No More Jerawat

Assalamualaikum,terima kasih admin jika sudi siarkan. saya menulis ni hanya untuk berkongsi pengalaman sendiri mengenai jerawat.

Sebelum ni,memang muka saya tak pernah tak ada jerawat. Jadi saya sukalah mencuba pelbagai produk untuk dalaman mahupun luaran konon-konon lah nak flawless kan.

Sebut je produk kat watson,guardian tu,80% tu saya dah pernah cuba malangya tak berkesan. Tapi tak apa,mungkin kena rawat dari dalaman kot. Jadi saya pon terjebak pulak beli produk tuk dalaman. Pon macam tak ada apa2 pon terjadi. Tak berkesan.sedihhhh

Tak cukup dengan itu,saya pon beli produk skincare tempatan. Saya cuba satu produk tu. Sebenarnya saya takut nak cuba sebab ura ura ada merkuri lah dan macam macam lagi.

Jadi sebab dah stress sangat,apepon tak boleh. Jadi saya pon try lah. Dalam masa 2 minggu je,pehh dah ada perubahan. Semua tegur,semakin berseri,cantik,putih lah. Siap ada yang tak perasan saya maklumlah putih,dulu gelap. Muka je la.hahaha. perasan lah kejap tapi saya perasan jerawat masih ada 1,2,3 ketul. Tak flawless sangat.degil betul jerawat ni. Lama lama rasa macam tak best jugak sebab misinya nak hilangkan jerawat bukan nak putihkan muka jadi saya pon berhentila memakainya.

Jeng jeng jeng! Lepas berhenti,ibarat cendawan tumbuh selepas hujan la jerawat tu keluar.sedih amat. Malunya nak berdepan orang hatta kawan sendiri.menyesal pon ada cuba produk tu.

Kulit muka saya jadi lebih teruk dari sebelum pakai produk tersebut. Lepastu,saya terbaca komen iium confessions pasal jerawat jugak. Saya cubalah cetaphil.memang mahal tapi berkesan.alhamdulillah botol pertama habis dah nampak kesan.paling penting,orang yang berjerawat nih kena cari produk non comedogenic,tak kiralah bedak kompak ke,pencuci muka,moisturiser ataupon make up clenser pon mesti non comedogenic. Apepon rangkaian produk cetaphil paling best dan berkesan bagi saya.

Saya pun ada jugak pergi jumpa doktor. Jadi dia bagi saya antibiotik,ubat sapu dan ubat parut. Saya pergi swasta sebab nak jumpa doktor cepat tapi tak menyesal walaupon kali pertama kena caj dalam rm300. Seterusnya rm150. Gabungan saya pakai cetaphil makan ubat,pakai ubat sapu dan parut,muka saya semakin flawless. Alhamdulillah,syukur.

Saya masih lagi ada temujanji dengan doktor tersebut tapi saya tahu kulit saya semakin sihat.

Saya tulis ni supaya sesiapa yang ada masalah jerawat,jangan segan jumpa doktor. Cubalah cetaphil. In shaa Allah.
Banyak banyak berdoa kepada Allah jugak minta pertolongan Allah. Mudah mudahan dipermudahkan.

Okey..bye..

– Manse

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit