Nikah Untuk Elak Zina

Hukum nikah ada banyak. Wajib, harus, sunat, makruh haram. Yang aku belajar. Semua atas situasi masing-masing. Islam ni tak zalim.

Aku lahir dalam keluarga Islam yang berbudaya orthodox Melayu. Islam ni timeless so aku tak nak cakap Islam traditional or Islam moden.

More like orthodox kepada adat sambil mengamalkan Islam. Atau lebih tepat lagi membuffetkan Islam. Kenapa buffet?

Bila bapa atau ahli keluarga lelaki buat benda di luar syariat Islam pasti akan dipetik hadith atau tafsir tak kira kesahihannya untuk justify benda yang dia buat tu betul.

Kalau ahli keluarga yang lain terutamanya perempuan, buat perkara yang bapaku tak suka even tak berdosa, akan dipetik segala sumber hukum untuk guilt trip si pelaku.

Contoh bila balik lambat sampai lewat atau terlepas maghrib bukan sebab kerja, tapi sebab lepak dengan orang office akan dipetik ketua keluarga wajib mencari nafkah.

Kalau perempuan pakai baju selain warna hitam dan bukan yang stiriking atau shimmering, akan dituduh haram dan dianggap menggoda ajnabi meskipun longgar, tak jarang, dan tutup aurat.

Balik pada tajuk, aku dah berusia hampir 30an dan ingin berkahwin. Aku berkenalan dengan seorang lelaki yang berhasrat nak bernikah dengan ku.

Masing-masing bagitahu family masing-masing. Alhamdulillah family dia setuju.

Masa kami berkenalan, mak dia, ada bagi sebiji charm untuk aku pakai di gelang yang taklah mahal tapi taklah murah sebagai tanda restu dan salam perkenalan.

Jadi mungkin salah aku, aku excited dapat charm tu dan pakai di rumah. Alangkah terkejutnya aku bila family aku marah bila dapat tahu charm aku pakai tu daripada pemberian mak teman lelaki aku.

Mereka cakap kita ada adat. Tak boleh sesuka hati bagi emas kepada anak orang lain. Aku akur. Aku pulangkan balik charm itu. Aku bagitahu mak teman lelaki aku apa yang terjadi dan minta maaf.

Apabila teman lelaki aku ingin membawa rombongan keluarganya ke rumahku, bapaku menolak. Katanya dia ingin berjumpa sendirian dengan teman lelaki aku dahulu.

Aku ikutkan, dan aku bagitahu teman lelaki aku. Lama dia diam dan akhirnya dia kata bapaku tak nak berjumpa dengannya kerana tak kenal langsung. Kami pun buntu.

Dia cuba dekat dengan bapaku dan mesej bila ada apa-apa event seperti raya, puasa, dsb. Tapi dia kata bapaku tidak baca langsung pun mesej-mesejnya.

Bila aku suarakan aku ingin berkahwin, parents aku masih tidak setuju kerana latak belakang kewangan dan pendidikan yang berbeza.

Aku memberitahu mereka setelah berkenalan dengannya meskipun berbeza latar belakang, aku tenang dengannya. Meskipun dirinya tidak kaya, dia bukanlah penganggur. Walaupun dia tidak berpendidikan, dia tetap berusaha.

Untuk membina keluarga berdua inshaAllah cukup dengan kerjaya kami berdua sekarang ini. Sekiranya kami inginkan anak, kami akan berusaha lagi untuk cukupkan keperluan mereka.

Jika belum bersedia, kami sepakat untuk melakukan family planning dan yang lain kami serahkan kepadaNya.

Kami buntu. Ada juga terfikir dan dah kumpulkan duit untuk nikah seberang. Tapi fikir 2 3 kali, saya sebenarnya tak nak sebab anggap tak respect parents saya.

Kebuntuan kami menyebabkan kami jatuh terjerumus ke lembah zina yang hina. Ianya bukanlah alasan yang munasabah tapi aku hanya ingin memberitahu ianya menjadi punca.

Aku sering bertanyakan dia, sampai bila kita nak hidup bergelumang dengan dosa, dan dia cuma membalas untuk sama2 berusaha lagi untuk memujuk family aku.

Akhirnya berlarutan sehingga bertahun lamanya dan kami masih di takuk yang sama. Ada kenalan kami berdua yang mencadangkan untuk berwalikan hakim, tapi aku risau kerana aku tahu family aku cilik dengan agama.

Untuk mengelakkan berlakunya lagi perbuatan terkutuk itu, kami decide untuk berpindah tempat kerja dan cuba LDR.

Teknologi sekarang amatlah berbisa. Mendekatkan yang rapat tapi dalam masa yang sama memudahkan perbuatan zina.

Kadangkala aku melakukan perbuatan onani apabila bersendirian. Aku tidak memberitahu sesiapa. Tapi dia memberitahuku dia melakukan perkara yang sama dan kami akhirnya berzina jarak jauh.

Menangis aku tulis confession ni. Aku rasa kotor, jijik, dan hina. Namun aku masih tak mampu melawan nafsu dan godaan dunia. Patutkan aku putus dengan dia atau bernikah untuk elakkan zina?

Aku sedia terima segala bentuk kecaman, makian, dan cacian daripada semua. Tapi tolonglah dalam makian itu selitkan secebis cadangan apa yang patut aku lakukan.

– Bulan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. kalau dia mmg betul lelaki yg baik, nikah lah dik walaupun nikah kt thailand. mgkin sebaiknye dptkan izin parents llk tu, since dorg awal2 mcm dh bg restu. tp kalau nk betul2 nasihat yg sebenar, adik mmg kena tinggalkan segalanya. tinggalkan maksiat, tinggalkan dia. berserah dan berdoa pd Allah saja. ttg keluarga dik pun, hanya Allah yg mmpu ubah mereka. mmg susah dan perih, tp ini ujian utk kamu dik. akak doa moga dipermudahkan.

  2. Kahwin je kat siam…ko pon ada kerja sebab ko sendiri kenal family ko kan macam mana slow talk tak jalan…ambik langkah macam Marissa tu .bukan mghasut

  3. Mcm ni, awk bawak bf awk bincang dgn parent awk. Xperlu bgtau dorg pasal keterlanjuran korg sbb sy yakin akan menyebabkan keadaan menjadi semakin keruh. If ayah sis xnak jd wali, then rujuk kepada pejabat agama. Tp kene turun naik mahkamah sikit xsilap tok dptkan perintah dri hakim paksa ayah awk walikan awk. Kalau dia degil lg, nanti mungkin akan berwali hakim. Just try je dulu cara ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *