Nikah Untuk Ditalakkan II

Assalamualaikum readers. Sebelum ni saya ada hantar confession bertajuk Nikah Untuk Ditalakkan (https://iiumc.com/nikah-untuk-ditalakkan/). Kini saya sudah selamat bernikah dan baby dah pun masuk 6 bulan. Syukur baby sihat dan makin aktif dan saya menetap di negeri suami bekerja.

Sepanjang pernikahan ini saya sudah ditalakkan 2 kali walaupun usia perkahwinan baru 5 bulan. Saya ditalakkan ketika kami bergaduh dan selisih faham.

Pada fahaman dia talak itu boleh dilafaz sebanyak mungkin kalau lafaz nya talak 1. Sampai la saya tarbiah dia bab talak. Tidur dalam kursus nikah gamaknya. Maklumlah nikah sebab terpaksa je. Jadi boleh la sesuka hati lafaz banyak mana pun.

Dalam 2 kali talak tu juga tak pernah kami ke mahkamah untuk failkan cerai. Kiranya kami rujuk semula dengan dia lafazkan mahu rujuk dan kami bersama. Dia takut akan kena denda sebab kami baru nikah duit pun tak berapa ada dengan baby lagi perlu tanggung.

Sepanjang tempoh itu saya juga telah dipukul sebanyak 3 kali. Kali terakhir kepala saya bentol ditumbuk beberapa kali. Puncanya saya tak nak main game sekali kerana nak uruskan baby dan hal hal rumah. Kantoi dia bermain game dengan perempuan.

Saya sakit hati sebab rasa macam tak dihargai. Sanggup dia main game dengan perempuan lain dengan alasan saya tak mau main padahal saya sibuk uruskan dan bagi perhatian pada anak.

Selama kami bernikah ni dia langsung tak tolong dalam bab kerja rumah. Duit nafkah juga tiada. Duit keperluan rumah tak pernah cukup tapi dia sanggup beli jam baru dan servis kereta walaupun awal bulan duit gaji dah kurang sangat.

Terpaksa saya guna duit simpanan untuk susu baby dan barang dapur. Saya dipaksa untuk kurangkan makan sebab dan overweight lepas melahirkan. Tapi untuk makanan dia perlu dihidang bak raja.

Hidup dia cuma pergi kerja balik kerja makan dan main game. Main dengan anak paling lama hanya 10 minit itupun saya yang suruh.

Lepas main dengan anak terus hadap hp dan game. Tak pernah ada pillow talk bersama. Tak pernah nak bincang hal hal berkaitan rumah tangga dengan saya. Segala keputusan saya yang buat dan jika keputusan tak kena dengan kehendak dia, saya akan dipersalahkan.

Nafkah zahir terbabas, sama juga dengan nafkah batin. Banyak kali dia kantoi tengok porn. Bila saya suarakan katanya sebab appreance saya dah tak cantik sebab dan gemuk. Ya saya cuma suri rumah dan hanya bergantung pada duit gaji dia. Jadi keperluan saya memang tak ada.

Nak beli krim malam pun tak boleh. Keadaan saya memang totally out. Muka makin kusam dan tak de seri. Dia malu tiap kali keluar rumah saya pakai baju sama. Memang saya tak de baju sebab dah overweight. Mintak belikan tak nak.

Dia selalu cakap yang pernikahan ni takkan sama macam pasangan lain. Jadi jangan nak berangan lebih. Dia selalu tekankan yang kami bernikah sebab anak je. Ya sebelum bernikah tu memang saya dah suarakan pada abah saya untuk batalkan pernikahan tapi abah saya tak setuju.

Demi selamatkan maruah anak saya, abah merancang untuk kata kepada keluarga besar kami yang kami sudah bernikah di sempadan pada dua tahun lepas dan abah hanya tau bila saya sedang hamil.

Logik abah kata takkan anak beranak nak tengok surat beranak baby. Kata abah lagi itu jelah dia mampu buat untuk tutup aib anak saya dengan keluarga besar menganggap anak saya sah.

Ouh ya kami bernikah tiada majlis ya. Cuma akad di masjid dan tiada makan2 besar. Cuma makan2 antara keluarga kecil kedua belah kami sahaja.

Banyak lagi hal hal yang dia culas. Bab solat kelaut. Urusakn hantar anak klinik pun susah nak kawtim. Beli barang keperluan dapur pun saya pergi dengan adik perempuan dia menaiki motor. Dia hanya mahu duduk di rumah jika cuti. Katanya penat kerja nak rehat.

Cuti hadap hp main game. Antara sebab dia terlampau fanatik dengan game ialah kawan2. Kawan2 ditempat kerja selalu puji gameplay dia hebat.

Setiap season konfem akan ada pada rank paling tinggi. Jadi dia sentiasa menjadi rujukan kawan2 yang lain dalam bab game malah dia dipuji melambung.

Untuk ambil hati dia, saya akan bermain game juga. Sampai satu tahap saya rasa anak saya terabai kerana kami kuat main game. Jadinya bila saya stop main untuk bagi perhatian pada anak, dia pula buat hal macam yang saya mention tadi.

Ya saya baca satu2 komen pada confession yang lepas. Tapi apakan daya saya tak mampu nak tolak untuk tidak bernikah atas desakan orang tua juga. Dalam saya mendapat suami yang perangai tak semenggah ni, saya bersyukur Allah bagi adik2 ipar yang baik dan memahami.

Salah sorang adik ipar saya pernah kata mereka sedar diri sebab mereka kenal abang mereka. Mereka kesian kan saya dan anak. Syukur Allah Maha Adil.

Saya mohon doa semua untuk saya kuat. Saya plan untuk minta fasakh akan datang. Segala bahan bukti dah saya kumpul. Saya akan start meniaga dalam masa terdekat ni untuk preparation pada plan saya.

Saya tak nak harapkan duit parents saya kerana mereka juga ada krisis kewangan yang teruk. Jadi untuk berpisah perlu untuk saya tebalkan saving saya dahulu demi keperluan anak saya.

Saya dah penat. Saya pernah cuba nak bunuh diri. Meraung menangis langsung tak dipeduli. Saya sedar saya sakit. Tapi saya tak mampu rasa nak dapatkan rawatan.

Harap cerita saya ni dapat jadi pengajaran yang berzina akan ada balasan nya dan balasan nya tak mudah. Sebelum buat sesuatu fikir lah dahulu.

– Star Anise (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *