Netflix

Assalamualaikum wbt. Terima kasih andai kata confession ini dipost oleh admin.

Bermula perkara tragis dalam hidup aku bilamana ada seorang kawan bagitahu. Ada satu apps yang kita boleh tonton movie unlimited dan cerita best-best banyak.

Nama dia Netflix. Dengan jujurnya aku tanya apa tu sebab memang tak pernah dengar. Honestly family aku dari keturunan yang ramai ustaz-ustaz. Aku dibesarkan dengan agama. Dan aku bersyukur. Nyaman. Indah belaka. Aku suka dengan suasana macamni.

Sebab tu Netflix tu aku tak pernah dengar. Habis kena gelak dengan kawan-kawan Netflix pun tak tahu. Oleh kerana taknak rasa malu. Taknak rasa malu aku pun tanya macamana nak langgan Netflix tu.

Taktahulah kenapa asyik error masa nak proceed payment sampailah aku mengadu dan kawan aku sendiri offer guna akaun dia. Tersenyum lebar aku.

Start aku join Netflix terutamanya waktu PKP macamni buatkan hidup aku sedikit sebanyak berubah.

Aku semakin addicted movie, movie dan movie. Daripada pukul 12 aku tidur sampailah sekarang ni after subuh baru tidur. Pelan-pelan habit tu makin teruk.

Aku addicted movie.

Walaupun aku sedar, Sejujurnya banyak movie yang overrated, tak ditapis langsung. 18+ too much. Tapi aku macam dah biasa.

Aku macam makin pelik. Kalau sebelum ni pantang nampak terus berpaling. Tapi aku selesa macam biasa. Aku malu dengan Allah swt. Aku malu.

Subuh aku makin lewat. Solat aku makin lalai. Fikiran aku masa solat langsung tiada tumpuan.
Bangun pun lambat sangat hampir zohor.

Inilah kali pertama dalam hidup aku rasa diri aku kotor sangat. Al-Quran aku baca tak seenak dulu. Aku makin takut.

Habis semua cara aku sekat. Apps terus aku padam. Bagi aku sebelum makin teruk, aku kena berhenti. Aku mula banyak dengar ceramah-ceramah agama, video agama, pasang al-Quran dalam rumah, pasang zikir-zikir, selawat, istighfar dan sebagainya.

Aku mula banyakkan baca buku-buku agama dalam rumah ni. Aku mula banyakkan buka page dan laman web ustaz-ustaz sebab banyak nasihat-nasihat berguna. Dan aku banyakkan baca Al-Quran. Aku sibukkan semua perkara dengan perkara-perkara agama.

Musim musibah ni sepatutnya aku dekatkan diri dengan Allah swt. Bukan perkara macamni.

Perlahan-lahan benda tu semakin tawar dan aku benci untuk ingat benda terkutuk tu lagi. Aku menyesal.

Sampailah aku terfikir. Dan ini yang aku ingin sampaikan pada remaja semua. Setiap perkara yang kita buat andai kata bawa kepada jalan-jalan maksiat dan kemungkaran, berhenti. Jangan excuse diri sendiri. Jangan. Jangan bagi peluang.

Jangan rasa terhina andainya kau ketinggalan zaman bab-bab ni. Jangan rasa rugi kau tak nikmati keseronokan ni. jangan pertahankan dosa. Jangan cari alasan untuk membenarkan dosa.

Tonton perkara lucah bukan normal. Tonton hingga lalai melewatkan solat bukan normal. Tonton hingga buatkan kita agresif, marah, melenting pada mak ayah sebab ganggu kita bukan normal. Tonton hingga kita ketepikan segala ibadah dan amalan kita bukan normal.

Itu tak normal. Itu dosa. Jangan normalisasikan dosa. Banyakkan tambah ilmu dan amalan terutama dalam musim musibah dan bencana.

Salah ke tengok movie? Tak salah tapi jangan sampai movie tu sarang kita untuk bermaksiat. Wallahualam

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *