Hi assalamualaikum semua. Aku Sofiah (bukan nama sebenar).
Aku ni sejenis pemerhati, yang belajar dari kegiatan orang, percakapan orang segala tindak tanduk orang yang aku rasa aku perlu tau dan make sure aku improve diri aku sebab tak semua perkara dididik dari rumah atau sekolah.
Mak ayah atau cikgu takde pun ajar, awak kalau nak bercakap dengan orang kene kias2 kena lembut.. Tak ada! Yang ada cumalah beradab tapi macam mana cara bercakap cara beradab.
Aku perasan anak buah aku semua blur kalau kita marah dia bila dia bercakap perkara yang benar cuma tiada adab.
Kesian dan aku tak salahkan dorang pun sebab aku pernah melaluinya.
Okay back to cerita atau tajuk yang aku nak cakap. Aku dah hujung 20an dah masih belum berkahwin,
Bukan tak laku tapi dulu aku ada satu perangai yang terlalu fikir apa yang akan jadi & menyesal dengan apa yang dah jadi. Aku sibuk tengok nikmat lain tapi tak bersyukur dengan nikmat yang Allah dah bagi.
Ada 1 hal yang terjadi dalam diri aku sampai buat aku terduduk menangis berbulan2 lamanya untuk menerima takdir iaitu putus cinta.
Terus terang aku pernah rasa nak bunuh diri, aku kecewa, aku tak terima takdir. Setiap malam aku nangis, tak makan sampai susut badan.
Ada 1 ketika aku pernah terfikir, sedihnya mak ayah tengok anak yang dia besarkan jadi macam ni disebabkan seorang lelaki.
Tapi pernahkah seorang anak fikirkan perasaan mak ayah yang selama ni besarkan aku.
Kita sibuk fikirkan nikmat yang Allah tarik tapi tak bersyukur yang Allah masih panjangkan umur mak ayah untuk bersama2 kita. Itu yang buatkan aku bangkit balik buang rasa sedih.
Mak perasan aku lain, dia sentiasa teman ke mana je aku pergi tak pernah biarkan aku sendiri. Time tu aku pulak nak sendiri je, duduk dalam bilik sendiri, keluar rumah sendiri, aku tak bergaul dengan sesiapa pun.
Syukur kawan2 dan keluarga masih pantau aku kalau tak dah lama aku buat keputusan bodoh tu. Hidup dekat dunia tak bahagia, mati masuk neraka pulak.
Mungkin disebabkan umur ni, aku nak sangat kahwin tapi jodohnya tak sampai lagi.
Ramadhan ni aku gunakan sebaik2nya untuk ubah diri aku. Walaupun aku tak sepenuhnya sembuh tapi aku tak larut dengan kesedihan macam sebelum ni.
Aku perhatikan yang nak sangat pasangan, belum dikurniakan pasangan.
Yang dah ada pasangan, duduk asing2 seolah2 tak kahwin lagi,
Yang nak anak, belum dikurniakan anak,
Yang dah ada anak, parent tak tinggal sebumbung untuk curahkan kasih sayang sama2
Ada yang baru kahwin, isteri tinggalkan suami, suami cari lain.
Aku seolah2 nampak perkahwinan tu tak membahagiakan, dimana bahagia tu kalau masing2 ikut kepala masing2 je. Aku tau setiap perkahwinan tu ada ujian ada bahagianya ada liku2nya..
Jadi dekat sini aku nak sangat tau dari akak2 abang2 yang baca ni, sebagai orang bujang yang belum kahwin ni apa yang perlu aku belajar sebelum masuk ke alam perkahwinan..
You can tell me your story at least komen2 akak abang menjadi iktibar untuk pembaca lain untuk muhasabah diri.
– Sofiah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ko pengang ayat ni dik “aturan Allah tu sebaik2 aturan dan pasti setiap yg berlaku ada hikmahnya”. Confirm one day ko akan rasa sgt2 bersyukur.