Assalamualaikum..Terima kasih admin sebab sudi siarkan story aku ni..Aku budak Universiti tapi bukan UIA .. Aku nak citer pasal housemate aku yang berpurdah ni . Berniqab maksud aku ..Kalau purdah yang sekerat tak tutup kening tu kalau niqab yang tutup kening tutup semua la (bagi orang yang tak tahu ) .Maknanya yang niqab ni orang pandang habis alim la suci je sejuk je tengok …Tapi kakak housemate aku ni lain cerita dia. Dia berniqab tapi sosial dia kalah kitorang yang agak sosial tapi takdelah nak keluar dengan jantan sana sini ..Okey first aku citer pasal macam mana aku boleh jumpa dan kenal makhluk ni . Mula tu kami baru sem satu nak masuk sem dua tapi dah kena halau dudur luar daripada duduk asrama.So kami pun cari la rumah sewa dan dah jumpa dah satu rumah sewa tapi homestay boleh la daripada takda.. Sewa takyah citer la mahai ya ampun. Masa tu kami berlima je ,and kena cari penghuni² rumah tu lagi .
Dan terjumpalah hakak yang aku ingat suci murni yang kononnya ni bagi aku dia memang perfect 10! Dia pun dah setuju nak duduk rumah kami . Yang buat aku lagi suka sangat kenal ngan akak ni sebab selalu la kami chat and akak ni dia cakap dia nak tolong kitorang cari orang untuk rumah tu .Even kitorang cuti balik kampung tapi dia cakap dia sanggup tak balik kampung sebab nak tolong kitorang cari orang untuk rumah tu lagi sebab lagi seminggu lebih kitorang dah nk kena duduk rumah tu tapi tak cukup orang lagi .Kami pun rasa macam bertuah giler jumpa akak ni dah la berniqab baik pulak tu sanggup tak balik ..Kitorang senang lenang je balik .Sebab dia cakap dia akan settle kan segalanya dengan tuan ruman and akan cari orang secepatny Korang takyah pikir .Just datang cam biasa. Deposit dia suruh bank in dekat bank dia ,kitorang pun percaya bulat bulat .Yela kan takkan orang yang suci (BERNIQAB) tu sanggup pulak buat kerja bukan bukan . Masa kami jumpa dia tu dia cakap umur dia 23 .And dia cakap akak suka masak ,nanti kat rumah sewa biar akak je masak ..Hahaha sapa tak suka kan? Ada orang sanggup nak masak .Giler hengkoo rugi kalau tak ambik orang gini buat housemate. Tapi tu semua dusta belaka . Manis di bibir .
Habislah cuti sem kami pun datang rumah sewa baru ni sebab dah cukup orang. Deposit semua dah settle dekat dia semua dah bank in rm1600 . Kitorang pun dah saling berkenalan dengan housemate yang 16 orang ni .Hahaha ramai kan? Tapi rumah ni besar so tak rasa macam ada 16 orang. Dalam rumah ni semua budak degree and yang paling penting tua dari kitorang berlima.Tapi akak yang berniqab tu yang paling tua sebab 23 . So kami anggap dia ketua rumah la. Dia bawak sorang kawan dia niqabis jugak tapi sama umur dengan kitorang. So kitorang lagi happy la ada dua orang manusia mulia dalam rumah ni mesti aman je rumah ni..Sebulan dua bulan okey je perangai semua .Start tengah bulan dah mula tunjuk belang masing masing. Rumah kitorang kan kalau tak homestay so ada ekon . Yang lagi best ekon tu ada dalam bilik dia dan bilik kitorang berlima . Sebelum masuk kemain peraturan dia buat dalam rumah ni yela dia kan ketua kami pun setuju .Antara peraturan dia macam jangan sepahkan rumah , jangan bawak masuk jantan dalam rumah, kena kemaskan rumah selalu sebab setiap bulan owner akan datang jenguk .Jangan bukak ekon sebab nanti bil banyak .Dan yang paling penting jangan sesekali dating dan keluar dengan jantan. Tu antara peraturan yang dia bagi yang lain tu tak ingat la. Awal tu dia dah pesan kat kitorang berlima yang tinggal dalam bilik master room yang ada ekon ni supaya jangan bukak ekon selalu kalau nak bukak ,bukak time panas je. Kalau nak ikotkan hari hari panas kan tapi apakan daya kitprang ikot cakap dia sekali sekala je.Lepastu beberapa hari lepastu tiap kali kami keluar bilik je mesti rasa macam sejuk je lalu bilik dia sebab bilik dia berhadapan dengan bilik kami dan tangga. So nak turun ke apa memang konfem lalu bilik dia.Tapi kami husnudzon jela mungkin dia bukak sebab dia panas sangat ke or alergik matahari. Tapi ni dah melampau woi alergik abah dia kalau dah 24 jam lepastu hari hari .Dan tibalah bil api dan air. Mak datuk punya banyak woi bil api. Kitorang semua sepakat nak buat perbincangan malam tu.Sebab takpuas hati giler dengan bil api .Semua dah tau akak ni suka bukak ekon so malam tu kitorang dah warning n untuk kami berlima jugak untuk tak bukak ekon dah lepasni .Kita sama sama panas. So kami pun dah bertaubat tak nak bukak dah .huhuhu.Tapi akak ni taktau la dia ni telan apa masa kecik degil nak gile . Banyak kali bil api sampai mesti banyak kena bayar and banyak kali jugak la kami buat perjumpaan housemate. Dia tetap bukak jugak ekon walaupun 1000 kali b
Perjumpaan kitorang buat pun .Sampai kitorang letak remote ekon kat bawah dalam laci dia still bole bukak jugal dia panjat pastu tekan suis kat ekon .So dah tak larat nak cakap ngan makhluk macam ni kitorang pun ignore jela pasal tu .
Hari demi hari dia ni kitorang dah nampak macam mana.Kerap keluar dengan jantan .Sana sini jantan lain lain . Balik pukul 2,3 pagi dengan laki .Kadang kadang kitorang dengar jugak perbualan dia kt luar rumah dengan laki .Tapi dia cakap tu abang dia. Pelik betul adik beradik beramah mesra macam tu ,kalau aku banyak main tumbok tampar ada la dengan abang aku. Takdanya nak sweet manja bagai naik loya aku .Kitorang ada jugak jumpa lelaki depan rumah tapi sebab oder makanan and sembang kejap pastu blah .Dia boleh pulak heret kawan dia niqabis tu terjebak sekali .Kuar ngan laki balik lewat. Lepastu kitorang dapat berita tergempar yang rumah kitorang kena aim dengan pihak U.Kena pantau dengan orang atasan sebab kerap nampak niqabis kuar ngan laki and lepak depan rumah .Balik lewat .Banyak dah mulut mulut cakap pasal rumah kami. Sapa tak malu weh macam rumah….malas nak cakap .Malam tu kami buat perjumpaan housemate lagi kali yang keberapa tah sebab banyak kali sangat.Kami bincang pasal orang orang yang pantau and cakap cakap pasal rumah kami tu .Kami sound jugak la dua org niqabis ni .Akak tak akak tapi dah buat perangai kan .Takleh hormat dah la macamtu .Dia pun ok .Tapi ingat senyap macamtu je ke ?Dua buat lagi weh ! Hahaha .Degil betul .Malam tu pecah rekod yang dia balik dekat subuh . Gila mau tak pelik kami .Dia buat kitorang fitnah and kata macam macam dekat owner rumah .Sapa tak geram owner yang selalu mintak duit .Yang lagi best owner cakap deposit tak bayar lagi .Korang rasa? Kitorang dah bank in kot kt akak ni masa awal dulu. Hidup kitorang dihantui dengan tuan rumah yang kitorang cakap dia gila duit .Tak habis habis mintak duit pastu cara dia layan kitora g pun macam apa je. Baran je keje .So kitorang macam tak puas hati la sampai hari tu owner dah nekad nak halau kami sampai kami merayu rayu sangat .Yang lagi best owner pun tau rumah kami dipantau .Mau tak mengamuk dia. Naseb la hati dia mulia dia bagi kami stay lagi rumah tu walau banyak masalahh. Heran jugak la kami bukannya buat masalah besar sampai dia layan kamk teruk camtu .
Sampai satu hari tu owner datang rumah sebab tak puas hati deposit tak bayar. Bertekak jugak la haritu .Sapa taknak tegakkan duit yang dah bayar tapi cakap tak ,bukan sikit rm1600 .Akhirnya terbongkar jugak owner tunjuk bukti duit tu memang tak bayar lagi. Masa tu akak tu ada jugak ,owner tanya dia betul betul barulah dia cakap “mungkin saya tak perasan saya dah terguna,saya akan ganti secepatnya” Kitorang agak angin la kan boleh pulak cakap terguna tapi lega la sebab dia cakap nak bayar. Tapi nak tau tak sampai sekarang dia tak bayar lagi dh berbulan bulan berlalu .
Kitorang bincang memang nak keluarkan dia dari rumah tu sekali ngan kawan niqabis dia tu sebab dah tak tahan tapi kitorang slowtalk je tak nak gaduh .So dia pun okey kalau macam tu .Terbaik untuk semua jugak. Dah takda perang dalam rumah .Lepas dia keluar dari rumah tu kitora g cuti sem 2 bulan . Sampai sekarang kitorang masih tak dapat duit deposit rm1600 .Walaupun banyak kali desak dia ,owner pun kacau dia selagi tak bayar. Tapi doa boleh buat hati kering je. Dia cakap dia akan bayar secepat mungkin tapi tak mungkin kitorang nak caye dah kan .Dengar citer dia memang suka pinjam duit orang tapi tak bayar bayar ,hutang ngan budak budak rumah pun banyak dia tak bagi lagi sebab beli barang rumah haritu semua bagi duit kat dia and ada la baki dalam rm20 ringgit, banyak jugak la tu kan.
Lastly korang nak tau tak dia sebenarnya umur 20 .Kitorang pikir dia mungkin cakap 23 sebab nak kitorang hormat dia. Pergh macam bengang jugak la. Tapi nal buat macam mana dia pun dah keluar rumah dengan duit kitorang tak bayar bayar sampai sekarang tu .Banyak jugak dengar citer pasal dia lepas dia keluar rumah .Masalahnya tak nampak langsung batang hidung dia lepastu .Duit kemana apa kemana .Pasal family dia pun dia banyak kelentong .Taktau la hidup dia ni macam mana.Tunggang langgang. Mungkin dia ada kisah disebalik dia buat semua ni .Mana la tau kan. Bersangka baik je la .Kepada korang kalau jumpa orang macam ni jangan mudah percaya walaupun nampak dia baik ,selidik dulu sebelum bagi duit ke apa. And moga istiqomah la kalau korang pakai niqab tu ,tak semuanya perangai teruk mesti ada yang baik kan cuma segelintir je macam ni .Semoga dia baca confession aku ni biar dia sedar sikit..Roda tu tak sentiasa dia atas. Terima Kasih ,Assalamualaikum
– Nurul
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit