Nikmat Waktu PKP

Assalamualakum semua.. Mekaseh admin approve andai diapprovekan.. Aku tak pandai nak tulis plus takut sebenarnye nak tulis.. Takut orang salah faham.. Yela selalu orang bole salah tafsir dengan penulisan berbanding percakapan.. Tapi aku try bagi korang faham..

Aku nak citer life aku masa pkp ni.. Aku rasa nikmat.. Nikmat ni kan ke banyak bukan saje dari segi makanan, rupa paras, kewangan etc.. Tapi nikmat kelegaan tak bekerja dan dijauhi dari sifat2 buruk manusia..

Aku bukanlah sempurna nak cakap macamtu tapi aku tak bole nak lari dari manusia2 begini di sekeliling aku.. Kenapa macamtu? Sebab kita tak boleh nak tutup mulut dorang..

Aku sendiri pun takde pilihan untuk bekerja kat tempat lain.. Dah sepuluh tahun di sini dan mungkin selamanya di sini.. Pilihan yang aku ada adalah bersabar..

Aku tak nak sentuh pasal isu pendapatan sebab itu isu sensitif.. Aku pun tak nak bagi sesiapa tersinggung.. Kita jadikan ia sebagai rezeki kita masing2..

Biarlah aku cerita siket2 tentang life aku.. Aku bekerja biasa2 aje dan sudah bekeluarga.. Ada suami yang baik dan anak yang masih kecil.

Kat tempat keje dikalangan kawan2 opis ramai yang lebih kurang sebaya dengan aku..

Means umur2 mcm aku ni tengah struggle hidup dengan keluarga tapi ada jugak opismate yang hidup lebih baik kalo suami gaji lebih tinggi.. Ikutla rezeki memasing.. Aku bekerja tapi membantu suami..

Bila bercuti Covid ni semua terkesan.. Tak kiralah kau siapa pun.. Bila larangan keluar dan bekerja ni.. Ada perkara yang aku syukurkan..

1. Aku dah tak perlu berjumpa dengan kaki ampu di opis.. Even bos aku baik sebenarnya tapi kadang2 aku letih nak tengok kaki ampu ni layan bos.. Kadang2 berjaya, kadang2 kena smash jugak..

Tapi disebabkan bos aku baik, dia smash pun kadang2 orang tu tak terasa pun.. Kadang aku pun kena jadi mangsa sebab tu aku marah jugak.. Kita penat buat keje, tapi macam takde hasil..

Itu baru kaki ampu, kaki ngumpat, kaki cek kau pakai baju ape henbeg ape etc…

Ada yang rajin masak.. Rajin bawak g opis itu bagus tapi mahukan balasan.. Itu yang tak best.. Macam tak ikhlas kat situ.. Hum.. Aku jarang bawak untuk share ramai2 sebab aku kena berjimat..

Macam2 la kadang2 stress di tempat kerja ni lebih kepada mengadap perangai orang lagi teruk dari hal kerja sebenarnya..

2. Cuti ni aku lega sebab rasa duit ada siket kat tangan.. Kalau keje, macam2 hal kat opis kena bayar.. Parking, duit kelab, duit makan2, duit pantry, duit baju seragam, baju sedondon..

Huhu.. Aku tak tahula orang lain.. Aku rasa terbeban sangat especially bab baju sedondon tu.. Yang sedondon satu department, satu unit.. Sebulan aku kena spare RM100-200 untuk baju dan tudung sedondon mcmtu jer..

Kadang2 tak lawa pun sebab beli online, gambar nampak lain bila dapat lain pulak jadinya.. Kadang2 baju tu bukan citarasa aku, tak sesuai dengan badan aku. Lepas beli kena alter pulak.. Spare lagi RM10-15 untuk sepasang..

Aku tak faham orang pompuan ni.. Why so complicated?? Nak show off kat fb, ig segala.. Tak wajib pun baju sedondon tu takat nak megah jer.. Yang merana nye orang macam aku.. Angguk jela dan bayar.. Tak join nanti cakap tak masuk masbuq orang pulak..

3. Aku tak perlu keluar duit untuk minyak n tol.. Minyak sahaja RM250-300.. Tol RM100 paling kurang.. Duit bahagian ni sebahagiannya bolehla aku contribute untuk charity.. Seronoknya rasa selalu aku terpaksa berkira2..

4. Nikmat paling nikmat adalah dapat duduk umah unlimited.. Di mana saat2 yang susah sangat untuk aku kecapi.. Selalu mesti terhad dan ada sahaja kekangan.. Makanya, dapatlah bersama suami dan anak..

Selalu mesti ada rasa bersalah, kurang itu kurang ini, rasa nak gantikan masa yang tak dapat nak luangkan tgk anak membesar.. Tapi inilah masanya.. Aku rasa nikmat sangat..

Selalu setiap hari mesti balik dengan stress.. Fikir pasal keje tak siap.. nak prepare untuk esok.. Balik lewat, tido lambat.. Tapi kali ini aku dapat peluk anak sepuasnya dengan tenang.. Mungkin Allah dengar rintihan aku tetapi dibayar pada waktu PKP ini..

5. Yang ni aku takut nak tulis sebenarnye tapi aku harap korang baca dengan hati terbuka yea..

Aku baru rasa nikmat di hujung minggu.. Selalu aku kena balik kampung tengok mertua kat kampung.. Selalu aku akan kelam kabut di hari malam Jumaat untuk packing beg dan travel balik kampung..

Baju memang tak sempat basuh dengan sempurna mesti ada balance.. Iron baju kena buat sebelum gerak balik.. Sangat hactic.. Tapi sekarang ni barulah aku rasa nikmat sapu sampah, kemas umah, basuh baju sampai takde baju dah dalam bakul..

Pun macamtu bukan aku lupa daratan atau merungut balik kampung.. Aku selalu aje call malah mentua faham tentang keadaan wabak sekarang..

Syukur jugak sebab tak jadi balik aritu, kalau tak mungkin kami antara yang bersesak2 nak balik kampung aritu.. Balik kampung itu biasa bagi kami.. Memang rutin bukan tunggu cuti panjang sahaja..

Yang aku syukurnya lagi satu bukan tang situ aje sebenarnye.. bila tak balik kampung ni, aku tak perlu hadap makcik2 bawang… Mujur aku takde masalah dengan mak mertua.. Itupun dah lega..

Mak mertua ok, makcik2 pulak.. Kadang2 mak mertua ok, ipar perempuan pulak buat hal.. Sedih kadang2 bila fikir.. Masa sebelum kawen, tak pernah pun terlintas benda2 macam ni.. Bila dah kawen baru tau dan depends kat kita macamne nak selesaikan hal ini..

Kalo tanya aku, aku banyak diam dan tak melawan pun.. Walaupun ko tak tahu pun ada cerita disebaliknya.. Tetiba ko kena perli.. Tapi aku remain cool and tak cari gaduh..

Kalau aku fikirkan sedalam2nya memang akan stress dan nangis… Masa memula kawen dulu memang aku nangis tapi aku rasa tak membantu pun.. Biras2 aku pun baik, jadi biarlah aku jaga hati orang yang terima aku seadanya..

Aku harap tradisi stigma “orang luar” dalam keluarga mentua ni tak wujud.. Sakitnya ya Allah.. Sekali kalo kita sakiti orang lain, lukanya susah nak sembuh walaupun dah minta maaf.. Lebih baik kita jaga hubungan kekeluargaan tu daripada macam2 prasangka..

Orang perempuan aku nasihatkan, kurang2 la beremosi tu.. Biarla rasional.. Jaga mulut dan nilai semula la setiap apa kata yang orang keluarkan.. Jangan mudah percaya..

Bab macamni aku puji orang lelaki sebab selalu ada alasan munasabah dan rasional setiap apa yang diorang dengar.. Dan senang dibawa berbincang..

Lastly, mungkin inilah masa Allah nak bagi hati aku berehat.. Berehat dari kerja yang stress, berehat dari rutin harian yang sibuk.. Yang paling nikmat adalah aku berehat daripada disakiti.. Aku rasa nikmat sangat duduk rumah di samping keluarga kecil kami..

Minta maaf kalau luahan ni tak sesuai untuk korang semua.. Aku sorang yang rasa nikmat tapi ada yang rasa tersepit.. Aku faham..

Aku doakan korang yang rasa disebaliknya, Allah kurniakan rezeki dan nikmat yang korang dambakan.. Hidup kita memang tak sama.. Tapi bersyukur itu perlu ada..

Semoga covid ini cepat selesai dan kita dapat lebih menghargai apa yang kita ada sebelumnya.. Dalam tersepit pasti ada hikmah..

– Imah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *