Hai semua. Sejak 2 menjak ni hati saya tak tenang. Saya tak tahu kenapa. Mungkin pembawakan baby buat emosi saya tak stabil.
Mengikut tajuk yang tertera. Saya nak share kisah sedekah yang pernah saya buat. Sebelum tu saya nak pesan awal2. Ini bukan nak menunjuk atau apa pun ye. Hanyalah ingin bercerita.
Saya tidak berkerja, hanyalah suri rumah. Suami saya kerja biasa2 saje tapi Alhamdulillah sentiasa cukup. Kalau hujung bulan tu sesak, standardlah. Semua orang merasakan. Saya pernah mengandung anak pertama namun baby saya tak dapat diselamatkan.
Ulang alik kk dan hospital buatkan suami dibuang kerja kerana asyik cuti. Suami saya selalu kata inshaAllah Allah permudahkan urusan kita. Saya cuti bukan saje saje. Saya nak awak dan baby selamat. Saya akan cari kerja lain nanti. Tapi tak dapat dapat.
Tak lama tu saya lahirkan anak syurga. Suami sangat lah zero masa tu sebab bos pun tak nak bagi gaji balance. Urusan pengebumian memerlukan duit RM300. Namun RM50 pun suami saya takde. Ayah saya yang bayarkan semuanya.
Sebagai lelaki mesti ada rasa malu dan serba salah. Yes, itu yang suami saya rasa. Dia rasa seolah dia suami yang tak berguna kerana tak mampu nak bayar duit urusan pengebumian tu. Anak sendiri.
Saya selalu pesan pada suami, Allah tengah uji kita. Jangan lupa baca bismillahillazi sebanyak yang boleh. Moga ada rezeki untuk kita nanti.
Dalam pantang, saya duduk di rumah mak, suami balik ke rumah kami. Kesana kesini mencarik pekerjaan tapi masih belum dapat.
Saya doa pada Allah, zikir perluaskan rezeki, hari2 saya bukak surah waqiah, yelah nak solat dan mengaji tak boleh waktu tu. Dengan harapan suami saya dapat pekerjaan tak kira la kerja apa pun.
Keesokan harinya, kakak saya call dan bagitahu yang dia transfer RM200. Terkejut saya. Dia kata saje je nak bagi. Ada duit lebih sikit katanya, menangis saya.
Asbab zikir tu Allah hadirkan kakak saya untuk bantu saya serba sedikit. Dengan duit tu saya beri pada suami untuk carik kerja lebih jauh sikit dari yang biasa dia carik.
Belum sempat suami pergi jauh. Suami dapat panggilan dari kawan lamanya. Dia kata bos lama tempat kerja suami nak jumpa sebab lama tak jumpa hampir 8 tahun.
Suami pun kesana dan Alhamdulillah, suami ditawarkan kerja. Hasil gaji tu suami pulangkan duit pengebumian pada ayah dan dia pulangkan balik duit RM200 tu namun kakak saya seboleh boleh menolak.
Habis pantang, saya kembali kerumah saya. Saya niat nak buat makan2 dan sedekah pada kawan tempat kerja suami. Saya bersyukur sebab Allah bagi suami kerja.
Tiap minggu saya buat makan petang hantar ke studio suami. Karipap, roti sardin, popia carbonara, popia sayur. Disebabkan ramai orang cina di situ jadi saya hanya buat makan petang yang boleh masuk untuk selera orang cina juga.
Saya buat makan tu tak pernah terdetik dalam hati nak kan balasan sebab saya buat hanya kerana saya gembira suami dapat kerja. Namun Allah sungguh baik, suami dinaikkan gaji.
Oleh kerana anak pertama saya tak dapat diselamatkan, saya dan suami usaha untuk anak kedua. Bertahun tahun saya cuba tapi masih belum dikurniakan. Ada masa saya hiba, menangis, sedih, saya selalu tanya pada suami, saya ada masalah ke.
Masa nak dapatkan anak pertama, saya hanya cuba sekali dan berhasil. Tapi yang kedua hampir 3 tahun tak berhasil.
Suami tenangkan saya, selalu pesan jangan terlalu memikirkan, Allah tahu bila waktu yang tepat buat kita. Bukan kita tak usaha. Kita dah usaha tapi Dia tahu bila masa yang sesuai.Saya pun angguk saje.
Saya selalu dapat terima tempahan karipap dari pusat thahfiz. Tiap kali mereka nak bayar, suami akan menolak. “Saya hanya minta doakan saya dan isteri dikurniakan zuriat.”
Suami ada kawan food panda, dia jumpa suami dan mintak tolong kot kot ada kerja kosong kat tempat kerjanya. Order FP slow sangat kawasan sini, sehari tak sampai RM20 dia dapat, isteri pula tunggu masa nak bersalin.
Masa muda dulu sebelum saya dan suami kahwin, suami kerja di singapura dan di bantu oleh kawan yang kerja FP ni. Suami sangat terhutang budi pada dia. Sebab tu suami sudi nak bantu tanpa basa basi.
Rezeki kawan tu dan anak yang bakal dilahirkan, kawan tu diterima kerja. Saya dan suami ada niat, nak bagi duit nanti bila isteri nya nak bersalin. Sebab dia tengah sesak kan. Saya dan suami ada pengalaman susah masa anak pertama. Jadi pengalaman mengajar kami.
Tak lama tu suami kena influenza. Seminggu tak datang kerja sebab sakit kepala yang terlalu kuat. Suami dah risau gaji kena tolak banyak, sebab dah niat nak tolong member kan. Mana nak bayar roadtax bulan tu lagi. Tapi hanya dengan niat saje Allah bantu kami.
Bila dapat je gaji. Suami terkejut sebab gaji suami tidak dikurangkan sesen pun. Bila suami jumpa bos (bos ni kawan baik suami), bos kata yang dia naikkan gaji suami. Kami hanya niat je nak bantu member pun Allah sayang kami.
Rasa terharu sangat. Tanpa fikir banyak, suami sedekah kat member mana yang cukup. Alhamdulillah selamat sudah isterinya melahirkan.
Oh ye saya lupa, masa kawan suami tu mintak pertolongan kerja, dan dia cerita tengah sesak, saya dan suami sangat sedih sebab teringat masa pantang kan arwah. Saya cakap pada suami, kita bantu dia, mana tahu Allah bagi kita rezeki anak.
Dan Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Saya tak sangka, saya disahkan mengandung. Rasa bagai mimpi. Saya niat je. Saya cakap pada suami, kalau Allah kata belum jugak.
Takpelah kan sayang, kita niat je. Niat tak dosa. Tapi kita ikhlas lah bantu jangan harapkan balasan semata mata. Allah dengar isi hati saya.
Saya doakan ibu2 yang menanti, dikurniakan zuriat. Moga ibu2 juga kuat dan terus kuat.
Maaf sekiranya karangan saya kurang memuaskan pembacaan anda semua. Menaip sambil pening kepala. Saya juga tak cerita secara terperinci, saya cut asal faham sedikit pun boleh lah yer.
Saya bahagia, saya rindu anak syurg saya. Lepasni saya nak jenguk dia. Nak khabarkan berita ni. Dia bakal dapat adik.
Saya juga harap kawan2 sudi share kisah kawan2 juga. Sebab saya sangat suka baca kisah sedekah. Sambil tenangkan hati saya yang tak tenteram ni.
Thank you sudi baca. Assalamualaikum.
– Isteri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit