Nikah Khitbah

Assalamualaikum. Saya Halida, berusia 30 tahun dan sudah 7 tahun mendirikan rumah tangga dengan A.

Aku hanya ingin berkongsi keraguan dengan status perkahwinan aku sekarang.

Aku dan A telah bersetuju untuk nikah khitbah (nikah gantung) pada Sep 2014. Waktu tu aku berusia 23 tahun dan A berumur 26 tahun.

Perkahwinan ini lebih kepada pilihan ayah aku dan aku tidak merancang untuk berkahwin seawal itu.

Aku sendiri telah berjumpa A dan berbincang tentang hal perkahwinan ini sebelum kami berkahwin lagi dan 1 perkara yang boleh aku puji, A seorang yang mudah dibawa berbincang.

Plan kami, kami akan tinggal bersama selepas aku habis belajar dan kami bersedia untuk memberikan komitmen dengan perkahwinan tersebut,

Dan hal ini telah dipersetujui oleh kedua belah keluarga memandangkan A sedang HO di Kuantan ketika itu dan aku di tahun akhir degree di Selangor.

MIL saya ikut A ke Pahang memandangkan MIL seorang ibu tunggal dan A juga anak tunggal, juga tahap kesihatan MIL juga tidaklah begitu baik ketika itu.

Awal 2015, ayahku meninggal dunia dan tahun yang sama juga aku dapat tawaran belajar di Jepun. A membenarkan aku sambung belajar sebab katanya dia telah berjanji dengan ayahku untuk sentiasa menyokong cita2 masing2.

Dalam masa nya sama dia juga turut sambung Master di sebuah IPTA di Pahang. Sepanjang aku di Jepun, A memang tak pernah datang sana, tapi aku ada balik ke Malaysia dan berjumpa dia tapi lebih kepada keluar dating macam tu.

2017, aku pulang ke Malaysia. A masih berkerja di Pahang. Memang niat asal aku balik Malaysia aku nak serius dengan perkahwinan kami.

Kami berhubung melalui whatsapp dan aku masih ingat aku terus beli tiket flight ke Kuantan dari Klia ketika itu. Tapi timing kami sentiasa tak match. Dia shift malam time tu, dan tak dapat nak ambil aku kat airport jadi aku naik public transport balik kerumah dia di Kuantan.

Selepas hampir sebulan menganggur aku mendapat tawaran kerja di sebuah Audit Firm di Selangor. Kami PJJ lagi dan time ni aku dah mula rasa malas nak fikir tentang arah perkahwinan kami. Mak aku ada bertanya, aku hanya senyum saja.

Benda kena persetujuan 2 pihak. Di firm tersebut aku berkenalan dengan B, gadis cina yang selalu bertanyakan tentang Islam denganku.

Rupa-rupanya B dalam proses ingin berkahwin dengan lelaki melayu, C tapi C tidak pernah memaklumkan tetang kewajipan untuk bertukar kepada agama islam.

Jadi B mengambil inisiatif sendiri belajar tentang islam. Ketika itu, jadual aku kembali penuh dengan aktiviti ilmuan bersama B, aku turut menemaninya ke kelas Fardu Ain dihujung minggu atau selepas waktu pejabat. Kami mula tinggal serumah ketika itu.

2018, B kahwin, tapi perkahwinan tersebut hanya bertahan selama 3bulan sahaja. Lepas kahwin B tukar kerja di KL, jadi aku tak update sebab penceraian mereka. Lepas bercerai B balik kerumahku semula.

Lupa nak bagitahu keluarga B tak izinkan B tukar agama dan berkahwin dengan C.

B di sahkan mengandung, jadi proses cerai tersebut ditangguhkan, B memang bersungguh-sungguh memujuk C untuk berbaik dalam tempoh tersebut, namun C berkeras dengan penceraian tersebut.

B mengalami depression dan beberapa kali membuat cubaan bunuh diri. 2018 juga B selamat melahirkan anak lelaki yang aku namakan Khalif.

Keluarga B datang jumpa aku dan memaklumkan mereka ingin mengambil balik B untuk rawatan tapi tidak baby khalif.

Mereka setuju untuk meletakkan Khalif bawah jagaan JKM. Aku tak tahu kenapa waktu tu aku kesian sangat dengan khalif. Aku minta kebenaran ahli keluarga B untuk membenarkan aku menjaga Khalif. Proses pengangkatan yang sah telah aku buat.

2019, aku makin sibuk dengan baby khalif. A telah ku maklumkan tentang khalif juga. Dia banyak memberikan nasihat tentang penjagaan anak juga dan ubatan/rawatan yang sesuai untuk aku buat agar dapat menyusukan baby khalif.

Dalam whatsapp, untuk bincangkan masalah kerja kami nampak okay tapi bila kami mula bincang tentang hala tuju perkahwinan mesti krik2. Jadi kami teruskan hubungan macam biasa.

2020- PKP, A doktor dan terlibat dengan wad covid, jadi dia lebih busy dari sebelum ini. Aku memang WFH dari awal PKP, malahan hingga ke hari ini juga office aku masih bergilir-gilir WFH walaupun semua officemate lengkap vaksin.

Last aku jumpa A sekitar oktober 2020 (time kerajaan bagi kebenaran pasangan PJJ boleh rentas negeri).

2021- selepas 7tahun usia perkahwinan, dan selepas kebenaran rentas negeri dibuka, kami bincang secara serius tentang hubungan perkahwinan kami, kami bersetuju untuk memulakan semula. Lamaran berserta cincin yang baru kami pilih bersama.

Kami excited memilih perabut dan hiasan untuk mendeko rumah kami. Tapi ada 1 perkara yang selalu aku fikir, adakah hubungan kami masih suami isteri. Dalam tempoh 7tahun ini kami memang tak pernah mengadakan hubungan intim.

Tapi untuk nafkah belanja memang A bank in kan pada aku tiap2 bulan sejak tahun pertama perkahwinan lagi. Malah sejak aku kerja di Selangor, A juga membelikan aku rumah untuk aku tinggal.

Banyak pandangan yang berbeza-beza yang aku baca tentang nikah khitbah ni, jadi aku makin meragui tentang status kami.

Aku nak bincang dengan pejabat agama tapi aku segan. Jadi aku tanyakan dulu disini. Kalau pendangan meragukan memang aku akan ke pejabat agama untuk berbincang.

*Kami decide untuk tinggal bersama bermula Dec 2021 sebab aku pun baru hantar surat resign.

– Halida (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *