Hi, assalammualaikum semua.
Aku berharap agar admin siarkan confession ini, supaya niat aku untuk sebarkan mesej tentang erti syukur ni boleh sampai kepada ramai orang, memandangkan dalam dunia dan profil media sosial aku sendiri aku bukan seorang influencer.
Sedikit background, aku merupakan salah seorang petugas barisan hadapan yang masih baru ditugaskan ke negeri di bawah bayu. Hospital tempat aku ditugaskan sedikit pedalaman, bukan di bandar besar.
Sebelum aku jejak kaki ke negeri ini, sedikit denial untuk aku bertugas di kawasan agak pedalaman memandangkan aku tidak pernah menjejakkan kaki ke negeri ini,
Jujur aku berharap untuk posting ke bandar besar agar mudah untuk akses ke airport sekiranya aku ingin pulang ke negeri sendiri.
Dan dari segi demografi, mungkin aku tidak kekok untuk memulakan hidup baru sekiranya aku bertugas di kawasan bandar.
Sesungguhnya, Tuhan lebih mengerti apa yang terbaik buat hamba-Nya. Betapa aku melihat apa yang aku rasakan terbaik buat aku, namun perancangan Allah s. w. t terhadap hamba-Nya adalah yang sebaik-baik perancangan.
Ketibaan aku disini diraikan, keramahan dan betapa masyarakat disini menyantuni orang luar seperti aku, amat aku senangi.
Tenang, itu perkataan terbaik menggambarkan kehidupan aku disini. Tidak ada perlumbaan kereta siapa yang paling bagus, model telefon pintar yang terbaru, siapa yang berjaya kumpul harta atau aset, rumah dan sebagainya dulu.. tiada.
Ada satu kisah yang ingin aku kongsikan dengan pembaca, yang buat aku tersentuh dan tergerak hati berkongsi. Di sebalik ketenangan aku ceritakan, tidak tergambar dalam fikiran aku betapa orang yang betul-betul susah itu wujud.
Satu hari aku cuba untuk trace keputusan pesakit, mencari kemungkinan mengapa ada kelewatan untuk pesakit lewat menghadiri temujanji seperti dijadualkan. Aku dimaklumkan keluarga pesakit tiada kereta, susah untuk berulang alik ke hospital.
Terus membawa kepada cerita staf yang menginsafkan aku: memandangkan demografi di daerah ini luas, untuk ulang alik dari hospital memerlukan kos yang banyak.
Ada yang terlewat untuk datang pada waktu ditetapkan, terpaksa menjual hasil pertanian atau binatang ternakan seperti ayam kampung dulu sebelum ada wang tambang untuk ke hospital.
Yang paling aku terkesan, cerita tentang pesakit yang menjual sayur sebagai cara untuk wang tambang datang, dan untuk pulang semula ke rumah mereka berjualan untuk mencari tambang pulang…
Dan kami sebagai petugas kesihatan, perlu ada timbang rasa dan empati terhadap sosioekonomi masyarakat disini.
Setiap kali aku melalui lorong ke wad dan ternampak plastik berisi jualan sayur, sampai bila-bila aku akan teringat cerita staf aku.
Dan aku berjanji dengan diriku sekiranya ada yang berjualan dan terserempak denganku, akan aku support dan beli jualan mereka.
Walaupun aku dibesarkan dalam keluarga yang bukanlah sesenang orang lain, namun bila dibandingkan dengan apa yang aku ada berbanding mereka, terlalu banyak nikmat yang perlu aku syukuri.
Definisi susah bagi aku dulu amat sedikit berbanding apa yang aku saksikan ini. I cant never look at the vegetable the same way again.
Dan betapa aku bersyukur aku ditugaskan disini agar aku belajar menghargai nikmat kehidupan yang aku dapat selama hayat ini.
Maaf, confession aku simple tapi semoga mesej aku sampai. Doakan semoga si penjual dimurahkan rezeki,
Dan ada kisah di sebalik pesakit yang tidak mendapatkan rawatan di hospital: bukan kerana mereka tidak mahu namun masih ada yang tidak mampu. The untold stories.
Salam dari bumi Borneo,
– Syahida (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit