Assalamualaikum admin, terima kasih kerana menyiarkan coretan saya ini. Mohon admin hide nama saya..saya bekas pelajar uia.saya ambik SPM tahun 2009 n result kira ok la jugak dan saya mendapat tawaran masuk matrik kat kedah dan asasi uia. Masa tu tuhan jea tahu bertapa stressnya nak buat keputusan..siap menangis bagai, ikotkan hati saya tak nak masuk langsung asasi uia..basic arab takde langsung, english pun merangkak. Uia tiada langsung dalam fikiran walaupun kawan2 pernah cakap belajar leklok nati kita jumpa kat uia.. Selepas istikharah dan tanya pendapat keluarga saya berani kan diri melangkah ke uia.
Alhamdulillah, kadang-kadang Allah tak bagi apa yang kita nak tapi Allah bagi apa yang kita perlu. Kat sini saya bukan nak cakap uia ni lagi bagus dari universiti lain..cuma saya nak cakap mungkin Allah jadikan asbab saya masuk uia untuk saya berubah ke arah yang lebih baik. Untuk pengetahuan semua saya dari sekolah harian biasa, pakai tudung bawal bidang 45 tanpa anak tudung dan inner tudung pun xpernah pakai, awak semua boleh bayangkan tak dengan tudung bawal yang jarang memang akan nampak bayang-bayang rambut dan tengkuk. Saya mana pernah nak pakai baju muslimah, pakai t-shirt lengan panjang yg paras paha jea. Stoking dan handsock jauh sekali. Mula-mula masuk asasi dah start pakai handsock dan stoking tu pun sebab kena paksa..hehe..kadang2 pakai kadang2 xpakai. Pernah satu hari, saya turun cafe nak beli makanan, tiba-tiba ada sister tahan dan tanya nama untuk direkod sebab saya xpakai stoking..masa tu memang annoying sangat kat sister tersebut. Saya cakap kat dia xkan nak turun cafe mahallah kita sendiri pun ( yang semua sister) nak kena pakai stoking, dia balas memang semua sister tapi nampak x siapa yang jaga kaunter sambil tunjuk ke arah pakcik owner cafe..untuk sister tersebut “terima kasih awak, sebab awak dah tegur saya, untung siapa2 berkawan dengan awak dan saya salah seorang yang bertuah itu”
Bila dah terbiasa pakai handsock, stoking dengan sendirinya timbul perasaan kekok if xpakai walaupun nak turun pergi cafe. Lama-lama dah terbiasa pakai baju muslimah dan terdetik kat hati nak pakai tudung bidang yang labuh sikit. Alhamdulillah kawan-kawan semua support.
Selain itu, saya akui time sekolah saya xpandai mengaji, baca al-quran merangkak-rangkak, tajwid memang fail. Selepas masuk asasi uia, ada subjek tilawah yang kita orang wajib ambil. Dari situ dan belajar dengan kawan-kawan saya start belajar mengaji dengan cara yang betul beserta tajwid, bacaan pun dah lancar. Tajwid pun alhamdulillah dah tahu serba sedikit. Kat uia juga saya mula solat dhuha,alhamdulillah ia menjadi rutin, rasa kosong if xsolat dhuha. Dari situ juga saya belajar untuk menghadiri kelas-kelas agama, belajar untuk bangun solat malam. Nikmatkan bila kita berusaha dekatkan diri dengan pencipta. Sy tahu awak-awak pun dapat rasa benda yang sama bila kita dekatkan diri kepada Dia.
Selain itu, dulu selepas SPM, saya pernah couple sekali..punya la takut nk terima mamat tu sebab saya ni seorang yang penakut..bila duk kat uia akak2 & ustaz cakap couple tu x elok..bila saya fikir balik betul jugak apa yang dia orang cakap, so lepas tu saya minta putus dengan cara yang baik walaupun pada mulanya dia x boleh nak terima hakikat. Alhamdulillah, sampai sekarang dah xdea istilah couple dalam diri.
Nikmatnya berada dibumi tarbiyyah dan di kelilingi kawan-kawan yang sentiasa menarik ke arah kebaikan..kepada kawan-kawan terima kasih kerana menarik diri ini ketika ingin tersungkur, doakan diri ini sentiasa istiqomah dalam menuju redhaNya..semoga kita sentiasa kuat..kepada adik2 jangan lupa menggunakan sebaiknya masa yg ada di universiti..hadiri kelas-kelas agama perkuatkan diri untuk menghadapi dunia luar bila awak dah habis nanti.
– Miss N.A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit