Salam semua,
Alhamdulillah, aku tak sangka confession yang aku share semalam mendapat reaksi yang agak memberangsangkan. Tak sangka bakat aku dalam menulis masih ada. Hehe. Namun begitu, confession aku tak lari juga dari mendapat respon negatif. Aku terima segala kritikan, cadangan, komen dengan hati yang cukup terbuka. Sebelum aku sambung dengan confession part 2 ini, aku akan cuba jelaskan beberapa isu yang mungkin menyebabkan korang yang membaca terasa tidak senang dengan confession aku semalam.
Isu pertama, ada yang cakap wujudnya unsur riak/ujub/takbur/bangga diri dalam confession aku semalam. Maaf aku ucapkan. Demi Allah, saat aku menaip confession semalam tak terdetik langsung dalam hati utk bg korang terasa yang aku riak dalam bercerita. Mungkin khilaf aku sendiri tidak menjelaskan secara lebih detail. Aku nak korang tahu, yang segala aku confess semalam hanya sekadar niat untuk menginspirasikan bakal2 fresh graduate diluar sana. Maaf sekali lagi kalau masih ada yang terasa riaknya aku. Aku harap baca confession aku dengan hati yang terbuka.
Isu kedua, ada yang cakap boleh saving rm600 sebulan sebab aku duduk dengan parents. Yes, aku memang duduk dengan parents. Tapi aku duduk dengan parents yang memerlukan hampir 50% perbelanjaan rumah ditanggung aku. Dibawah nanti aku akan cerita lebih lanjut.
Isu ketiga, 3,54 masih bayar PTPTN? Yes, sebab universiti aku 3.54 bukan dikira sebagai ijazah sarjana muda kelas pertama.
Dah ready nak dengar cerita aku part 2 yang aku janjikan dalam confession sebelum ni? Tapi, aku harap korang baca dengan hati terbuka. Aku ingin jelaskan sekali lagi, tiada istilah riak dalam penceritaan aku. Jika ada, aku mohon maaf siap2 dan anggap ia datang dari khilaf aku sebagai manusia biasa. Tujuan aku hanya untuk bagi bakal2 fresh graduate terinspirasi dari kisah realiti aku. Bukan kisah dongeng.
Sebelum aku cerita, izinkan aku bercerita secara ringkas tentang diri aku. Sebab dari pengenalan ringkas ni nanti korang akan tahu kenapa dan mengapa aku kena bayar itu ini.
Aku berumur 25 tahun dan belum kahwin. Aku datang dari broken family. Aku anak sulung dari 7 beradik. Seorang lelaki dan 6 perempuan. Adik aku yang bongsu umur 5 tahun. Adik lelaki aku dah kerja, tapi dia memang tak pernah ambil kisah hal kitorang. Seorang adik aku belajar di universiti dan 3 orang masih bersekolah. Ayah aku kerja sebagai driver teksi. Ya, punca rezeki ayah aku pun tergugat kerana wujudnya uber & grab car. Tapi, ayah aku bijak. Kadang2 ayah aku gunakan kereta aku untuk diuberkan. Haha. Walau pun family aku tak macam orang lain, tapi alhamdulillah aku masih waras untuk berdiri pada paksi yang lurus. Dan aku akan pastikan adik2 aku tak terkesan dari apa yang berlaku. Kebahagiaan adik-adik aku menjadi keutamaan aku. Masalah apa yang berlaku, tak perlu diceritakan kerana itu bukan sebab utama aku confess disini. Aku seorang yang suka shopping. Aku sangat gilakan baju, tudung dan kasut. Aku jenis perempuan yang bermake up. Aku berani cakap, maintainance diri aku agak tinggi. Tapi macam mana aku boleh berjimat? Nanti aku ceritakan dibawah.
Dah jelas pasal aku? Ok, sekarang jom kita tengok macam mana aku menguruskan perbelanjaan bulanan aku. Tips aku boleh digunakan oleh korang juga. Antara suami-isteri, parents-anak, kawan2 serumah. Cuma, korang ubah mengikut kesesuaian situasi masing-masing. Dimana penggunaan tips ini, hendaklah dibahagikan secara sama rata antara individu terlibat. Contoh macam aku, dalam rumah tu ayah & aku sumber utama keluarga. Jadi 50% belanja dibahagi samarata antara aku dan ayah aku.
Dalam pengurusan perbelanjaan dari gaji tetap aku ni, aku bahagikan kepada 3 bahagian.
1-Komitmen tetap- Benda sama yang memang kena bayar tiap2 bulan2.
2-Komitmen berubah- Benda yang kena bayar/belanja tiap2 bulan, tapi amaun dia boleh di ubah-ubah.
3- Saving- Simpanan untuk jangka masa panjang dan pendek. (Tetapkan dulu apa matlamat jangka masa panjan & pendek korang).
Contoh macam aku, jangka pendek untuk roadtax & travel. Jangka masa panjang untuk saving tabung haji/asb/unit trust dll.
*Matlamat jangka masa panjang dan pendek aku rasa tak perlu aku ajar. Sebab itu benda basic yang semua orang patut ambil tahu.
TIPS PERBELANJAAN/bulan (RM2700 BASIC SALARY)
RM2400 (ANGGARAN GAJI BERSIH LEPAS TOLAK EPF & SOCSO)
1) Komiten tetap.
a) Kereta- RM505
b) PTPTN- RM166
c) Sewa rumah- RM400
d) Astro- RM44
e) Parents- RM150
2) Komitmen berubah.
a) Belanja barang kering bulanan- RM400
b) Minyak kereta- RM120
c) Topup- RM30
d) Miss/other- RM50
3) Saving- RM500-RM600
a) Roadtax/maintainance (hujung thn) – RM100
b) Tabung haji- RM200-RM300
c) Reward (shopping branded/travel)- RM200
Meh aku huraikan setiap satu secara ringkas item2 perbelanjaan diatas:
Komitmen tetap- Rumah yang aku duduk sekarang tu adalah rumah sewa. Jadi, untuk ringankan beban ayah aku, maka aku ambil alih bayar. PTPTN & kereta tu aku sendiri punya. Astro aku sendiri yang langgan sebab adik aku yang kecil suka tengok kartun. Parents korang wajib bagi tau walaupun sedikit.
Komiten berubah- aku dah deal dengan ayah aku, barang dapur kering memang aku beli. Jadi setiap hujung bulan, aku pergi tesco/giant borong siap2 semua barang2 kering macam beras, minyak, telur, tepung, gula, dll. Barang basah macam sayur, ayam, ikan, udang dll tu ayah aku akan beli tiap2 hujung minggu. Kenapa minyak aku sikit? Sebab aku pakai axia. Full tank rm40 tahan hampir 2 minggu sebab aku bukan jenis yang suka melepak. Aku suka duduk rumah main game, layan k-drama, memasak, baking. Topup memang rm30/bulan sebab aku tak ada nak call/bergayut dengan orang pun. Call/msg benda penting saja. Nak main internet aku guna wifi rumah. Miss/other, incase aku nak pergi makan luar ke, wayang ke dll.
Savings- Aku suka travel sgt, jadi aku agihkan savings aku untuk travel. Kalau korang tak suka travel, masuklah duit travel tu dalam tabung haji/asb/unit trust korang.
Sebelum aku diserbu dengan soalan2 cepumas, aku akan jawab kemungkinan2 soalan yang akan korang tanya dekat aku.
-Habis apa ayah aku bayar? Ayah aku bayar bill, wifi, barang basah & belanja2 asrama/sekolah adik2 aku.
-Boleh ceritalah, bill ayah aku bayar? Dah cakap tadikan, ni perbelanjaan kena dibahagi samarata. Sesuaikan ikut situasi masing-masing.
-Aku tak makan ke dekat ofis time lunch? Mestilah aku makan. Matilah aku tak makan. Cumanya, aku tiap2 hari bawa bekal sebab aku tak suka keluar waktu lunch. Tambahan pula, memang tiap2 pagi aku masak untuk family aku. Adik2 aku pun suka bawa bekal. Jimat!
-Tadi aku cakap, aku ni high maintainance? Mana dapat duit nak beli baju baru, alat makeup semua? Untuk hiburan diri aku, aku akan buat kerja part time. Sebab weekend aku ajar budak2 tuisyen. Sebulan dapat dalam rm200-rm400. Lepaslah aku nak beli baju baru dengan alat make up. Time raya, aku ambil tempahan buat kuih raya. Kadang2 aku ikut boss pergi oustation. Hujung bulan dapat allowance. (TIPS BIJAK: Kalau korang high maintainance macam aku, rajin2kan buat partime job) Aku single lagi, tu masa aku banyak.
-Tak bosan ke tak lepak2 semua? Tak, sebab aku memang tak suka lepak. Aku suka tidur. Haha.
-Kau ni kera sumbang ke? Kalau kwn aku ajak keluar, aku on je. No problem.
Aku rasa setakat ini sahaja confession aku. Aku harap tips2 aku dapat digunakan secara berhemah. Sesuaikan ikut situasi masing-masing. Aku tak kata tips aku terbaik untuk korang, tetapi ini mungkin terbaik untuk aku. Kalau rasa tak suka tips aku, abaikan sahaja sebab tiada paksaan disini.
Lagi sekali aku pesan dekat bakal fresh graduate, jadilah seorang fresh graduate yang berpijak pada bumi nyata. Boleh disulami dengan mimpi indah, tapi pastikan korang tahu macam mana untuk capai mimpi indah itu. Aku suka travel, aku perempuan high maintainance, tapi fikiran aku mungkin agak berbeza dari sudut pandangan orang lain. Belajar erti syukur kerana keberkatan datang dari erti syukur itu. Cari dan gali pengalaman kerana itu yang membezakan korang dengan orang lain nanti. Jangan pernah berhenti belajar sebab ilmu itu terlalu luas. Jangan berlagak, riak, takbur, sombong sebab kita semua manusia yang lemah. Kalau tiba2 terasa seperti lupa daratan, pandang semula dimana waktu kau berada mula2 dulu. Adik fresh graduate, jangan risau pasal kerja sebab bumi Allah ini terlalu luas untuk dipersiakan. Rezeki korang akan ada, membezakannya hanyalah waktu sahaja. Jaga hubungan dengan Allah, pasti hubungan korang dengan manusia akan terjaga. Solat, derma, mengaji, puasa jangan pernah tinggal kerana itu juga punca rezeki masuk.
p/s: Berkat aku menginspirasikan korang semua semalam, pagi tadi boss cakap nak naikkan gaji aku hujung bulan. Alhamdulillah. Dan aku nak cari 2 orang account assistant (KL area). Kalau korang rasa nak kerja, drop email dekat bawah. Nanti aku personally email korang minta resume. Nak aku sambung part 3?
(maaf kalau gaya bahasa/ejaan aku tak cantik. aku menulis waktu rehat tadi).
– Sis gojes
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit