Nikmat Yang Tidak Terhitung

Jam menunjukkan pukul 11.00mlm, kelibat adikku langsung tidak kelihatan.. Bertolak dari Kedah jam 5.30ptg sepatutnya perjalanan hanya mengambil masa 5 hingga ke 6 jam sahaja..tapi disebabkan aku sampai lebih awl, terpaksalah menunggu 2 ke 3 jam walaupun agak mengantuk..

Berbekalkan sebuah buku dapatlah juga jadi peneman. Aku mengambil feel membaca buku di satu sudut bahagian balai ketibaan di tempat duduk paling belakang..Kadang2 mata ni terpandang jga dkt org2 yg mundar mandir, ada yg sedang lena dibuai mimpi…

Tapi mataku terpandang tepat kepada dua susuk tubuh ini, hatiku cuba meneka mereka ni seperti pasangan suami isteri.. Dari raut wajah nya kelihatan begitu penat sekali, macam kecewa pun ada.. Ditakdirkan, pasangan ni mengambil tempat duduk di hadapan aku, mak cik ni toleh ke belakang dan memulakan perbualan dgn aku.. adik ni nak g mana?

Lantas bermulalah stu perjalanan cerita dia yg sgt panjang.. Dipendekkan cerita, aku terpandang satu kertas yg dipegang oleh suami nya, aku meminta izin untuk melihat apa isi kandungan tersebut.. tertera surat daripada Baitulmal Wilayah Persekutuan yg menaja tiket bas mereka berdua untuk pulang ke tanah air. Tarikh sah tiket tu adalah 28hb dan jam sudah menunjukkan 12pagi dan surat itu sudah pun luput atau tidak sah utk digunakan.

Mendengar perbualan mereka yg bercerita ttg isterinya masih dalam pantang baru shaja kehilangan anaknya 19hari yg lalu. Sambil2 bercerita, tangannya sibuk membelek2 gambar anaknya dalam telefon mudah alihnya dari hari pertama anaknya dilahirkan sehinggalah hari anaknya dikafankan. Sudah jatuh di timpa tangga begitulah pepatah yang aku dpt gambarkan.

Isterinya juga sempat bercerita mereka berjalan kaki dari sungai besi ke tbs, sambil2 menunjukkan kaki yg melecet dek kerana berjalan jauh. (kuat betul ibu ini). Sewaktu kami (aku dan isterinya) rancak berbual. Si suami mengeluarkan duit untuk membeli air dan roti. Cukuplah untuk mengisi perut yg kosong dari pagi..Rupanya dari pagi mereka tidak menjamah makanan.

Jam pun dah mnenujukkan 12.30pagi, telefon berdering menandakan adik kesayanganku selamat smpai di tbs ni. Di akhir pertemuan kami, sempat juga kami bertukar no telefon dan bersalaman dgn isterinya, mungkin itulah pertemuan yg terakhir dgn pasangan suami isteri ni. Sempat aku menghulurkan sedikit wang kepadanya. Senyum lebar mak cik tu. Alhamdulillah. Dan hari tu pun berlalu..

Pagi keesokannya 29hb, dipendekkan cerita aku menceritakan hal ni dkt seorang kwan baik aku, dia ckp alahai ko ni kenapa baik sgt bagi duit dkt dia, dkt tbs tu byk sgt pengemis.. Lantas aku terfikir, tindakan aku buat tu salah ke? Aku just biarkan soalan tu bermain di fikiran aku untuk beberapa ketika..Sehingga lah ia terjawab…(kena baca sampai habis)

Disebelah ptg tu adik aku memberitahu ada seorang pak cik yg memberi tumpang utk solat jumaat menghulurkan sedikit wang kepadanya…alhamdulillah rezeki harini..walaupun itulah first perkenalan diorg..

Esok pagi 30hb tu, ktorg ada attend stu program senamrobik, ade text message dari adik, dengan gembira memberitahu aku, kita berdua dpt cabutan bertuah barangan elektrik.. sorang satu.. alhamdulillah..

Petang pada hari yg sama, ada seorang kawan yg baik hati bagi buah manggis pulak.. wah dah la lama mengidam nak makan buah ni.. yelah dekat KL ni kalo kau malas nak cari memang xjumpa.
Again, ade exroomate call bagitau nak bagi buah manggis dengan buah durian.. Menangis aku sebab terharu sgt dpt makan nii..

Sebelah malam tu lebih kurang jam 1030 mlm, parents yg aku mengjar ngaji text ckp nak bagi durian.. ya Allah seriouslah aku rsa terharu sgttt dgn nikmat Allah.. in a day, Allah bagi nikmat yg banyak sgttt..alhamdulillah wa syukurillah..

Sibuk betul aku menghitung nikmat Allah bukan?

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani. (An Nahl: 18)

Ibrah dari kejadian di tbs… Usah kau lihat status org yg diberi sedekah, dia pengemis ke atau sapa2 kerna dia juga seorang hamba Allah.. justeru kita kena ingat ada rezeki org lain dalam rezeki kita. Dan the most important thing is tentang ‘ikhlas’.. x kiralah dari segi apa sekalipun, wang, masa atau tenaga.. buat lah sesuatu itu hanya mengharapkan balasan Allah kerana itulah sedekah yg menjadi bekal di akhirat kelak.

Mungkin ada atau tiada kaitan dgn kisah di tbs tu.. just nak relate the story about the power of sedekah, seperti surah al baqarah ayat 261.

“Perumpamaan org yg menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada stiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yg Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas,Maha Mengetahui..

– Cahaya Pemberianku

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *