Nineveh

Nineveh ni, kalau ikut buku yang aku baca, ia adalah sebuah bandar di utara Iraq, tempat lahir, membesar dan bermulanya dakwah Nabi Yunus.

Tapi Nineveh dalam confession aku ni, bukan bandar Nabi Yunus tu.

Nineveh dalam kisah aku ni merujuk kepada seekor kucing berwarna coklat cair yang jumpa masa aku pulang dari tadika.

Aku seorang guru tadika, berusia 30 an dan sedang sambung master secara part time.

Aku saje je nak confess, sebab sejak aku jumpe Nineveh, aku rasa hidup aku macam jadi pelik.

Jangan risau ini bukan cerita mistik, cerita hantu ke apa, just cerita yang sedikit aneh. Sedikit je.

Aku nama kan kucing coklat tu Nineveh sebab, malam sebelumnye tu aku dok prepare kisah Nabi Yunus untuk story time bersama bebudak tadika, so aku first time dengar nama – The city of Nineveh.

Aku rasa nama tu unik lantas secara sesuka hati aku letak je kucing coklat tu dengan nama Nineveh.

Okay back to kisah pelik Nineveh.

Aku terserempak dengan si Nineveh ni masa aku park kereta tepi warung kedai yang biasa aku singgah. Nineveh tengah jilat kaki die bebetul kat tepi pintu kereta aku. Aku pun secara automatik dalam hati, namakan die Nineveh.

Hi Nineveh!

Aku pun pssst pssst kat die. Nineveh buat muke annoyed sambil berlalu pergi. Aku chop die kucing diva selepas tu. Aku pun balik rumah.

Malam tu aku mimpi aku bukak pintu rumah aku and Nineveh tercongok kat depan pintu. Tapi aku anggap macam mainan tidur je. Yelah, kejadian siang kan kekadang masuk mimpi kan. Biaselah tu.

Esoknya aku balik dari tadika, macam biaselah aku singgah warung yang sama. Memang warung tu dah jadi port aku beli nasi lauk sambal ikan keli.

Bila aku nak balik je, popppp, si Nineveh muncul kat tepi kaki aku. Tanpa memandang aku, die terus decide nak lepak sambil jilat kaki die kat tepi kaki aku.

Aku pon pssst pssst and nak belai bulu die. Die macam “Yes you can belai me, I give you permission”

So aku pon belai and casually cakap aku mimpi die semalam. Aku rasa perbuatan cakap dengan kucing ni kire normal kan? Aku ni macam dah sangsi dengan kewarasan aku dua tiga menjak ni.

Malam tu aku mimpi die sekali lagi. Aku mimpi aku bukak pintu depan rumah and Nineveh masuk.

Bile dah kali kedua mimpi die, aku macam terkesan jugak. Kenapalah aku mesti mimpi kucing yang sama? Best sangat ke ko sampai nak masuk mimpi aku. Huh.

Kebetulan siang esoknya, aku saje jelah borak dengan kawan aku kat tadika, Lili nama dia. Lili ni pulak menakutkan aku dengan cakap, mimpi kucing bukan petanda baik.

Mimpi kucing maksudnye aku akan kena sihir. Woih takut aku pastu. Aku tak surelah betul ke tak ape Lili cakap, tapi aku takut gaklah.

So balik dari tadika, aku tak singgah warung tu dah. Aku beli makanan kat kedai lain. Aku takut terserempak dengan Nineveh lagi. Aku harap malam nanti die tak masuk mimpi aku.

Guess what?

Die datang lagi dalam mimpi aku.

Dalam mimpi tu, Nineveh duduk kat hujung sudut bilik aku. Die tidur je, takde buat apa.

Bila aku terjaga, aku jadi tertanya2x. Aku takdelah takut, just aku curios. Kenapa aku kena mimpi dia eh? Pelik aku lah.

Sehinggalah seminggu tu aku asyik mimpi Nineveh lantas aku jadik stress. Aku mimpi Nineveh duduk atas rak bukulah, duduk bawah meja batu yang kat dapurlah, mimpi die dekat dalam mangkuk tandaslah. Euw.

Mimpi tu bukanlah secara spesifik pasal Nineveh. Tapi dalam scene mimpi aku, aku mesti akan ternampak Nineveh kat tempat2x yang aku mentioned tadi.

Contohnye, aku mimpi tengah berborak dengan kawan, sekilas pandang aku ternampak Nineveh kat rak buku. Hah camtulah.

Aku cakap dengan tunang aku. Tunang aku pulak suruh aku tanya makcik warung tu, Nineveh ni datang dari mana.

Aku cakap kat tunang aku, aku dah tanak pergi warung tu lagi sebab aku takut terjumpe Nineveh.

So tunang aku decide, biar die yang pergi. Tunang aku kerja gomen. So die cakap, nanti lepas solat jumaat, die try singgah warung tu and slow talk dengan Nineveh (melawak).

Actually tunang aku just gelarkan Nineveh sebagai kucing. Die takde cakap nama Nineveh ke apa, sebab die cakap, aku sorang je terlebih kreatif sangat sampai nama kucing pun pergi letak nama entah apa2x.

Aku argue and cakap tu nama bandar Nabi Yunus lahir and dakwah, okey.

Tunang aku balas, lagilah pelik aku ni dok letak nama bandar Nabi Yunus sebagai nama kucing. Letak jelah nama Comel, Coklat ke apa. Nineveh jugak yang aku pi letak.

Aku just buat mata keatas. Bukannye aku letak nama Firaun ke apa kan? Huh.

Lagi satu tunang aku cakap, tu bukan kucing aku, kenapa nak sibok namakan kucing tu. Eee bising tau tunang aku ni. Aku saje je, aku cakap kat die.

Tunang aku cakap nanti die singgah warung tu and nak tanya kenapa Nineveh kacau aku dalam mimpi (dengan nada nak melawak).

Aku cakap kat tunang aku, hati2x lah. Kot Nineveh lak masuk mimpi die lepas tu.

Bile tunang aku singgah warung tu, die tak jumpe si Nineveh. Die cakap die tanya makcik warung tu tapi makcik tu cakap, banyak kucing selalu singgah warung tu sebab makcik tu rajin bagi kucing2x sisa makanan.

Tapi die tak ingat pulak ada kucing coklat kat situ. Die cakap banyak sangat kucing, mungkin die lupa.

Aku bertambah stress. Kire macam aku sorang je terjumpe Nineveh ni. Malam tu, untuk kesekian kalinye, aku mimpi lagi Nineveh.

Mimpi kali ni, aku bagi die makan. Aku tak tahu aku bagi makan apa, just aku ingat aku sua kan die mangkuk yang aku rasa ade ikan dalam tu. Biaselah dalam mimpi kan bukan perfect jalan cerita die. Ade lompong sana sini.

Aku cakap dengan Nineveh, die siapa? Kenapa selalu masuk dalam mimpi aku? Die nak suruh aku tolong pape tak? Nineveh makan je buat tak tahu.

Tapi bising betul die makan tu. Bile aku tengok dalam mangkuk tu, aku rase pelik sebab die makan burung kelicap, tak silap aku.

Burung tu berkaler2x camtu. Aku rase kelicap lah. Haha. Pepandai je decide burung apa. Tertonggek2x badan burung tu, sebab kepala die ade dalam mulut Nineveh.

Lepas tu mimpi aku tu dah bertukar scene lain yang aku pun dah tak ingat apa.

Esoknya aku demam panas. Lama aku demam. Lebih kurang 2 minggu. Tapi sepanjang aku demam tu, aku takde dah mimpi Nineveh.

Aku tak makan apa2x selama 2 weeks tu, just minum air je. Takde selera langsung. Susut sikit badan aku. Aku just makan ubat doktor je, sebab memang takleh nak terima pape makanan. Aku memang muntah balik. Aku rasa semua makanan bau busuk.

Tunang aku nak bawak aku jumpe ustaz, die risau mungkin aku terkena gangguan ke apa, tapi aku cakap, takpe, aku memang amal baca Manzil setiap hari (boleh google ye kepada sesiapa yang belum tahu Manzil tu apa). InsyaAllah aku takde pape, aku cakap.

Lepas baik demam, aku takde lagi dah mimpi Nineveh. Tunang aku buat lawak cakap, mungkin kucing tu tak suke aku namakan die Nineveh. Sebab tu die kacau aku dalam mimpi.

Mungkin jugak kan, walaupun tak logik. Haha.

Itu jelah aku nak confess, aku still pelik dengan kejadian ni sampai sekarang. Tapi alhamdulillah, takde pape jadi kat aku ke apa.

Aku harap Nineveh bahagia walau kat mana die berada sekarang. Aku dah tak jejak kaki lagi kat warung makcik tu, sebab aku takut terserempak Nineveh lagi.

Kepada Nineveh, walaupun ko seekor kucing yang mustahil akan baca confession ni, aku just nak minta maaf if ko benci aku namakan ko Nineveh. Aku patut tanya ko dulu, ko suke nama tu or tak?

Aku macam tak waraskan sekarang ni?

Okay aku stop dulu. Bai.

– Auni (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *