Assalamualaikum, saya bernama Fiza tertarik bila baca confess Pn. Anna dan adik Lily tentang sisi gelap suri rumah, (https://iiumc.com/sisi-gelap-seorang-surirumah/).
Sekadar bercerita, saya pun macam Pn. Anna, berhenti kerja atas permintaan suami.
Sebelum ni saya ada kerjaya yang bagus tapi berhenti atas sebab suami tak berapa yakin orang lain jaga anak-anak dia. Memang berat hati saya nak berhenti kerja tambah ibu bapa saya pun tak setuju.
Tapi melihatkan suami yang berat hati menghantar anak-anak ke pengasuh, saya buat perjanjian awal dengan suami sebelum letak jawatan.
Saya minta suami letak penama rumah yang bakal dibeli masa tu atas nama saya. Masa tu kami masih menyewa rumah dan bercadang membeli rumah pangsapuri kos sederhana 3 bilik di Selangor.
Suami setuju janji saya tunaikan impian dia untuk melihat saya menjadi surirumah.
Dua tahun pertama memang rasa janggal bila tiba-tiba berhenti kerja tambah saya seorang yang suka bergaul dan ramah. Dunia saya hanya anak-anak dan suami.
Suami berniaga sendiri sedaya-upaya belajar memahami kehendak saya seperti mahu berjalan sekurang-kurangnya hujung minggu sama ada bercuti atau sekadar makan di luar.
Memandangkan dia cukup sibuk mencari rezeki, saya tak kacau sangat hari dia bekerja.
Suami jenis yang tak culas bagi nafkah setiap bulan kepada saya ikut pada keuntungan bisnes dia setiap bulan. Bukan bisnes besar pun tapi cukuplah untuk tanggung keluarga.
Jadi saya faham ada bulan saya terima banyak dan ada bulan saya terima sedikit tapi saya tetap bersyukur kerana saya mampu simpan sikit2.
Tabiat saya masa 20 tahun yang lalu suka beli emas sikit-sikit walaupun sebentuk cincin sebab orang tua dah pesan awal2 berjimat-cermat dan jangan membazir,
Sampai tahap saya wajib keluarkan zakat emas sejak berapa tahun kebelakangan ini walaupun sekadar seribu dua. 20 tahun yang lalu nilai emas memang murah tak seperti sekarang.
Jadi saya bersyukur juga hobi saya tu sekurang-kurangnya saya ada simpanan sendiri.
Suami pula jenis tak kedekut lansung, bila dia beli kereta ke-2 letak nama saya supaya saya senang urus anak-anak. Dia pula pakai kereta lama dia/ motor bila pergi kerja.
Apa yang saya lihat, suami banyak fikir untuk masa depan anak-anak sebab dia dah buat tabungan pendidikkan anak2 jika mereka sambung blajar kelak dan tabungan Haji untuk kami berdua.
Setelah 20 tahun, saya akui bukan senang jadi surirumah dari segi emosi tapi cara saya bila rasa tertekan sangat saya banyakkan berzikir dan sedekah makanan kepada kucing/ anjing terbiar malah orang tertentu yang kita tahu hidupnya susah.
Saya akui perlahan2 cara ini berkesan bila dapat berita yang melegakan hati bila hutang kereta dan rumah selesai pada waktunya,
Anak2 walaupun tengah remaja menghormati kita sebagai ibu bapa, suami juga ada masanya menghulur duit kepada ibu bapa saya walaupun bukan setiap bulan sebab bapa saya ada pencennya sendiri.
Malah baru2 ni saya sendiri agak terkejut bila lihat nilai KWSP saya yang agak banyak juga padahal saya sudah berbelas tahun tidak bekerja.
Jadi nikmat apa lagi yang saya nafikan walaupun saya sekadar surirumahtangga. Alhamdulillah.
– Fiza (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit