Hai, saya Sakura berusia lewat 20an dan merupakan seorang penjawat awam dan masih belum berkahwin. Disini saya ingin menceritakan perihal teman lelaki saya iaitu Aiman.
Aiman seusia saya dan perkenalan kami sudah masuk 3 tahun, dalam tempoh 3 tahun ini memang saya dan Aiman ada berbincang untuk mendirikan masjid seperti mana orang lain memandangkan kami berdua pun nak masuk ke 3 series.
Tapi masalah sekarang adalah Aiman selalu merasa hal-hal perkahwinan ni adalah mudah dan kalau boleh dia nak mudah untuk semua urusan kahwin ini.
Aiman mempunyai sebuah bengkel motosikal dimana dia bekerja sendiri untuk bengkel nya dan pendapatan harian nya bergantung kepada kerajinan dia bekerja.
Ada hari memang Aiman malas ke bengkel dan membuka bengkel di waktu yang lewat. Ada hari terajin Aiman akan membuka bengkel sampai lewat malam, atas alasan nak cari duit lebih. Itu pun kalau dia rasa dia perlu duit baru akan rajin.
Baru-baru ini Aiman ada berkongsi cerita mengenai belanja kahwin 1k yang viral di Facebook. Katanya mudahkan kalau boleh kahwin dengan 1k ja, tak perlu majlis segala, buat yang wajib sahaja cuma perlu ada duit 1k ja.
Berkali- kali dia tekan kan dengan nilai 1k itu dalam ceritanya. Tapi saya sememangnya tak setuju dengan Aiman, saya tak suka Aiman ikut cara orang lain dalam urusan perkahwinan ini.
Bila ditanya sekarang dia ada tak 1k tersebut, dia kata belum ada. Sedangkan 1k pun Aiman tak mampu nak adakan macam mana dia nak ikut cara kahwin orang lain.
Saya menyuruh Aiman kumpul dulu duit semampu mungkin dan mesti melebihi 1k baru la boleh berkahwin. Usaha dulu baru tau mampu tak mampu, jangan cakap kosong jangan buat mudah untuk semuanya.
Menjadi pergaduhan antara kami disebabkan cerita 1k ini.
Bagi saya untuk urusan wajib sekali pun tak mungkin nilai nya hanya 1k dengan keadaan ekonomi semasa sekarang semestinya akan melebihi nilai 1k.
Kata Aiman sekiranya ada perempuan yang sanggup susah senang bersama dia dan setuju dengan nilai 1k tersebut, memang dia akan kahwin dengan perempuan tersebut tanpa banyak bunyi. Sakit pulak hati saya bila dengar ayat ini.
Aiman ini tidak kedekut sepanjang saya berkawan dengan dia, kalau tengah ada memang dia selalu belanja saya tapi ada kala nya dia meminta- meminta saya untuk belanja dia seolah-olah saya ini tak pernah pula belanja dia. Akan tuntut sampai dapat.
Sekarang ini saya rasa macam nak stop sahaja hubungan ini. Saya tak suka Aiman yang tak nak berusaha untuk kami berdua, bukan dia tak ada duit tapi dia tak mau kumpul segala duit itu. Kalau boleh nak belanja semua.
Tapi bila urusan kahwin nak berjimat-cermat nak bersusah senang…
– Sakura (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Untuk sis sakura, saya menyokong sepenuhnya kalau sis rasa menamatkan hubungan dengan aiman adalah jalan terbaik. sebagai orang luar yang tidak dipengaruhi perasaan cinta terhadap aiman (yg might blind your judgment bcs you do have feelings for him). ini redflags yg saya boleh list downkan utk sis based on cerita yg sis sendiri tulis :-
1. 3 tahun perkenalan yang tiada hala tuju.
– kalau betul aiman serious nak memperisterikan sis sakura, dia sendiri yg akan step up and be a man untuk cuba jadi provider/ breadwinner for your future family. 3 tahun perkenalan dan 1k pon tak berjaya simpan? kalau dia hanya mampu simpan 100 sebulan pon setahun dah dapat 1200. apa yang dia buat sepanjang 3 tahun tu?
2. dia tidak mencari isteri, hanya mencari bibik
– bila aiman keep on highlighting “nak kahwin budget 1k” & “susah senang bersama”, kat sini dah nampak what kind of man he is. wanita zaman sekarang kebanyakannya semua independent dan ada kerjaya dan wang sendiri, jadi, logically, once you have achieved a certain level in life, why would you bring yourself down just for the sake of a man who’s not ready to be a man yet? ramai lelaki salah guna ayat susah senang bersama tu. maksud ayat tu bukan ajak bini redha je dgn kesusahan tu, tapi maksud sebenarnya ialah bila kita dah berusaha dan give our maximum efforts tapi kalau masih belum rezekinya, bersabarlah dan harungi la susah senang bersama tu. bukannya ajak bini hidup susah dan mengharap rezeki datang bergolek tapi tiada usaha. pastu suruh redha. kat sini dah jelas dia sendiri tak mendalami agama dia.
3. trust your instinct
– deep down bila sis sakura decided to post ur story here, your mind already accepted what your heart cant, sebab pernah ada rasa sayang so thats why sometimes it will cloud your judgement sebab 3 tahun bercinta tu lama, bukan 3 hari, part of you live with him. & sis sendiri almost entering 3 series, sis pon tahu alam perkahwinan bukan main-main and it’s better to marry late than marrying wrong. A man’s frontal lobe dah fully developed when they reach 25, so apa yg dia potray itulah diri dia yang sebenar. you cant change a man who doesnt want to be change. and personally i feel that you’re a mature young women who knows what she wanted in life, jadi ingat satu ayat yg saya pegang sampai harini “your self respect has to be higher than your feelings” . dont take lightly hints2 yang Allah dah tunjuk for you. take a break and re-evaluate the situation and asked urself is this how you wanted to be love for the rest of your life?
May Allah ease ur journey and pertemukan sis dengan jodoh yang selayaknya.
Maksudnya kita jgn kawin langsung selagi tak jumpa lelaki baik? Lelaki baik dn bertanggungjawab bukan semua perempuan dapat… Hurmm
Maksudnya kita jangan kawin langsung selagi tak jumpa lelaki baik? Lelaki baik dan bertanggungjawab bukan ramai pun, kalau ada pun tak semua perempuan dapat..
agree with u, L
Anggaran mahar rasulullah dalam 480 dirham/ rm5k
1K pun xder….tayah nak terpaling ‘susah senang bersama’. dia sorang pun dah nampak haprak sangat dah tu. jenis ni….dah kawen cepat2 nak ada anak, sebab nak tunjuk ‘jantan’, last2 hg jugak nak kena tanggung nafkah family. tayah….next!
Nak susah senang sama-sama ?
Please don’t. I grew up with parents that expected me to do that. I can’t choose my parents but you can choose your husband.
So do yourself a favor and please be smart. Dah 3 tahun, 1K pun tak ada. LOL. Hilarious. Ridiculous.
admin ni aku perati jer. komen org lain yg murni2 ja yg dia approve. apa masalah admin? ayat2 harsh sikit mmg tak boleh? kena ayat2 lembut, murni2, sopan santun ja yg boleh lepas?
dah boleh stop…cari laki lain..lelaki yg xde visi dan misi..
SETUJU !!!
Belum kawen tinggalkan je. Tak nampak effort langsung. Kang da kawen tak pasal2 kena tanggung biawak.
jangan kahwin
Girl you work hard nak senangkan diri sendiri kenape kita nak kawen dan susahkan diri kita? Dah nampak situ bakal biawak hidup tu… Xyah teruskan… Dia nak awk sbb awk keje gov je tu…