Netizen Penyibuk

Assalamualaikum semua. Confession aku ni dari kaca mata seorang T20 yang lahir dari keluarga B40 dan ketua keluarga aku merupakan seorang banduan.

Alhamdulillah, Bapak mula berubah sejak aku berumur 14 tahun dan sekarang telah pulih sepenuhnya.

Sebenarnya hari tu aku ada tengok video viral, dalam video tu ada seorang ibu tengah menangis sebab orang persoalkan kenapa tak hantar anak dia sekolah. Kenapa bawa anak dia meniaga?

Kalau awak ada baca confession saya, percayalah kalau awak hantar anak ke tadika seawal tiga tahun pun pasti akan ada yang mengecam dan saya diantara orang yang dikecam hebat oleh keluarga dan rakan-rakan.

Ada yang kata saya mendera anak sebab hantar anak ke sekolah seawal itu. Katanya saya mendera emosi anak dan menyekat zaman kanak-kanak anak saya. Ramai kanak-kanak yang murung kerana tertekan dihantar ke tadika seawal usia tiga tahun.

Sejujurnya, anak saya okey je. Kalau tak sekolah, baru dia murung sebab dekat rumah tak ada kawan.

Ada yang kata saya ni membazir duit. Budak umur 3 tahun, apa jelah yang masuk dalam otak anak tu? Budak usia 3 tahun ni tau main je. Budak-budak zaman dulu elok je masuk tadika 5 ke 6 tahun, dan ada je yang tak masuk tadika tapi elok je jadi manusia.

Walaupun tak semua benda masuk dalam otak anak aku, tapi aku cukup bahagia bila dia dah mula jadi manusia yang teratur dan pandai urus diri sendiri. Anak bagi kad hari ibu pun aku dah berbunga.

Untuk aku gunting-gunting kertas, buat craft dengan anak rasanya lambat lagi. Aku memang tak dilahirkan sebagai manusia yang kreatif.

Sebenarnya untuk yang tak tau, tadika-tadika ni ada cara tersendiri macam mana nak approach anak-anak mengikut usia. Mereka ada silibus mengikut umur. Guru-guru ada kursus dan setiap umur ada guru kelas masing-masing.

Aku tak tau tadika lain, tapi tadika yang aku pilih begitu. Ibu ayah boleh survey betul-betul sebelum nak masukkan anak-anak ke tadika.

Di taska pun anak-anak ada aktiviti pembelajaran seawal usia 0 hingga 6 bulan. Diteruskan pada usia 6 hingga 12 bulan, 12 bulan sehingga 18 bulan dan seterusnya.

Guru kena buat aktiviti dengan anak-anak menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) mengikut tema dan ada laporan yang mesti dihantar kepada penyelia / orang atasan.

Tengok anak-anak dekat taska, kemurungan ke? Mungkin ada, tapi percayalah bukan sebab faktor pembelajaran atau aktiviti yang disediakan.

Tak percaya? Tanya lah cikgu taska. Hehe.

Aku sebagai insan yang lahir dari persekitaran yang serba kekurangan memang dah tekad nak bagi pendidikan yang cukup pada anak aku.

Pendidikan adalah salah satu cara untuk menaikkan taraf hidup kita dan keluarga. Dan untuk aku, sebab pendidikan lah aku mampu hidup senang sekarang.

Tapi kena ingat, pilihan untuk menghantar anak-anak di usia apa pun tidak menjadikan seseorang itu ibu bapa yang gagal. Hantar awal anak didedahkan dengan persekitaran belajar lebih awal, hantar lambat anak dapat pembelajaran utama dari rumah.

Pada aku, kita jaga jelah anak masing-masing. Tak payah sibuk nak ulas pasal anak orang. Budak tu jadi apa pun pada masa akan datang, tak jejaskan hidup kita pun. Pandai lah mak ayah dia uruskan anak sendiri.

Tak payah nak bandingkan dengan anak kita, cucu kita, anak jiran kita dan sebagainya. Zaman sekarang ni hidup penuh pancaroba. Nak hantar anak pergi tadika awal pun memerlukan kos yang tinggi.

Aku tak pasti tadika-tadika kerajaan macam mana, tapi setahu aku tak ada yang menawarkan pendidikan awal seawal usia 2 atau 3 tahun. Betulkan saya kalau saya silap.

Kalau betul, untuk masuk tadika swasta bukan murah. Bulanan mungkin boleh bayar lagi, tapi yuran tahunan mana-mana tempat pun memang tinggi. Paling murah aku survey RM850 untuk tadika biasa. Maksudnya tadika tu tak ada branch atau franchise.

Kalau untuk yang bekerja, yuran untuk full day pun mahal. Ada yang tak termasuk makan minum, yang tu kena tambah lagi. Tu baru seorang anak, kalau ramai macam mana pulak?

Dengan gaji minima RM1500, memang tak cukup. Tolak dengan kwsp dan sebagainya, berapa je yang tinggal?

Pada aku netizen ni terlalu menyibuk. Sibuk anak orang sekolah awal ke tak, sibuk anak orang pakai puting ke tak, anak orang tidur buai, anak orang lambat merangkak, lambat bercakap.

Semua benda nak di ambil kira dan di ambil tahu. Dah tau diam. Tutup mulut. Tahan sikit, cakap je kuat-kuat dalam hati.

Jangan sakitkan hati orang dengan pertanyaan atau pendapat yang orang tak mintak. Raikan perbezaan dan pendapat orang lain. Yang penting tak kacau hidup kita.

Sekian.

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Playschool kot. Normal la hantar toddlers pergi playschool. Mana ada bawah 4 tahun masuk tadika sis. Taska anak sy pun ada aktiviti untuk babies. Rm480 sebulan. 7am-5pm. anak sy 18m, selalu je tc share gambar anak2 main playdoh, main pasir, pegang pensil warna conteng2, panjat2. Rasa kalau sis cakap playschool semua faham dan tak kecam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *