Hi Amanda, confessor untuk luahan ‘Yang Hanya Layak Untuk Bermimpi’ (https://iiumc.com/yang-hanya-layak-bermimpi/).
Aku tertarik untuk kongsikan pengalamanku kerana ujian kita serupa, Amanda. Mungkin dari segi situasi kita berbeza, tapi impian kita sama : zuriat.
Serba sedikit background diri, wife yang berkerjaya, dan sudah berkahwin almost 3 years cuma belum dikurniakan zuriat.
Seperti mana orang lain yang sudah berumahtangga, aku dan suami juga tidak terlepas dengan pertanyaan tentang zuriat. Ada yang lontarkan pertanyaan menusuk hati,
“korang lama sangat berdua. Memang taknak anak ke?”
“kesiannya. Sampai sekarang takde anak lagi?”
“kenapa nak honeymoon lama sangat? Nanti dah tua anak baru masuk tadika”
Semua soalan yang tajam menikam, atau pun halus menyakitkan hati, atau lembut sekadar berbasa-basi.. Semua tu sedang aku lalui dengan suamiku.
Jawapan yang kami balas cumalah “belum ada rezeki lagi. doakan ya”. Tidak mahu balas dengan jawapan yang berbaur laser, kerana kami tahu keadaan situasi kami.
Sedikit ringkas perjalanan kehidupan kami. Genap setahun kami berumahtangga, tanda2 hamil masih belum tampak lagi.
Walhal monthly menses aku teratur, bahkan setiap tahun aku buat health checkup tiada tanda sakit apa2. Masuk tahun kedua, aku suarakan hasrat pada suami, untuk consult dengan doktor.
Mula2 dia macam tak ambil endah, dia anggap semua nya normal cuma belum ada rezeki lagi.
Aku berkeras nak jumpa doktor juga. Aku set appointment tanpa dia aware. Hehe. Maaf ya abang.
Sampai je hari appointment, aku ajak dia keluar alasan temankan aku berjalan2. Aku drive ke klinik tersebut, dia terpinga2. Start dari detik ini lah kami consult dengan doktor.
On clomid untuk 3 cycle, masih belum berjaya walhal setiap kali scan telur kemain cantik dan besar2.
Masa ini, suami mula ragu2, dia risau dialah penyebab tiada zuriat. Hatinya mula terbuka untuk lebih serius.
Kami arrange pula fertility checkup untuk aku dan suami di hospital pakar. Seusai keputusan keluar, ternyata aku tersangatlah normal dan kesuburan tahap yang tinggi.
Tapi berlainan dengan suami, dia di diagnos teratozoospermia.
Ujar doktor pakar, tahap penyakit suamiku ini memang susah untuk conceive, even kalau dapat anak pun, berisiko cacat. Wallahualam. Suami ku bukanlah perokok, alcoholic apatah lagi, haram untuk islam.
Dia cuma berkecimpung dalam industri kerjaya yang terdedah dengan chemical yang bahaya, secara tidak langsung memberi kesan pada diri nya.
Maka dari sini lah ujian untuk aku hadapi bermula. Suamiku down. Mungkin kerana ego lelaki, dia tidak tunjuk kesedihannya.
Tapi dari fizikal semua nya jelas, dia mula menjauhkan diri dariku, enggan bekerjasama untuk konsisten makan supplemen, kerap beri alasan busy setiap kali nak arrange next appointment. Bahkan asyik suruh aku cari lain, cuba sakitkan hati aku.
Awal2 aku terikut dengan rentak dia. Aku turut emosi dengan kerenah dia, kadang2 terasa nak hangin juga. Berbulan2 pendam hati.
Aku cuba bawa bersabar, positifkan diri. Hinggalah satu saat, aku dapat peluang slow talk dengan dia. Aku luahkan semuanya.
“Kita bercinta sejak Uni, saat abang sunting jadi isteri, saya cuma berharap agar dapat bersama abang hingga syurga.
Tiada rezeki anak di dunia pun takpe, mungkin sedang menanti di sana. Saya dah cukup bersyukur dan bahagia dengan nikmat yang Allah beri sekarang : abang dan keluarga yang baik2”..
Apalagi. Menangis berderai2 laki aku oi.. Hilang egois dia. Terluah la segala beban dalam hati dia.
Dia terlalu memikirkan mungkin aku bakal tinggalkan dia kerana tiada anak. Dia juga takut dengan pandangan keluarga dan orang sekeliling pada dia.
Bahkan dia sedih setiap kali lihat aku layan anak buah dengan happy, realitinya aku mungkin tiada anak sendiri. Dia down, give up dan takmahu berusaha.
Aku pujuk suamiku. Tiada yang mustahil. Kalau dah tertulis ada rezeki, sakit kronik macam mana pun pasti akan merasai nikmat zuriat itu, yang penting kita usaha.
Alhamdulillah, life kami lebih bahagia, erat dan memahami. Dia bangkit, dia follow semua yang aku arrange kan.
Supplemen on time, regular workout, pemakanan pun jaga. Aim kami sekarang, cuma untuk dia sihat. Aku happy sangat dengan perubahan dia.
InshaAllah next appointment akan fokus untuk rawatan diri nya. Doctor ada sarankan ivf untuk kes kami ini, tapi bagi aku, aku inginkan suamiku sihat dan emosi pulih dahulu. Kemudian baru fikir untuk ivf.
Tipulah kalau hati tak tersentuh tengok orang lain asyik up gambar anak masing2 lincah bermain, ada yang proudly share setiap tahun anak seorang and tahun depan nak tambah lagi, ada yang share moment lepas bersalin, etc.
Its true that socmed boleh beri impak pada emosi. Aku tak salahkan mereka, itu hak masing2 untuk share kebahagiaan mereka.
Jadi main step to always in positive vibes, jauhkan diri dari socmed. Tbh, sekarang memang hati tenang. Lalui life dengan suami lebih bahagia tanpa terganggu dengan surrounding.
Setiap orang mungkin lain2 pendapat. Aku sekadar berkongsi life experience dan aku percaya rezeki juga nikmat Allah itu hadir dalam berbagai bentuk.
Mungkin nikmat zuriat itu bakal hadir pabila sudah sampai masanya. Maaf ter panjang sangat luahan. Kepada pembaca, doakan kami ya. Semoga tahun ketiga perkahwinan kami ini bakal dihiasi dengan zuriat dengan izin-Nya.
– TTCian (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit