada kat rumah? Aku pun mcm curious sangat kan mulalah menyiasat pe benda sport toto tu sebenarnya. Dan akhirnya aku faham….

Waktu sekolah memang aku akui tak pandai sangat. Upsr dan pmr 2A je. Nak mintak apa pun kat ayah aku memang tak kan dapat. So pandai2 lah aku simpan duit belanja sekolah. Masa keputusan spm diumumkan aku tak dapat pi. Sekolah jauh terpaksa tunggu ayah aku balik. Mak ayah aku keluar pi beli barang je pon. Dah tau aku nak pi amik result boleh buat tak penting je. Mungkin dorg ingat result aku sendu. Kawan2 aku pun call dari sekolah ckp aku dapat 7A2B. Tak percaya aku. Bila ayah mak aku sampai rumah je aku bagitau nak pi amik result. Masa ni aku tak bagitau lagi result aku berapa. Tapi dorg taknak pi sebab nk balik kg. Sampai kt kg baru aku bagitau result aku berapa. Aku tak kecik hati tapi terkilan je…

Masa tahun pertama masuk u kami berpindah ke Taiping. Cuti semester je mesti aku saje tak nak balik. Sebab aku malas nk amik tau pasal rumah tu. Duit ptptn aku ayah aku yg conquer. Dpt la aku duit mkn. Nk buku fotostet je kat org, mlm2 mkn nasi lemak singgit. Result aku kat u 2.7 je. Aku akui result teruk sebab aku sendiri yg berusaha tp tak pandai. Nk buat presentation pun rasa rendah diri, tak percaya kt diri. Aku memang lemah dan loser. Aku tak salahkn ayah aku sebab mungkin mknn yg masuk ke dlm perut aku dr sumber yg tak bersih. Aku rendah diri dgn didikan ayah aku.

First job aku, ayah aku dah minta kad atm aku terus. Dia yg conquer. Biasalah aku duit mkn je dpt. Kereta ayah dh dijual. Ayah aku suh beli kereta baru atas nama aku. Ayah aku pakai. Nak shopping2 ni mimpi jela. Ye waktu ni ayah aku masih bekerja dgn gaji 4-5 k sebulan. Tp masih tak cukup aku pun taktau. Gaji aku waktu ni 1k je kot.

Bila aku dah start kerja ni baru aku tau ayah aku selalu turun kl. Katanya urusan kerja. Kadang mak dgn sy pon ikut p kl. Baru aku tau jugak ayah aku akan selalu singgah club ni sebab main mesin j***. Mcm mana aku tau ek. Dia angkut mak dgn aku sekali. Tapi kami kena tunggu dlm kereta la. Sedih aku waktu ni bila tau perangai ayah tak berubah jugak. Kenapa aku tak nasihat? Diri aku ni jadi pendiam je kt rumah sebab aku malas nk ambil tau dah. Aku kecewa dan selalu buat hal sendiri.

Pasal first job aku tadi, aku pun resign setelah 11 bulan bekerja. Sebab apa? Sebab aku tak bahagia. Kerja senang tapi hati tak senang. Aku sedih tak dapat pegang duit gaji sendiri. Ye ni cara aku memberontak dgn ayah aku. Setelah 5bulan menganggur akhirnya aku dapat kerja baru. Susah beb nk cari kerja kt Taiping ni. Aku harap ayah aku sedar atas punca pemberontakan aku hihi

Tapi sebelum tu aku cerita selama 5 bulan aku menganggur ni, aku selalu dihina result u tak bagus. Aku nk p kl takde ongkos pulaak. Lagi pun adik2 aku waktu ni semua merantau kt kl. Kat rumah ni tinggal ayah mak aku dan adik bongsu je. Sedih beb dapat hinaan dr ayah sendiri. Aku sedar diri dan memang betul pun kata2 ayah tu. Tp kenapa dia tak perlu cermin dia sendiri? Aku akui memang aku pandang jijik dgn ayah sebab hobinya berj*** dan sumber yg dia suap ke mulut kami.

Aku mulakan kerjaya baru tapi kad atm aku tak diconquer lagi la. Tapi ayah dah pesan awal2 nk separuh gaji aku. Katanya modal hantar aku ulang alik pi kerja. Ok fine aku redha. Psiko kan. Satu hari tu aku test ayah aku. Aku kata aku mampu bagi sikit je bulan ni. Punyalah melenting ayah aku. Dia psiko kan aku plak katanya ulang alik hantar aku pi kerja dekat rm800, dgn minyak naik, gst, bla3… Aku malas aku bagi jela mcm biasa. Tu pun duit brim aku pun ayah aku nak jugak. Bila aku tak bagi biasala aku akan dapat maki.

Oh aku kerja kilang je bahagian ofis. Selalu gak la kena hina dengan ayah sebab kerja kilang je. Dan akhirnya 2 org adik aku dh graduate jugak. You all tau tak adik aku pun kerja kilang jugak. Tapi aku tak pernah dengar ayah aku hina adik aku. Yg paling tragis adik aku yg lago sorg kerja bengkel kereta je. Yg keluar dari mulut ayah aku mcm ni je..’biarlah janji rezeki’….. Hmmmm murung aku.

Adik aku baru kerja kilang dah nk kahwin. Ayah aku jual rumah buat modal hantaran adik aku. Bagus betul kan? Aku tak masuk campur, kan aku dah ckp aku malas. Selang dua tahun adik aku lg sorg plak nak kahwin. Aku tak kisah pun dah jodohkan. Waktu ni 75% gaji aku ayah aku conquer sampai la umur aku 30 sekarang ni.

Dan aku pun berjumpa dan berkasih dgn sorg mamat ni yg dipanggil bf. Kami merancang berkahwin. Dia pun dah masuk merisik aku. Kedua belah keluarga bersetuju. Beberapa bulan kemudian, aku ditimpa penyakit yg menyebabkan aku ditahan di wad 3 minggu. Makcik aku sebut2 nama bf aku yg buat. Mak ayah aku tercucuk. Masa mula2 tu aku tak faham hint makcik aku duk tuduh bf aku tau. Bila jumpa bomoh, dia asyik ckp bf sy ke yg buat? Padahal semua bomoh ckp kwn/saudara yg buat. Aku terjebak nk jmpa bomoh dr makcik aku ni. Kali seterusnya nk jmpa bomoh lain mmg aku maki dia cukup2. Ayah aku jugakla ikut ideea makcik aku. Mak aku? Dia follow je ckp ayah aku.

Sian bf aku. Tapi aku tak pernah cerita kt dia la. Takde motif pun dia nk buat aku sakit. Aku dh la takde harta. Takkan la dia nk kahwin dgn org sakit kan. Masa aku kena tahan wad, ayah aku dh pindah rumah lain. Alasannya nk lari dari org yg hantar sihir kt aku. Masa ni aku tak sedar dia nk hint kt bf aku. Aku kena kuarantin kt rumah sebulan untuk pulih pulak.

Lepas sihat sebenarnya aku dapat kerja baru tapi kena pi training luar Taiping selama 3 bulan. Masa ni memang aku dh lama gila tak jumpa bf. Bila dah balik ke Taiping suatu hari ni bf aku nk hantar aku balik rumah dr tempat kerja. Tula perjumpaan pertami kami selepas masuk wad n training. Bila sampai rumah punyalah melenting ayah aku. Dia cakap kenapa tunjuk rumah baru kt bf? Macam mana penyakit aku nk pulih. Aku tergamam. Memang niat ayah aku memang tak mau kami bersama dah sejak aku dekat wad. Tp aku buat bodo jela. Aku masih jumpa si dia.

Makcik aku pulak rajin melawat rumah sejak kes aku tunjuk rumah baru kt bf. Makin menyucuk la dia. Ayah aku ajak jumpa bomoh lagi. Memang keras la aku nk ikut. Aku bagi ceramahh baru dia tak ajak dah. Aku ckp syirik je pun jumpa bomoh2 ni.

Satu hari kakak bf tunang, so aku tak dapat pi sebab takde kereta. Aku kirim jela kt bf nk laksa yg mak dia buat. Sebab aku ni hantu laksa. Lepas maghrib baru bf free sikit nk hanta kt rumah. 6 tupperware dia hantar. Ayah aku marah. Dia suh buang semua laksa tu sebab takut ada santau. Ayah aku marah kenapa bf mai rumah lagi.

Bermula lah episod sedih aku. Masa harijadi aku ke 29, mak aku cakap dia tak restu aku kawan dgn bf dah. Dia cakap bf tak layak untuk aku. Semudah tu je. Cincin risik semua mak ayah aku simpan. Dorg cakap cincin tu terkena sihir. Sakit hati aku. Mak ayah aku tak kasi aku keluar rumah. Dikuarantinye aku. Nk p mana2 ayah aku kena hantar. Loser kan. Bf aku nk jmpa aku ajak dia lunch je waktu kerja. Lepas dua bulan baru aku cite kt bf. Dia? Sedih laaa

Kami putus atas permintaan aku. Sebab aku nk jd anak solehah sgt kan??!! Tapi sebenrnya aku terseksa jiwa dan raga. Selama ni aku ikut je cakap ayah aku. Aku bagi je apa dia nak. Aku telan je apa yg dia hina. Sumpah takde keihklasan lagi aku nk tinggal kt rumah ni. Ayah pernah ajak pindah kl dan aku ckp aku taknak. Apa yg ayah aku balas? Bila adik bongsu dah graduate dan dapat kerja kl dia nk pindah kl dan tak nak hiraukan hal aku lagi. Macam tu sekali?

Ayah aku tak pernah berubah. Aku masih jumpa lagi resit2 4d baru2 ni. Aku dah tak sanggup duduk serumah lagi. Semakin lama aku kt rumah ni aku rasa seperti neraka. Kalau mak ayah orang lain aku ras mereka pasti seronok tengok anak perempuan nk kahwin. Tapi waku? Lsin pulak. Ada kawan2 aku bg pendapat yg makayah aku tsek bg kahwin sebab takut aku tak bagi duit lagi.

Aku nk jes keluar dari rumah ni. Tapi bila difikirkan, bila aku keluar rumah adakah aku dikategori sebagai anak derhaka? Sorry panjang sangat apa tg terbuku dihati

– Ila

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *