Niat Jaga Orang Tua (Minta Pendapat)

Saya Lan. Saya berumur awal 30-an. Saya lelaki, anak bongsu. Masih bujang dan tahun depan saya akan menamatkan zaman bujang.

Saya ada 3 orang adik-beradik. Mak saya sakit strok dah 10 tahun. Tapi baru-baru ni kena strok kedua dan langsung tak boleh makan dan berjalan. Duduk pun tak stabil.

Abang dan kakak saya jaga mak di kampung, sebab semua adik-beradik bekerja di sana. Saya sahaja yang merantau.

Tapi setiap kali cuti atau Sabtu Ahad, saya akan balik dan jaga mak. Dikirakan giliran saya. Mandi dan sebagainya semua saya uruskan.

Semasa adik-beradik saya jaga mak, kami akan upah orang jaga mak waktu mereka bekerja. Dan segala kos perbelanjaan mak, saya yang tanggung.

Banyak kali saya merancang nak bawa mak saya datang ke sini, sebab saya lebih suka jaga mak sendiri daripada hanya dapat tengok mak dari jauh macam ni.

Tapi adik-beradik tak benarkan saya bawa mak keluar dari kampung. Banyak kali juga saya usulkan hal ini, tapi tetap juga tidak menjadi.

Peluang terakhir saya untuk bawa mak ke sini adalah bila saya berkahwin. Saya ada bincang juga dengan bakal isteri saya.

Bakal isteri kata tak ada masalah, dan dia pun pernah jaga nenek semasa di kampung. Tapi sejauh mana keikhlasan itu, Allah sahaja yang tahu.

Tapi saya merancang untuk ambil orang Indonesia (pembantu rumah) untuk jaga mak, jadi tak menyusahkan sesiapa. Cuma sekarang ni saya agak sukar untuk yakinkan adik-beradik.

Setiap kali saya usulkan rancangan ni, mesti adik-beradik bagi pilihan, sama ada balik Sabtu Ahad, atau pindah kerja di kampung.

Saya agak sukar untuk bekerja di kampung, memandangkan kerja saya di sini agak selesa dan berkerjaya. Lagi pun bidang saya memang tiada di kampung.

Lagi sekali saya akur dengan keputusan, dan saya batalkan niat semula.

Cuma saya nak tanya pendapat. Lebih elok ke saya balik waktu cuti dan Sabtu Ahad, atau saya ambil mak saya dan saya sendiri yang jaga?

Memandangkan saya akan mendirikan rumah tangga. Apa pendapat semua?

– Azlan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Anak yang baik, adik yang baik…memandangkan abang-kakak tak bersetuju dan mereka sanggup jaga mak di kampung, teruskan lah bantu mereka dgn pulang setiap hujung minggu utk gilirkan. Fokus Isnin-Jumaat utk kerjaya & jika selamat mendiirikan rumahtangga nanti, masa utk bersama2 dgn isteri. Lebih adil utk kesemua pihak… jika bawa ke bandar & upah pembantu, .masih lagi mak tu di bawah jagaan pembantu kan? Hanya waktu malam dapat adik uruskan. Sesekali dapat cuti panjang, baliklah jaga mak & biarkan abang-kakak dapat rehat seketika insya-Allah bagus nya adik-beradik sepakat & berebut jaga mak

  2. MasyaAllah. apa lah amalan baik ibu kamu smpai Allah takdirkan semua anak-anak pakat berebut nak jaga mak. Alhamdulillah. Lan, ikut ja cara abang dan kakak. Mereka nak juga tu jaga mak. Lan usahakan balik sabtu ahad. Bila letak mak dalam satu rumah tapi dijaga maid, risau mental mak rindu abang kakak yg susah nak datang ke bandar. Lagipun Lan nak menikah dah. Jadi, nanti boleh balik jenguk dan jaga mak dgn isteri pada sabtu ahad ja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *