Nikmat Yang Ditarik

Salam/Hi semua, aku seorang gadis berumur 20-an dah habis study beberapa bulan yang lepas. Sampai sekarang aku masih tak kerja, sebabnya aku memang taknak kerja dalam bidang aku study plus depression yang aku alami sejak semester akhir yang membuat aku lemau dan tak bersemangat plus kekangan transport.

Berkenaan tajuk aku, since kecik memang susunan gigi aku berlapis dan tak cantik cuma aku memang dari dulu confidence level tinggi dan selalu bersemangat so tak kisah sangat pun yang penting penyampaian aku sampai.

After sekolah aku ada buat rawatan tampal gigi berlapis (both gigi seri) dekat klinik kerajaan since bayar RM1 je dan hasilnya tak beberapa memuaskan sebab material tampalan yang digunakan doktor tu sangat obvious dan keras macam ada simen putih sampai dentist yang rawat aku sekarang macam persoalkan kenapa doktor dulu guna bahan tu…

Lebih kurang 2 tahun kemudian, time tu dekat kenduri saudara aku macam saja test gigit tuala guna gigi depan (gigi seri depan) malangnya gigi aku memang rapuh, patah so kena tampal la. Sejak tu aku nak dapatkan rawatan dekat klinik swasta walaupun costly since aku student family pun biasa je. Time tu aku kena bayar RM180 kot so mcm ok je la still aku boleh bayar sendiri.

Selepas beberapa tahun, tampalan gigi seri depan (kiri) aku yang 2014 mula longgar boleh cabut letak balik kot haha. Tak sampai seminggu tetiba gigi seri depan (kanan) yang longgar tunggu masa nak patah sebab reput. Dia patah bukan dari akar tau, memang time tu fikir kena cabut jugak la gigi depan ni walaupun dalam minda fikir mcm2. Bermulalah episod aku ke klinik gigi..

Hari Khamis 10am-

Aku ke klinik gigi swasta yang sama. Jumpa dentist consult apa semua. Aku diberi option gigi palsu atau bridge. Memang dalam kepala berapa la kos rawatan semua since aku Google sebelum tu agak pricey. Lepas berbincang untuk Bridge sebatang gigi RM600, gigi palsu sebatang RM120-140 bergantung. Petang tu aku ke klinik semula untuk ambik acuan gigi atas bawah disamping letak tampalan baru untuk gigi seri (kiri).

Hari Jumaat-

Aku ke klinik semula berbincang dengan doktor sebab semalam klinik call atas tukang gigi tak boleh nak buat gigi palsu mengikut keadaan gigi aku tu. Keputusan awal, aku cabut 3 gigi then tak mendapat restu tukang gigi tu. Dia recommend untuk cabut 4 terus baru cantik dan tak bagi kesan kat gigi sebelah sangat. Aku propose untuk cabut 2 shja sebab lagi 2 gigi tu kuat walaupun berlapis. Both doc dan tukang gigi okay dengan keputusan aku.

Hari Sabtu-

Aku ke klinik lagi untuk ambil acuan semula sebab acuan sebelum ni tak cantik dan automatik gigi yang goyang tu tercabut.. Maka officially aku dah toothless satu gigi depan. Doc sambung balik memandangkan next appointment aku Isnin pulak untuk cabut dan pasang gigi palsu.

Hari Isnin-

Masa yang ditunggu telah tiba. Proses cabut 2 gigi tu dalam 15 min je, sakit time nk cucuk ubat kebas tu la kot. Then 30 minit kemudian tukang gigi mula pasang gigi palsu dekat aku. Time tu aku macam takda apa perasaan sebab nampak ok dan aku kena terima la keadaan gigi baru aku. Sampailah aku balik rumah… Nak makan apa pun tak ada selera sebab like macam mana aku nak kunyah kan, takut terkeluar lepastu doc pun suggest guna gigi asli untuk gigit like macam mana aku nak buat… malam tu aku makan roti 2 keping je tu pun takleh nak kunyah betul2 terus telan..

Hari Selasa-

Aku ke klinik untuk last touch-up tampalan then bgtahu feedback pakai gigi palsu. Doc cakap awal2 memang rasa janggal, you will get used to it. Total kena bayar untuk 2 gigi palsu RM260 + tampalan RM80. Sekarang rutin baru aku setiap malam kena cuci simpan betul2 gigi tu for better care.

Apa yang aku nak luahkan adalah penerimaan orang sekeliling aku.. family sendiri pun memang aku tak update sangat apa yang terjadi dekat gigi aku kecuali adik aku, si Q yang selalu hantar aku ke klinik. Tu pun dia tak pernah nampak aku yang takda gigi 2 batang di depan.

Sampai satu malam ni, aku dah makan halfway (kat rumah) lepastu decide nak bukak gigi palsu sebab nak rasa nikmat makan then adik aku si A ternampak terus dia gelak tak henti ketawakan cakap lawak. Time tu si Q pun macam nak tengok jugak nak tengok, nasib sorang lagi adik si M cakap stop la gelakkan orang sebab dia dah perasan aku takda gigi macam mana sebelum tu tapi dia diam je.. Lepas beberapa minit aku solat dan terus nangis sedih.. family aku ramai dan ni baru 1/8 je yang tahu.

Aku memang hati tisu dan sensitif, cepat terasa, senang menangis walaupun diaorang macam rasa lawak. Kawan2 aku langsung even BFF tak ada yang tahu unless boyfriend aku, lucky me dia sangat okay dan supportive.

Sejak aku pakai gigi palsu aku tak pernah makan luar dan setiap kali orang ajak makan aku rasa sedih je sebab fikir nak makan macam mana, bercakap ok lagi la. Dan sebab tu jugak aku rasa takot nak apply kerja, nanti interview aku cakap nampak pelik, then kalau dah kerja join jamuan or lunch dengan colleague macam mana… aku dah tak boleh nak bite into food like makan burger, sate, pizza.. even if aku boleh guna utensils, dah hilang nikmat mengunyah aku..

Digestion system aku pun dah tak seaktif dulu. Before, aku jenis yang membuang setiap hari but now 2-3 baru rasa tu pun sakit akibat aku susah mengunyah so telan je makanan tu. Aku dah lost sense rasa happy untuk makanan, jamuan, kenduri, party dan sebagainya…Worst is aku memang dah totally lost self confidence and self esteem.

Aku dah cuba untuk be positive dan tengok ramai lagi kekurangan orang lain dan susahnya mereka but aku masih merasakan lifeless sebab nikmat makan aku hilang.. Nak tunggu aku ada duit untuk buat Bridge nanti agak lama lagi dan keadaan mungkin sama atau berbeza, depends…

– Spiritless

– Anne (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *