Nikmat Pemberian DariNya

Assalamualaikum semua. Jutaan terima kasih jika siaran cerita aku ini disiarkan. Ianya berkisarkan tentang Jodoh.

Aku selalu menjadi pembaca setia dalam IIUM Confession ini. Semua kisah yang disiarkan sesungguhnya adalah cerita yang realiti. Dan kebelakangan ini banyak yang aku baca berkisarkan tentang jodoh.

Untuk mereka yang sudah melewati usia 30-an terutamanya, aku mendoakan agar kalian dipermudahkan dalam urusan jodoh terutamanya..

Untuk makluman usia aku 34 tahun. Apabila aku merenungi pada angka 33 tahun sebelum ini sesungguhnya usia sewaktu sebegini sudah pun memiliki keluarga dan anak anak.

Namun siapa yang tidak menginginkan kesempurnaan dalam kehidupan kan terutama sekali bab jodoh.

Aku baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan pilihan aku sendiri.. Usia pernikahan baru 6 bulan.. Disini aku ingin menceritakan bagaimana peraturan Allah untuk jodoh aku.

Sebenarnya aku mengenali dengan suami sudah 8 tahun yang lalu namun pada usia 33 tahun baru Allah menetapkan aku berjodoh dengannya..

Sesungguhnya saat selepas kita selesai akad nikah,dia lah yang sebenarnya jodoh untuk kita kan..

Sehingga kini aku selalu mengucapkan syukur yang tidak henti henti pada Allah swt kerana telah sempurnakan hajat aku yang telah sekian lama ni.

Alhamdulillah.. Nikmat manakah yang kamu dustakan lagi.. Sebenarnya sejak aku usia awal 20-an lagi aku start berdoa pada Allah untuk bernikah dan aku target usia 26 tahun aku mesti nikah.

Namun sehebat mana pun perancangan kita hebat lagi perancangan Allah untuk kita. Bayangkan berapa lama aku menunggu jodoh yang sebenar untuk aku. Memang aku pernah stress, kecewa, sedih, down.

Sentiasa aku menangis selepas solat. Sambil berdoa pun air mata aku berguguran jatuh. Kerana apa, kerana JODOH. Sampai bengkak mata kerana menangis..

Kenapa Ya Allah jodoh aku lambat sampai Ya Allah. Aku merintih aku merayu. Aku banyak berdialog dengan diri sendiri.

Jenis aku, aku memang tidak suka share masalah aku pada orang. Cukup lah aku minta pada Allah.. Aku ramai berkawan dengan lelaki dan cuba untuk mengenali hati budi masing masing.

Tetapi tidak sesuai dengan jiwa n raga ku. Cinta pertamaku masa aku belajar di universiti. 3 tahun tempoh berkenalan dan akhirnya aku ditinggalkan. Memang frust giler. Maklumlah cinta pertama..

Then aku pasrah n reda. Doaku untuk jodoh tidak pernah lupa. Aku sentiasa berdoa.

Apabila usia makin meningkat, sungguh aku makin merasakan tertekan dan kesunyian hidup.

Manakan tidak. Adik beradik ku ramai yang sudah berkahwin. Bawah aku pun adik perempuan 2 orang sudah lama mendirikan rumah tangga.

Sunyi hidup dan sepi sangat bila kita ditinggalkan sorang – sorang dekat rumah. Masing masing punyai keluarga sendirikan.

Untuk makluman, Allah berikan aku ni dapat mengenali lelaki sentiasa yang lebih baik daripada sebelum ini. Contohnya A lebih baik daripada B, then B lebih baik daripada C dan seterusnya..

Dipendekkan cerita, aku mengenali suamiku ditempat kerja. Allah yang mengatur semuanya. Masa itu aku baru sahaja frust dengan ex boyfriendku.

Pada awalnya aku anggap dia sebagai rakan kerja sahaja. Dia seorang yang matang, memahamiku, mudah beri pertolongan, pandai menyesuaikan diri n banyak lagi kelebihan dia.

Kekurangan dia aku tidak nampak. Aku cuba mengenalinya dengan lebih rapat.. Paling penting dia boleh menerima kekurangan diriku.

Kerana aku sudah berjanji pada diriku jika ada seseorang lelaki yang boleh menerima kekurangan diri aku insyaaAllah aku terima dia.. Masa cinta pertama dulu aku direject kerana wajah tidak cantik katanya.. (Hina sungguh masa itu)..

Semakin lama kami berkenalan dia membawa aku berjumpa dengan keluarga dia. 1 tahun kami bertunang akhirnya kami bernikah..

Jangan ditanya kenapa kami tidak mempercepatkan pernikahan itu.. Benar lah orang kata, jika tidak sampai waktunya lagi benda itu tidak akan jadi..

So jangan dipaksa. Biarlah sesuatu perkara itu berlaku dengan rasa sukarela. Dalam tempoh perkenalan aku dan suami masa itu, kami jarang berjumpa. Kami bekerja sebumbung sekejap aje. Dia resign kerja dan kerja ditempat lain..

Masa aku bertunang, arwah ayah ku masih ada dan sudah tidak sihat. Selepas 3 bulan aku bertunang arwah ayah ku meninggal dunia.. Memang aku sedih dan terkilan sebab arwah ayah tidak sempat melihat aku berkahwin dan menjadi wali yang terakhir untuk anak perempuan dia.

Tetapi arwah ayah sudah meninggalkan wasiat untuk aku buat ketika majlis pernikahan aku nanti kerana dia selalu menyatakan bahawa yang ajalnya makin dekat dan tidak sempat untuk melihat aku bernikah.

Sedih sangat Ya Allah hati dan perasaan aku masa arwah ayah aku pesan pada aku dulu…..

Masa arwah ayah ada dulu, dia selalu mendoakan jodoh untuk aku…… Dan kini aku dan family aku sudah sempurnakan wasiat dia.. Alhamdulillah…

Hikmah Allah beri ujian, Dia ambil ayahku dan Dia ganti balik aku dengan kehadiran seorang suami. Memang rasa sunyi sangat apabila ayah sudah tiada. Sebab aku anak bujang dan tinggal dengan ibu ayahku, jadi masa aku banyak dengan diaorang.

Aku kerap bawa mereka ke mana tempat yang mereka nak pergi. Sekadar ambil angin orang kata. Arwah ayah ku suka naik kereta sebenarnya. Jadi aku rasa sangat terkesan dengan pemergiannya.. Tolong kalian sedekahkan bacaan al-fatihah untuk arwah ayahandaku yang kukasihi.

Berbalik pada soal jodoh tadi, kini walaupun aku sudah 6 bulan bergelar seorang isteri, aku kadangkala bagai tidak percaya yang aku sudah bernikah.

Kalian bayangkan berapa lama dah aku hidup keseorangan. Bagai mimpi hadir dalam hidupku.. Sebelum ini aku sentiasa berdoa pada Allah, Ya Allah, jadikanlah aku orang yang tergolong dalam golongan orang yang mendirikan separuh agamaMu yakni bernikah.

Aku nak sangat merasai kenikmatan untuk bergelar seorang isteri dan bergelar seorang menantu kepada mertuaku… Setiap masa aku doa mcm ni. Tidak pernah jemu!!!

Kini Allah telah sempurnakan hajat aku yang tertangguh. Syukur padaMu, dapat memiliki suami, Allah telah kurniakan ibu bapa mertua yang baik baik, dapat ipar duai yang baik dan semoga dapat yang baik baik aje selepas ini.

Dan tolong doakan semoga aku depat bergelar seorang ibu ye. Aku teringin sangat nak zuriat. Nak rasai kenikmatan untuk bergelar seorang ibu pada anak anak ku. Biarpun orang lain dah merasai, aku baru berpeluang untuk merasai kenikmatan itu semua..

Doakan semoga aku bahagia dalam pernikahan ini dan semoga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayatku.. Sesungguhnya Allah yang memberi keizinan atas kehendak sesuatu perkara.

Pesanan aku pada mereka, yakinlah dengan rezeki Allah. Jangan pernah berhenti berharap dan berdoa pada Allah. Fikir positif.. InsyaaAllah jika jodoh anda takkan kemana. Yang penting niat kita kena betul.

Maaf jika penulisanku berterabur.

Terima Kasih.

– Setelah Sekian Lama Menanti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *