Niat Nak Tolong Tapi Rupanya Dalam Tak Sedar Telah Dicop “Keldai Akaun”

Pada tahun lepas, saya telah menerima pesanan Whatsapp dari nombor yang tidak dikenali.

Dia menyuruh saya untuk save nombor telefon miliknya dan berkata bahawa namanya adalah Ayu yang berasal dari Perlis.

Saya jadi terfikir siapa dia dan saya bertanya dari mana dapat nombor saya dan dia kata pernah save dan lost contact.

Saya berfikir positif sahaja pada awalnya kerana tiada sebarang perkara yang mencurigakan.

Setelah itu dia meminta tolong saya untuk promote ps5 kononnya miliknya yang ingin dijual. Dia kata tujuan dia jual ps5 tersebut kerana ingin membayar tunggakan kereta.

Dia kata bayaran keretanya tertunggak disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang menyebabkan dia tidak dapat bekerja.

Saya menjadi simpati terhadapnya pada waktu itu dan telah terjebak dalam perangkapnya.

Setelah beberapa hari, dia menghantar pesanan Whatsapp kepada saya untuk menggunakan akaun bank saya sekali lagi kononnya untuk tujuan bisnes jual beli telefonnya.

Saya telah diperdaya untuk pinjamkan akaun bank saya kepada si bangsat (scammer) untuk tujuan jual beli online telefon selama beberapa bulan kerana si bangsat tu tiada akaun bank katanya.

Setelah beberapa bulan, akaun bank saya telah dibekukan oleh pihak bank.

Saya menjadi panik dan telah pergi ke cawangan bank yang terdekat untuk mengetahui punca akaun bank saya dibekukan.

Setelah itu baru saya sedar bahawa saya telah dipergunakan oleh si scammer bangsat itu.

Saya terus ke balai polis yang terdekat untuk membuat laporan polis bahawa saya dijadikan sebagai “keldai akaun” tanpa rela dan tanpa sedar.

Setelah itu baru saya dimaklumkan oleh pihak polis bahawa salah seorang dari mangsa scammer itu yang berasal dari Negeri Sembilan telah membuat report polis ke atas akaun bank saya dan menyebabkan akaun bank saya telah dibekukan.

Disebabkan kejadian itu, saya tidak mempunyai akaun bank lagi sehingga kini (9 Februari 2023).

Perkara ini amat menjejaskan kehidupan saya kerana tidak dapat bekerja di tempat yang mempunyai slip gaji kerana saya tidak mempunyai akaun bank sendiri.

Saya menunggu dan terus menunggu panggilan dari pihak polis Nilai untuk menyelesaikan kes ini.

Saya pernah beberapa kali menghubungi pihak polis yang menguruskan kes saya untuk mengetahui tindakan selanjutnya namun sayangnya saya dimarahi dan diminta untuk menunggu giliran

(Agak tidak masuk akal ya kata2 pegawai polis tersebut.. sabo je lah).

Saya harap kes ini dapat selesai secepat mungkin dan saya harap saya dapat membuka akaun bank baru lagi.

Saya akui akan kebodohan saya kerana terlalu mudah simpati dan percaya kepada orang yang tak dikenali.

Saya akan jadikan perkara ini sebagai satu pengajaran dalam hidup saya.

Saya juga memohon kepada pihak polis supaya tidak menyalahkan dan tidak cop kesemuanya sebagai “keldai akaun” sepenuhnya kerana tidak semua dari mereka yang melakukannya dengan rela.

Ada di antara mereka yang diperdaya seperti saya.

Saya harap pihak polis dapat membanteras jenayah ini dengan segera. Hanya orang yang pernah alami perkara ini sahaja yang tahu betapa peritnya hidup tanpa akaun bank seperti warga asing.

Saya harap sesiapa yang baca artikel ini dapat jadikan ini sebagai satu peringatan dan langkah berjaga-jaga agar kalian tidak jadi salah seorang dari mangsa scammer.

“Believe Anything, Trust Nothing”

– Farhan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *