Salam semua,
Aku memang follower tegar iium confession even aku bukan ex student iium. Sejak2 dua tiga hari ni, aku banyak terbaca pasal confession untuk budak2 fresh graduate. Dan aku terasa nak share pengalaman dan pandangan aku juga dalam permasalahan ini. Diharap ia serba sedikit dapat bagi adik2 fresh graduate gambaran sebenar alam pekerjaan. Satu yg adik2 kena tahu realiti ini, alam belajar & alam pekerjaan adalah dua alam yg sangat berbeza. Persediaan mental dan fizikal memang sangat2 berbeza. Pegang pada realiti ini sudah cukup untuk menjadikan korang seorang fresh graduate yg berpijak pada bumi yg nyata di Malaysia ini Believe me!
Meh sini aku cerita kisah aku yg juga ex fresh graduate 2 thn lepas.
Aku habis belajar bulan jun 2014 dan konvo bulan nov 2014. Antara tempoh jun-nov 2014 tu aku dah start hantar resemu dekat macam2 tempat. Jobstreet dah jadi mcm peneman setia aku time tu. Semua tempat yg aku dengar ada tempat kosong, semua aku apply. Malangnya, satu pun rezeki aku tak sangkut utk pergi mana2 interview. Nak kata aku bodoh? Tak juga sbb cgpa aku 3.54. Nak kata degree aku tak laku? Tak juga sbb aku degree holder in accountancy. Nak kata kawasan aku tak byk peluang kerja? Tak juga sbb aku duduk di tgh2 KL. Nak kata aku x cukup softskill? Dalam resume tu adalah juga aku tulis pegang jwtn dalam persatuan itu ini.
Nampak tak? Ini kisah dua tahun lepas pun aku dah alami dilema macam ni? Apatah lagi sekarang kan?
Berbalik kpd kisah aku tadi, disebabkan ayah aku pun dah pening tengok aku, maka disuruhnya aku pergi drop resume dekat setiap company. Nak tau mcm mana cara ayah aku suruh buat? Dia suruh aku ketuk2 setiap pintu tanya ada kerja kosong x yg sesuai dengan degree aku ni. Dan dalam hati aku? what the fishhh? takkan aku kena buat mcm tu? Malu kot nak buat mcm tu. Tapi dah ayah aku paksa, aku pergi jugak. Tempat pertama yg aku pergi dekat wisma sentral (sblh klcc tu) . Situ byk gilaa audit firm dgn law firm. First2 tu aku mmg nervous nak mati kena ketuk pintu bagai, tanya ada kerja kosong ke x. Rasa mcm nak lari. Ayah akulah tlg ketuk pintu, lps tu bila org bukak pintu ayah aku lari. Hahaha. Nak taknak aku juga kena buka mulut. Nak tau apa yg plg memeranjatkan aku? Company pertama yg aku ketuk terus panggil aku masuk utk iv. Happy oiii time tu! Lps iv kt comp tu, terus semangat aku berkobar2 ketuk semua pintu. Antara jam 2-5 ptg aku g situ, ak dpt 4 iv! kau bygkan x mcm mana seronok dia tu? Lepas tu esok2 nya dua comp yg dah iv aku panggil aku kerja. Maka secara rasminya, pada 1 nov 2014, aku memulakan kerja aku sebagai account cum audit assistant dengan gaji Rm1800.
Walaupun comp ni kecil, tapi pengalaman aku dapat tu sgt2 berharga. Disebabkan comp ni buat account, audit, tax dan comp secretary maka aku boleh belajar semua benda. Dari A-Z. Mcm first aku ckp tadi, alam belajar dgn kerja lain? Meh nak story. Bila 1st masuk kerja, kau akan terasa macam loser gila! Tiba2 rasa blank, tiba2 rasa mcm aku tak ada knowledge lgsg dalam bidang tu padahal dah 4 thn belajar dekat u. sebulan pertama, aku rasa down gila. sebabnya apa yg buat time kerja, 80% berbeza dari apa yg aku belajar. Aku mcm terpaksa bertatih dan belajar semua balik dari mula. Cuma kelebihannya, basic2 term tu aku taulah jugak sbb pernah belajar dan dengar. Time ni lah aku mmg struggle gila belajar semua benda dengan senior aku. apa yg aku xtau aku tanya dia. Sampai 1 tahap aku rasa dia pun malas nak jawab. Hahaha.
Bulan ke dua, aku rasa mcm miracle bila aku mampu siapkan audit 1 company ni. Time tu hanya tuhan je tau perasaan aku. 1 kepuasan yg memang aku tak dapat beli dan cari dekat mana2. Bila client call deal dgn aku, dan aku closed deal rasa itu satu pencapaian hebat aku bg dekat company. Yg penting, pembelajaran aku tak habis dekat sini je. Mana yg aku tak tahu, direct aku terus tanya senior aku. Pasal gaji, dari mula aku kerja memang gaji aku tak nak naik2. Tu juga salah 1 sebab aku decide nak tukar kerja.
Lepas 6 bulan aku kerja, aku decide nak tukar kerja sbb tak larat nak naik bus dari klcc balik rumah aku. dengan padatnya org dlm tu, bangla semua ada tak payah ceritalah. Aku decide nak kerja dekat2 area rumah aku.
Nak dipendekkan cerita, aku dapat kerja dekat area rumah aku. Kali ni aku kerja sebagai account executive dengan starting gaji rm2100. Company ni buat construction. Bila aku join company ni, aku boleh cakap akaun comp ni sgt2 messy dan teruk. Cuma ada sorg je staff buat akaun time tu. Staff tu pun lebih fokus buat cheque, g bank bagai. Tak ada masa nak ajar2 aku ni. Bila aku masuk, mcm2 aku terpaksa ubah ikut situasi company ni. Dekat sini, tahap struggle aku lg tinggi! Semua benda aku kena buat dan belajar sendiri. Tak de dah senior2 aku nak tolong ke apa. Kalau dulu ada jugak senior aku backup2. Dan akaun company dah 3 tahun tertunda. Bayangkan semua aku buat sendiri. Dari situ permulannya aku jadi sgt2 independence dengan segala langkah dan keputusan aku. Aku buat ot, tak dapat claim aku x kisah. yg penting gaji aku byar on time dah cukup bg aku! segala effort aku all out aku bg dekat company ni. Aku dah aim nak stay dekat sini at least dua tahun sblm jump tempat baru. yg best comp ni, waktu kau flexible. kau lambat 15 mnt pun xde bos nak maki2, kau mc pun xde bos nak marah2 sgt, nak solat pun senang. Tapi prinsip aku simple, apa yg comp bayar tu yg aku patut bg balik. Aku lambat masuk 15 mnt, ak ganti balik lambat 15 minit. yg penting keberkatan kerja penting!
Sekarang dah 1 thn 5 bln aku kerja company ni. Dan segala hal berkaitan dunia akaun, audit, tax, gst semua aku tau. Gaji? Gaji aku sekarang dan Rm2700. Atas effort aku, aku rasa aku layak dengan nilai itu. Bukan nak mendabik dada/berlagak tapi aku cuma nak bagitahu yg pengalaman kerja tu takkan boleh kutip tepi jalan hatta dari lecturer korang pun. Pengalaman tu sesuatu yg kau kena rasa. pengalaman tu sesuatu yg kau sendiri cari. Pengalaman tu kau yg kejar dia. Bukan dia kejar kau. Percaya cakap kau, kalau pengalaman tu dapat dari hasil usaha sendiri, manisnya kau akan bawa sepanjang hidup kau dan kau akan guna walau dimana pun kau akan berada.
Apa hasil aku dapat sepanjang 2 tahun aku kerja?
1- Aku dah ada kereta.
2- Aku bebas personal loan/credit card, cuma ada ptptn dgn loan kereta je.
3- Aku dapat melancong ke uk & europe.
4- Tak lama lagi, aku dalam plan nak beli rumah.
5- Aku boleh shopping meriah2 mcm org lain.
6- Aku ada savings.
Nilai gaji tu hanya hanya akan kekal nilai atas kertas saja. Cukup/tak gaji kau semua bergantung atas keberkatan gaji kau. Gaji kau sikit, tp berkat kau akan rasa cukup serba serbi. Gaji kau byk, tp tak cukup serba serbi, kau kaji balik mana silapnya. Next confession aku akan cerita mcm mana nak servive dgn pancaroba dunia hari ini dan mcm mana aku boleh saving sbln rm600 dengan gaji aku rm2700.
Jadi nasihat utk adik2 bakal fresh grad:
-Jangan malu utk mula dari bawah sbb masa depan korg bermula dari mana kau bermula.
– Jangan takut utk cuba cara yg berbeza dari org lain sbb mungkin kau akan jadi lain dari yg lain.
– Jangan takut gaji sikit sbb gaji besar bermula dari gaji yg sikit tu.
– Jangan takut untuk belajar sbb pembelajaran takkan pernah berhenti.
-yang penting, sila berpijak di bumi nyata. Jangan terpengaruh dengan org lain sbb jalan cerita hidup diorang takkan pernah sama dengan korang.
-Cari keberkatan walau dimana korg berpijak sbb kerbekatan yg akan menentukan kau akhirnya jadi manusia atau tidak.
-Nilai gaji, nila degree itu hanya kekal nilai dalam kertas. Keberkatan dan pengalaman membezakan nilai tersebut.
Aku doakan adik2 semua capai apa yg korang nak. Tak salah bermimpi asalkan, mimpi kau disertai dengan usaha. Doakan aku dapat kerja baru sebab aku nak beralih arah ke sesuatu yg lebih baik.
P/S: Maaf kalau de yg tertypo sbb aku nak cepat pergi masak utk adik2 aku.
– Sis gojes
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit