Neraka Dunia

Entah la ya, nak cerita aku tak pandai, korang anggap jelah aku tengah bercerita f2f. Guna bahasa pasar, mudah sikit nak faham.

Aku Anon, anak perempuan yang dah capai angka 30’s dan belum berkahwin. Didiagnos dengan MDD with psychosis dan BPD seawal usia 19 tahun.

Punca? Paling utama mesti lah dari mak aku. Isu dengan mak bapak aku ni dari aku budak sebenarnya. Trauma dari perbuatan-perbuatan diorang dari kecik sampai la aku tua ni.

Aku ni boleh dikategorikan sebagai anak tempat pelepas amarah orang tua. Setakat kena belasah sampai lunyai tanpa sebab tu, makanan dah untuk aku. Membesar dalam keadaan maki hamun, jerit pekik dan sepak terajang tu macam normal je untuk aku.

Tapi keadaan tu menjadikan aku tumbuh dewasa menjadi manusia yang penuh dengan anger issue, dendam dan dingin.

Dari kecik aku tengok parents aku berzina dengan orang lain. Kalau kau suruh aku lukis balik keadaan tempat tu, warna dinding tu, posisi tu, waima posisi perabot tu pun aku masih boleh ingat dengan jelas.

Aku selalu dijadikan tempat sepak terajang dan maki hamun kalau diorang marah. Kau faham tak ya perasaan aku membesar dengan memori sebegitu?

Usia 20’s aku dihabiskan dengan keluar masuk wad psikiatri je. Sebab depression aku sangat teruk sampai aku hilang kewarasan cuba nak ambil nyawa sendiri berkali-kali. Tapi Allah tetap tak izinkan aku mati.

Paling toxic dalam rumah tu, tentulah mak aku. Sampai harini pun dia masih begitu. Mak aku ni jenis kau tengok muka dia, nampak la dia macam mak yang penyayang, baik, tak berkira dan sebagainya. Realitinya, dia terlalu toxic untuk aku.

Aku yang dah 30’s ni masih kena maki hamun. Segala jenis haiwan ternakan keluar dari mulut dia. Depan orang lembut gigi dari lidah. Hakikatnya macam ular.

Bab mengata orang, judge orang dia la terpaling bagus, padahal aib dia Allah sorok je. Tu pun tak sedar diri lagi dah hujung-hujung nyawa.

Aku ingat bila dah tua, berubah la. Makin teruk. Masih sibuk berskandal sampai jauh terpesong. Itupun bila dah kena confront masih nak besar kepala.

Sampai harini, diorang bukan tahu pun aku study sampai mana, kerja apa, berapa gaji. Yang tahu minta, minta, minta.

Nak tunggu dia tanya aku sihat ke tak, dah makan ke belum, duit cukup tak bulan ni, dalam mimpi pun belum tentu.

Yang penting kehendak diorang kena lunas, kau pandai-pandai la nak hidup macam mana. Tapi sebab tanggungjawab, aku telan jela kan? Nama pun anak..

Sampai akhirnya, aku cuba berdamai dengan takdir. Berjaya. Untuk beberapa tahun. Aku keep cakap dengan diri sendiri ada hikmah Allah nak bagi.

Beberapa minggu lalu, kewarasan aku hilang terus. Aku dah tak mampu telan apa-apa berkaitan mak aku lagi. Dengan bapak aku pun macam tak guna, ikut je cakap mak aku sebab takut mak buat hal lagi.

Kemuncaknya, aku maki hamun mak aku lepas berpuluh tahun aku sabar dan telan atas nama “MAK”. Sejujurnya aku tak rasa sedih pun. Cuma aku tak sangka yang aku akan benci mak aku sendiri.

Sampai aku cakap dengan dia yang aku menyesal lahir dari rahim dia. Alang-alang aku dah dalam neraka dunia, biar la aku terus ke neraka Jahannam. Aku suruh dia menjawab depan Allah betapa gagalnya dia jadi mak dan buat aku jadi anak derhaka harini.

Selama harini aku diam, aku telan, aku doa sungguh-sungguh kat Allah supaya mak aku lembut hati berubah. Tapi lepas kejadian tu, aku tak doa mak aku berubah dah.

Aku doa kat Allah jangan uji aku dengan mak aku sakit ke atau apa-apa yang buat aku perlu jaga dia sebab aku tau aku takkan buat. Aku doa supaya mak aku cepat mati.

Percayalah, aku dah tak rasa sakit bila aku doa begitu, sebab aku dah numbing. Kesakitan aku terlalu banyak sampai otak aku dah tak boleh respon mana satu perkara yang buat aku sakit.

Hakikatnya, aku cuma nak rumah yang aman tanpa jerit pekik dan maki hamun. Biarlah, aku dah tak kisah hilang doa dari mak sebab dia pun bukan pernah doakan aku.

Jangan cakap buruk macam mana pun tu tetap mak sebab aku benci ayat tu. Hidup dulu dalam kasut aku, mungkin kau akan faham perasaan aku.

Terima kasih sebab baca walaupun tak kenal aku. Aku tak boleh nak cakap dengan orang lain even doctor aku sendiri sebab terlalu aib.

Tapi aku dah terlalu sakit untuk tanggung walaupun aku manusia yang nampak happy go lucky kat luar macam takde masalah. Doakan aku.

– Anon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. First time komen. Selalu jadi cctv je. Hugs for you, adik. Akak faham betapa menderitanya hati awak. Dekatkan diri dengan quran, InshaaAllah hati adik akan tenang. Akak doakan untuk adik ye.

  2. Jauhkan diri dari keluarga. Bukan putuskan hubungan tetapi untuk ketenangan awak. Jika masih duduk dgn keluarga keluarlah jauh2. Block mereka utk ketenangan awak. Pergi bercuti ke. Bukan ajar derhaka sebab ibu bapa awak pun bukan contoh yg baik. Bina kehidupan awak sendiri.

  3. betul. Teruk macam mana pon dia tetap mak. aku pon da penat dengan Mak aku. Tapi tak pe lah. selagi boleh sabar, sabar je. Hidup susah kat dunia okay lagi daripada kat neraka jahanam. rasa nak putus asa tapi Allah ada.Allah memerhati situasi kita.adakah kita redha dengan ujianNya? Atau kita putus asa. Nak dapat redha Allah kena dapat redha mak dulu. Kalau mak memang ke laut, just teruskan buat baik je kat mak. Buat baik kerana Allah. Allah suruh kita jaga mak,kita jaga je mak tanpa sebab. Sebab Allah suruh je.Biarpun hati kita ni hancur sehancurnya. sakit mental. Dah penat nak layan perangai Mak. Selagi boleh bernafas, tahan dan sabar je. Berdoa semoga AllahSWT beri kita kekuatan untuk redha dengan mak kita sendiri.

  4. Keluar dari situ, lagi ko tunggu lagi ko gila, bila gila mcm2 boleh buat contoh macam mak ko. Gila la tu. Allah bg ko rezeki kerja, allah bg ko kesihatan, fikiran jaga elok2 sila keluar. Ada jodoh satu hari nnt ko jd mak, ko akan jd mak yg baik kan, mak baik perlukan persekitaran yg baik. Keluar ya sayang, sewa tmpat lain. Aku doakan ko bahagia

  5. keluar la dri rumah .pandai2 la mak gn awak nk hidup..awak ada dlm rumah tu buat sakit hati je..buat tambah dosa..nk balik, balik time raya ke 3 4 tahun sekali ke..biar diorang rase kehilangan awak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *