Nikmat Yang Didustakan

Rasa dah lama tak rant. Sempena hari gaji & nak masuk bulan ramadhan tak lama lagi aku ada sikit benda nak share sama-sama. Inshaa Allah, mana tau membawa manfaat bersama.

Pasal nikmat ni kan, yang selaluuuu kita nampak ada duit. Duit yang banyak. So fikir bila banyak duit boleh buat macam-macam.

Technically, it is true enough tapi nikmat ni banyak cabang dia & at the same time kita akan rasa duit tu nothing je.

Nikmat kesihatan. Bangun pagi, celik mata boleh nampak, boleh bangun mandi, solat semua. Satu nikmat & rezeki yang kita sentiasa abaikan.

Kau duit berkoyan pun tapi sakit teruk kau akan sanggup gadaikan segala harta yang kau ada semata-mata nak sihat macam dulu. Kau akan rasa lebih baik miskin dari hadap penyakit tu.

Nikmat masa. Masa Allah bagi sama rata setiap manusia, 24 jam sehari. Tapi macam mana 24 jam tu kita gunakan setiap hari?

Adakah kita gunakan 24 jam masa tu untuk kebaikkan?

Pasal masa ni pun tricky sebab setiap manusia mempunyai jangka masa hayat yang berbeza.

Ada baby 24 jam lahir kat dunia, meninggal terus jadi penghuni syurga. Kita ni hidup punyalah lama tapi amalan tu pintu syurga pun nampak samar-samar je.

Nikmat akal yang sihat. Tubuh badan sihat sempurna, umur banyak tapi akal tak sempurna. Paham sangat pressure zaman now tak sama macam dulu. Inflasi lagi, tempat kerja toksik lagi.

Kadang-kadang environment tu kita tak boleh nak control tapi kita boleh control diri sendiri. Ada benda yang luar kawalan kita, kita serahkan pada Allah.

Contoh, selalu duk risau pasal future, pasal anak nanti dah besar macamna. Tak perlu risau sangat, nanti bikin anxiety. Sikit-sikit risau takpe.

Ok tu jelah rasanya perkongsian dari aku. Belajar bersyukur dengan nikmat yang diberikanNya tak kisah besar atau kecil.

Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna & dipermudahkan segala apa jua urusan.

– Cik Kembang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *