Nikmatnya Musibah

Assalamualaikum semua. Hai, saya kenalkan diri saya. Nama saya Nur umur 27 tahun dan sekarang menetap di sebuah kampung di hulu langat.

Ok baiklah, berkaitan dengan tajuk saya mesti anda semua tertanya apa yang nikmatnya musibah.

Disini saya ceritakan. Pada tahun 2017, saya bekerja disebuah syarikat swasta yang mana keadaan syarikat tu sangat la toksik dan admin tempat tersebut suka sangat mencanang cerita pasal saya.

Saya kalau bab kerja saya sangatlah tidak suka o.t. Saya suka balik awal dan setiap hari tepat pukul 5.30 petang saya akan punch out untuk balik dan setiap kali tu la admin tu akan cakap,

“hai akak balik awal, buat la o.t. dapat duit lebih.. Nurul ni banyak lagi kerja tak siap. Tolong la buat surat2 site visit ni” tapi saya hanya senyum dan mengatakan maaf tidak dapat membantu.

Dan masa pon terus berlalu sehingga tahun 2018 yang mana baru saya tahu selama saya kerja disana patut la semua orang tidak suka saya malah memanggil saya pelacur, manusia Allah laknat, babi dan macam2 lagi.

Rupanya admin ni selalu bercerita buruk dibelakang saya serta selalu up status fb tentang saya tapi tidak menyatakan nama sehingga boss ditempat kerja saya selalu marah2 saya tanpa sebab dan selalu menaikan gaji admin padahal admin tidak pernah siapkan kerjanya waktu yang tepat.

Saya tidak dengki tapi saya pelik bila selalu sangat saya kena marah secara tiba2 dan bila ada meeting syarikat boss saya tidak pernah paggil saya untuk join malah dibiarkan saya seorang diri diluar bilik meeting sementara yang lain semua dalam bilik meeting,

Dan apabila saya masuk, boss saya akan minta saya keluar kerana beliau mengata urusan yang dibincangkan tidak berkaitan dengan saya apabila habis sahaja meeting admin tersebut akan kata,

“Ni list yang dalam meeting boss suruh buat.. nanti boss nk jumpa..” dan masa ni saya terkejut serta terkilan. Mula2 kata tidak perlu saya masuk dan tiba2 list kerja kena buat diberi melalui orang lain dan saya bertahan sambil mencari kerja lain.

Tidak lama kemudian, boss memanggil saya dan mengatakan saya bermasalah kerana admin kerap memgadu saya tidak membantu kerja admin malah hanya menyiapkan kerja saya dan pulang tepat waktu balik tanpa menghirau admin bertungkus lumus menyiapkan kerjanya sendiri.

Ok guys. Waktu kerja 8.30 pagi – 5.30 petang.. Rehat 1 petang – 2.00 petang.. Jika datang kerja pukul 8.30 pagi tapi makan brekfast sambil menonton neflix di office sampai pukul 12 tengahari dan kerja 1 pon tak jalan..

Dan bila waktu rehat kami rehat sekali.. Habis waktu rehat layan plak tonton sampai 4.30 petang dan bila 4.30 petang baru nak buat kerja. Bila nak siap kerja on time dan perlu ke saya bantu? Sedangkan masa yang ada disia2 kan.

Dan saya pula 8.00 pagi dah terpacak depan komputer pejabat siapkan kewangan syarikat, key in gst, check invoice, settle payment, keluar pergi KWSP settlekan KWSP syarikat..

Settlekan pinjaman2 staff, kira gaji, semak AL, semak MC, buat D.O P.O INVOICE., check resit2 project, kira aliran tunai syarikat, kemas kini profile e perolehan, kemas kini statement syarikat, call orang2 berkaitan, follow up payment, follow up projek under saya.

Dan saya akan pastikan kerja saya siap sebelum 5.15 petang untuk saya kemas2 meja serta semak balik kerja2 yang perlu saya buat esoknya. Perlu ke saya turun ke site. Pergi ke tempat site. Dan saya atur setiap hari kerja saya..

Tapi boss ssya tidak pernah nampak. Yang boss nampak hanyalah kesalahan saya yang saya sendiri tidak tahu apa.

Bila saya tanya boss.. Saya cuma akan dibalas, “hang buat kerja elok2.. Jangan nak curi tulang sangat kalau ada kerja banyak jangan tangguh buat esok.. Siapkan hari ni.. tak apa Kalau o.t.” Allah macam kena hempap batu bila kena amcam ni.

Tengah tahun 2018 saya berenti..

Masa tu memang saya tak dapat sebarang kerja, saya dah tak dapat bertahan bila semua orang tidak bercakap dengan saya malah semua staff lelaki mula bercakap kasar dengan saya dan tidak pernah melayan wasap kerja saya dan menyebabkan kerja saya tertangguh.

After 5 hari menganggur.. Alhamdullillah saya dapat panggilan dari sebuah sekolah dan ditawarkan jawatan guru sekolah menengah di hulu langat. Dan saya sangat bersyukur sangat.

Masa mula2 berenti saya kerap dapat panggilan dari orang2 yang saya pernah berurusan dan bila saya mengatakan saya sudah tidak berkhidmat lagi dengan syarikat tersebut, mereka terkejut dan akur sahaja bila terpaksa berurusan dengan admin syarikat lama saya.

Selepas 2 tahun saya meninggalkan syarikat tersebut saya terserempak dengan admin syarikat itu. Mula saya buat tidak tahu tapi dia menghampiri saya dan meminta maaf..

Dia juga ada mengatakan selepas saya berenti keadaan menjadi kelam kabut serta semua kerja2 menjadi tertangguh sehingga dia tidak sempat makan waktu rehat dan selalu pulang lambat dan penat.

Boss juga dah hire akaun baru tapi akaun baru itu tidak dapat siapkan kerja waktu yang ditetapkan menyebab dia pon turut kena marah dengan boss. Dan dia juga bergaduh dengan akaun baru sebab akaun baru kata dia mulut jahat.

Sejauh mana kebenaran saya tidak pasti. Saya cuma diam sahaja bila dia bercerita dan tidak menjawab bila dia bertanya saya kerja dimana dan kenapa block wasap semua orang office lama serta fb mereka. Itu pon saya hanya diam.

Boss juga ada menghubungi saya untuk kembali bekerja dengan syarikat beliau tapi saya menolak dengan baik dan saya bahagia dengan kerja sekarang yang mana saya tidak perlu berhadapan dengan rakan kerja yang toksik serta kaki jilat seperti dia.

Dan sepanjang saya bekerja disana saya tidak pernah mengambil cuti atau mc serta tidak pernah lewat dan saya juga tidak pernah naik gaji seperti admin setiap 4 bulan sekali naik gaji walaupon RM50.

Sedangkan saya kerja lagi lama dari dia tapi gaji saya tetap 1.2k dapat survive pon sebab ada buat tempahan menjahit baju jubah baju2 raya baju fesyen.

Saya juga selalu dipulaukan jika ada event syarikat serta jika berkumpul ramai2 saya selalu diabaikan atau dimarah dengan boss depan orang ramai.

Pernah sekali waktu ifftar syarikat.. saya bèrtanya boss tarikh sebenar syarikat bercuti hari raya sebab saya perlu membeli tiket bas dan mahu menyiapkan kerja awal.

Tapi saya ditengking depan orang ramai dan dimalukan pula dalam group wasap oleh boss. Bukan itu sahaja, Admin pernah cakap dekat saya,

“Nurul kalo nurul tak suka orang itu.. nurul bagitau boss.. boss pasti buang orang tu.. tak kira la orang tu orang lama ka orang baru.. boss bagi semua yang nurul nak”

Saya hanya terdiam dan bermula dari situ la saya bekerja dengan diam tanpa bercakap dengan orang jika tidak berkeperluan dan mula mencari kerja baru.

Dan disebabkan musibah serta kejadian buruk yang menimpa saya. Allah kurniakan saya kerja yang mulia serta kenaikan gaji yang tidak pernah saya rasa semasa disyarikat lama. Dan gaji permulaan saya juga 2x ganda dari gaji syarikat lama.

Jika dulu saya selalu kena marah. Sekarang di tempat baru saya dapat jawatan penting iaitu ketua Guru Panitia Matematik (ada elaun untuk ketus panitia) dan selalu perlu terlibat dengan meeting serta rakan2 saya pon masing2 sangat baik serta tidak bercakap belakang2.

Dan saya pon tidak perlu lagi takut untuk pulang awal dan dapat merasa kenaikan gaji tiap2 tahun sebab perform dalam kerja.

Jangan bersangka buruk dengan Allah. Sabar menempuh ujian dan jangan jadi macam orang2 yang menyakiti kamu.. Dalam doa.. doakan mereka sentiasa bahagia.

– Hamba bersyukur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *