Nikmat Yang Telah Aku Dustakan

Terima kasih kepada admin sebab siarkan kisah aku. Tujuan aku tulis supaya korang ambil pelajaran pada kisah aku dan please hargai apa yang korang ada sekarang jangan bila dah tiada baru menyesal. Macam jadi kat aku.

Nama aku Elin. Bukan nama sebenar. Aku berumur 30 tahun dan seorang janda. Kisah yang aku nak cerita ini tentang arwah suami aku dan diri aku sendiri atau senang cerita seseorang yang begitu baik dan sabar dengan aku tetapi kerana nafsu menguasai diri menjadikan aku manusia yang penting kan diri.

Untuk pengetahuan korang arwah suami aku seorang yang baik, suka tolong orang dan paling paling penting dia penyabar dan selama 3 tahun berkahwin dengan arwah jarang nmpak arwah marah apatah lagi meninggikan suara. Time marah pun seboleh bolehnya dia akan mengalah even aku yang bawa masalah.

Arwah suami bukan lah kaya, kerja biasa-biasa tapi Alhamdulillah sejak dah tukar kerja lain ada lah duit lebih boleh pergi jalan-jalan. Bukan lah sepanjang berkahwin kami tidak bahagia, cuma kadang-kadang ada waktu dan faktor yang buat kami berbalah.

Aku pula jenis suka mengungkit. Ada saja yang tak kena di mata aku. Padahal arwah bukan lah curang pun. Keluar melepak pun tak selalu. Tetap aku chop dia lebih penting kan kawan dari aku. Bila dia buat silap mula lah aku baran tak tentu pasal. Maki arwah, kemas baju nak keluar dari rumah.

Peribadi kami memang berbeza. Aku panas baran arwah pula cool je. Arwah suami memang banyak mengalah, selalu memujuk, selalu berusaha untuk membahagiakan aku. Tapi aku je keras hati kadang tu sampai seminggu tak tegur sapa, tak masak, tidur berpaling kan badan.

Part sedih bila aku teringat balik, ada beberapa kali arwah masak untuk kami makan, salah satu cara supaya kami boleh duduk bersama berbaik semula. Tetapi  akhirnya dia makan sorang-sorang aku pula membatu dalam bilik sendirian.

Panas baran aku sampai kan waktu kami bergaduh arwah peluk untuk tenangkan aku, aku jadi makin menggila tolak2 siku kat badan arwah, gigit arwah cakar arwah.. Bila kami dah berbaik boleh nampak kesan kuku, kesan lebam dekat badan arwah.

Korang bayangkan perempuan bila marah dicengkam nya kulit badan sekuat hati. Arwah kata pedih kena air, cakap elok elok dengan aku, minta lepas ini jangan buat lagi. Tapi yes, aku still ulang dan ulang lagi.

Arwah tak penah sekali pun perlakukan seperti mana aku perlakukan dekat dia. Paling paling pun time marah aku tolak dia. Dia tolak aku balik.

Arwah suami bukan pak turut bukan takut bini bukan dayus, tapi arwah suami seorang yang tak suka besarkan masalah, tak suka serabut kepala, kalau boleh hari ni gaduh esok dah berbaik semula.. Tapi bukan aku.

Aku selagi tak puas hati selagi nafsu menguasai diri memang ikut kata hati sampai keluarkan perkataan2 tak elok. Kata-kata seperti semua salah arwah. Dia tak buat aku bahagia la, dia selalu sakitkan hati aku la.

Itu sebab Allah tak kurniakan rezeki  anak kepada kami, rumahtangga tak harmoni lah semua aku salahkan dia. Padahal aku tahu dan aku sedar yang salah itu aku, aku yang tak nak perbaiki diri, aku yang sombong dengan segala nikmat yang Allah beri.

Hingga lah seminggu sebelum ajal menjemput arwah. Aku masih keluarkan kata kata negatif.. Dan dia balas dengan nada putus asa, yang aku tidak tahu bersyukur, tidak reti menghargai, pentingkan diri sendiri.

Aku ego,aku iya kan segala kata katanya.. Seperti sedar diri ini yang bermasalah bukannya dia.. Tiada kata maaf aku ucapkan, sedang aku sudah berkali kali lukai perasaannya.. Nikmat yang telah aku dustakan.

Arwah pergi dijemput ilahi, akibat kemalangan yang meragut nyawa. Tanpa sempat aku mintak maaf pada arwah. Sehingga kini teriang riang perkataan yang penah aku lontarkan pada arwah. Sungguh aku rasa menyesal dan berdosa sangat pada arwah.

Andai abang ada.. Beratus kali Lin akan ulang. Lin sayang abang.

Andai abang ada.. Takkan Lin ucap yang bukan bukan.

Andai abang ada.. Akan Lin layan abang penuh kasih sayang.

Maafkan Elin abang!

Semoga abang tenang disana.. Al-Fatihah

– Elin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *