Assalamualaikum. Nama saya Liza, saya seorang pegawai kerajaan Gred 41 yang baru bertugas di jabatan ni.
Saya tak nak sebut jabatan mana, tapi yang pastinya bawah kerajaan negeri. Unit ni selalu terlibat dengan majlis jemputan tetamu terhormat.
Bila ada majlis macam ni, mesti akan ada MC kan… Sebulan 2 atau 3 kali pasti akan ada majlis apa-apa.
MC-nya adalah orang yang sama. Dah 7 tahun dia kerja sini, 7 tahun jugalah dia yang jadi MC. Seorang diri tanpa partner.
Saya gelarkan dia K saja lah… K umur 30 lebih dah. Perempuan. Gred 19.
Saya tak ada masalah pun dengan K, tapi rakan sekerja menganggap saya dengki dengan K, tak puas hati dengan K hanya kerana saya memberi pandangan dalam mesyuarat.
Kami pun baru dapat bos baru. Pada awalnya bos baru seolah-olah kurang gemar juga sistem kerja unit ni di mana semua orang buat kerja yang sama saja.
Jadi dia sendiri cakap nanti nak buat rotation kerja.
Dalam mesyuarat baru-baru ni, kami bincang pasal majlis akan datang. Orang lain semua ada pertukaran tugas tau.
Tapi bab MC tu, masih K. Jadi saya macam buat bantahan lah. Sebenarnya bukan bantah, tapi saya macam bagi pendapat.
Saya cakap apa kata kali ni K tak payah jadi MC. Mungkin bagi dia handle bab makan ke, apa ke. Kerja belakang tabir.
Tapi belum saya habis cakap, orang lain menyampuk. Dia kata, “Eh tak payahlah. Kat sini tak ada siapa berkemahiran macam K. Bab MC kita jangan tukar.”
Lagipun K akan buat skrip sendiri. Dia dah expert bab tu, diaorang kata. Jadi orang tak akan risau pasal tu dah.
Tapi saya kata, “Kan bagus orang lain belajar juga kerja tu. K tak mungkin selama-lamanya kat unit ni.”
Nanti kalau dah 10 tahun dia berkhidmat, dia akan naik pangkat. Mungkin kena tukar tempat lain kalau kekosongan gred tu tak ada kat sini.
Takkan masa tu baru nak fikir pengganti? Tapi tetap juga cadangan saya ditolak.
Saya kemudian mencadangkan kalau macam tu kita buat 2 orang MC. Jadi orang baru boleh belajar.
Kemudian salah seorang staf tanya, “Nak cadangkan siapa?” Saya kemudian ada sebut 2-3 nama. Mereka budak baru masuk.
Yang seorang tu cakap kalau ada partner dia ok. Kalau seorang dia tak berani.
Tapi yang lain-lain tu terus tolak dengan alasan tak pandai, takut, tak reti.
Kemudian staf tu cakap, “See, kerja MC ni bukan semua orang boleh buat.
Bab lain, puan mungkin boleh paksa. Kerja belakang tabir, kerja teknikal ni lain.
Tapi kerja berucap depan orang kenamaan ni lain. Bukan bercakap depan kawan-kawan. Banyak perkara kena ambil kira.”
Dia kata, “Kedepan nak jadi apa, kedepanlah fikir.” Kemudian sorang lagi cakap, “Kita ni cakap memang senang. Tapi nak buat tu baru tahu susah ke tak. Sekadar petik-petik nama orang ni semua boleh.”
Dah dia cakap macam tu seolah-olah mencabar saya. Saya pun terus cakap, “Saya boleh saja jadi MC. Saya tak ada masalah.
Boleh pair dengan K, atau saya seorang pun boleh.” Orang lain terus diam. Tapi nampak macam tak puas hati lah…
Tapi tiba-tiba bos saya pula cakap, “Biar K sajalah MC.” Nada dia cakap bagus, menarik… Dia dah mahir ruang dewan, tahu masa mana nak umumkan apa semua.
Saya tak nafikan, memang K pandai berucap. Nada dia bercakap macam kat majlis konvo tu. Seronok dengar.
Tapi kenapa tak nak latih orang lain pun jadi macam dia? Sedangkan sebelum K, orang lain jadi MC tau. K pun belajar semua tu kat sini. Bukan ada kemahiran dari awal.
Bila K masuk sini, orang tu tak nak jadi MC dah. Orang tu masih ada kat jabatan ni, cuma unit lain.
K pun dipaksa jadi MC, akhirnya sampai sekarang pun dia sajalah MC.
Sebabnya K jenis pendiam, tak banyak kerenah. Apa orang suruh dia buat saja. Tapi saya terfikir, K tak akan tahu kerja lain lah.
Kemahiran dia tak berkembang. Nanti kalau dia tukar unit, tak semestinya dia dapat jabatan macam ni. Nak kena berucap saja.
Tapi cara bos tegur saya depan semua orang seolah-olah memalukan saya pula.
Bos kata, “Betul kata kawan kamu tu, Liza. MC ni nak kena berucap depan orang kenamaan, bukan depan kawan-kawan kita.
Maunya tesasul ke, tak lancar ke, tergagap-gagap ke, tersilap nama ke, kan tu memalukan unit kita. Apa pun kita kena ambil kira nama jabatan juga.
Jangan ambil terlalu personal bab-bab ni. Ada benda kita boleh tukar, ada benda lebih baik kita kekalkan. Awak kena pandai balance kerja. Setengah benda tak sesuai kita ambil risiko.”
Staf yang tak setuju dengan saya mesti rasa kemenangan lah dengan teguran bos tu.
Siap ada saya terdengar suara sumbang kat belakang. “Takkan dengan gred rendah pun nak dengki puan.”
Tahu lah MC ni kerja orang glamour. Saya rasa panas lah dengar benda macam tu.
Lantang saya cakap, “Saya bukan dengki atau nak glamour. Saya rasa tugasan perlu ditukar. Dah bos baru pun nak semua orang tahu semua kerja.
Tapi kenapa bab MC ni tak nak tukar?” Keadaan meeting jadi tegang lah. Bos saya terus cakap, “Keputusan dah buat kan.
Semua orang setuju kan, so tak ada apa dah kot nak dipertikai. Meeting dismiss.”
Bila dah macam ni, macam mana orang lain nak hormat saya. Dan saya rasa bos saya ni sangat talam dua muka.
Saya tahu staf banyak tak suka saya sebab saya sangat serius dalam hal kerja. Banyak saya tegur. Kalau lunch hilang lama-lama apa semua.
Sebab kita ni kerja dengan orang awam… Public selalu datang cari kita. Sampai bila nak macam zaman dulu saja.
Ingatkan dapat bos baru, sistem dan cara kerja mampu diubah. Tapi bos pun dah kena beli rupanya.
Kecewa sangat rasa…
– Liza (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
samalh ditempat saya,tp tempat saya pelik pula..gerd bawah da jadi mcm bos,pagkat offsboy tp pgkat da macam jusa C🤦🤦🤦..bos pulk bolh je ikut..kdang klkar pun ad.