Nightmare dan Trauma

Hi dan assalamualaikum. Terima kasih admin sebab siarkan confession aku. Terima kasih banyak. Mungkin ni boleh dijadikan perkongsian dan dijadikan cerita untuk orang lain tahu dan cuba rasa,fahami. Nama aku, Wawa (bukan nama sebenar). Aku, antara salah seorang yang terpalit dengan isu depression, mental illness dan sebagainya. Happy World Mental Health Day btw!

Aku seorang yang boleh dikatakan, masuk air, teruk. Macam kalau sekali aku gelak, mungkin satu kuliah akan dengar. Kawan yang kau akan kata, mudah terhibur. Bila bising, nyanyi lah memekak lah, terkeluar segala annoying tu, tak kira tempat. Tapi bila senyap, sunyi je, semua pun pelik tapi tak ramai yang tanya, tak ramai yang tahu. Boleh dikatakan macam tak reti duduk diam apa semua tu akulah dia.

Dari kecik, aku dilahirkan memang doktor cakap aku takkan fit sepenuhnya sampai aku besar. Born demam biru, grown up with asthmatic, bad ADHD, low blood pressure, eczema apa semua. Tapi aku jenis bedal je lah, acah acah boleh tahan, in the end aku suffer sendiri. Back then, mak aku selalu marah aku disebabkan aku, duit banyak spend asyik masuk keluar hospital klinik dan dulu dia pernah cakap, “kau ni, spend duit dekat kau je, dah boleh bayar untuk semua orang punya makan”.

Mak aku, seorang breadwinner dan aku telah diajar untuk betulbetul cari lelaki yang okay dan dia tak nak aku suffer macam dia, selain jangan pernah nak guna duit orang ke apa ke, kau nak kumpul duit sendiri. Mak aku dari before kahwin, dia dah terbiasa bagi duit dekat bapak aku sebab dia dulu kira dilahirkan dalam family yang bercelaru dan susah and till now, mak aku still breadwinner for the family. Tahap kesabaran dia yang aku rasa, aku pun tak mampu nak buat.

Bapak aku, someone yang orang akan panggil, the coolest uncle in the family, paling baik apa semua. Tapi kita satu family je tahu. Bapak aku used to be the one yang ada berskandal senyap senyap tapi akhirnya kantoi juga. After a few years, ada lagi and stop. During those time, we suffered as a family. Aku yang selalu terkantoi kan, sebab aku je berani selongkar phone dia, bila dia dapat tahu, habis. Bila dia marah, baran dia keluar. Dia pecahkan semua yang ada depan mata. Dia pijak lempang pukul semua orang sekeliling dia. Dari situ, trauma dan nightmare aku bermula. Sampai sekarang, bayang bayang semua tu masih ada. Dulu dia pernah berskandal dengan orang yang dekat betul dengan aku, agak terkejut dan terkilan. Tapi itu adalah the worst trauma dan nightmare yang aku alami, iaitu lebih kurang 11 tahun lepas. Allah saja yang tahu, benda tu selalu datang masa aku stress, banyak benda nak fikir.

Back then, one of those thing yang buat dia jadi lagi teruk baran dia is because, ada orang ‘hantar’. Setahun juga try ubat untuk bagi dia fully sembuh, Tapi susah. Aku ingatkan dah settle rupanya ada lagi. The last one was masa aku dekat college. Mak aku lari rumah. She was so stressed. Mak aku call sebab dia suruh pujuk bapak aku suruh stop, and yes dia stop, disebabkan aku. Aku ni boleh dikira anak manja dia dan dia kata, kalau aku yang pujuk, dia akan agree. After more than 11 years of what i have had experience, trauma dan nightmare still menyelubungi diri. So kepada sesiapa ada terfikir nak pukul isteri ke anak ke, fikirlah. Nightmare dan trauma, bukan senang nak dibuang dan dilupakan macam tu, itu jugalah punca depression dan mental illness.

As aku grown ups, parents aku aku memang sekat semua benda aku nak buat, till now. Dari berkawan, keluar semua dia akan selalu cakap tidak until aku explain A to Z orang tu siapa. Sekarang, aku tengah pursued degree, parents aku macam okay sikit tapi macam biasa tu siapa tu siapa pula until lah orang yang aku suka, dia kena tahu dan kawan perempuan pun sama, cuma kurang sikit. Aku pula pernah ada history of kemurungan yang sangat teruk masa zaman tingkatan 3, bila doktor tanya, kenapa aku murung, mak aku cakap aku stress nak PMR tapi sebenarnya tak, aku memang stress sebab family aku messed up. Ramai tak tahu sebab aku macam ada split personality, bila dekat sekolah ke dengan kawankawan ke, the crack version of myself akan datang dan act macam normal.

Sampai sekarang sebenarnya aku akan ada depression tiba tiba, bila aku dah tersuka orang, aku macam rasa macam aku tak boleh go. Aku takut, aku takut dorang akan jadi macam bapak aku and blah macam tu je. Till now, aku berkawan boleh dengan lelaki, cuma more than just a friend, aku akan jadi macam emotional tak bertempat. Tak semua orang boleh faham what orang pernah experience dari kecik tengok macam macam benda but try lah, to understand and to look up with them, try to talk to them. Aku ada juga a few friends yang ada bad history dan dia diselubungi depression, cuma kita kita ni je faham what are those nightmares and traumas feels like.

Aku rasa tu je kot perkongsian aku. Tapi disebalik semua ni, aku bersyukur sebab aku masih lagi kuat walaupun aku bad history yang aku lalui. Lagi lagi sekarang, makin banyak kes penderaan yang buat aku ter-throwback semua bad history dan apa yang pernah jadi. Selepas 11 tahun, aku masih diganggu oleh bayangan perempuan yang pernah ‘hantar’ something dekat bapak aku tu, dan aku takut, jadi beremosi dengan bayang bayang dulu. Terima kasih sudi baca. Assalamualaikum.

– Wawa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit