Nobody Love Me

Aku ni tak tau la macam mana nak sampaikan isi hati aku. Aku cuba straight forward ja la.

Aku dengan bini aku ni pjj. Belum ada anak. Bini aku 5 beradik. 4 permpuan satu lelaki. Semua dah kahwin. Kecuali sorang perempuan. Dan yang laki tu dah cerai.

Antara 5 beradik ni, kakak dia ja tingal asing. Yang lain2 ni semua dok sekali di rumah parents depa.

Rumah depa memang bsar la 6 bilik. Lepas tu tak tau la sumpahan apa keluarga ni, menantu2 laki sama macam aku. Kerja jauh pjj. Sesekali cuti baru balik.

Yang aku sakit hati ni, masa aku balik sana, tak dak pun nak pi tempat2 best. Aku ni sebenarnya anak yatim. Aku memang tumpang kasih keluarga mertua aku.

So aku suka la style keluarga dia. Sebab hari2 meriah. Kerap buat barbeque. Makan sama2 ramai2. Kerap jalan2. Pergi sana sini 3 4 biji kereta. Best la.

Aku kahwin dengan bini aku pun sebab itu yang aku nak sebenarnya. Hidup meriah beramai2.

Oh ya bini aku orang borneo. Tapi aku memang betul2 jatuh hati dengan kerapatan dan kemeriahan keluarga ni.

Aku kan tak pernah rasa semua tu. Aku benci hidup alone and lonely.

Sebenarnya jarang tiga2 menantu lelaki nak ada sekali kecuali time raya.

Masing2 kerja jauh. Cuti tak sama. Apa yang aku perasan, macam ada bias diantara aku dan menantu2 lain.

Sebabnya, masa aku tak dak, kalau ada menantu doktor tu, mesti depa jalan kaw2 la. Pergi makan sana makan sini. 24 jam bini update status meriah2 la.

Kadang2 aku balik, jalan biasa2 ja. Ataupun kalau menantu sorang lagi ada pun sama la. Tak berjalan sangat. Mostly duduk rumah ja. Buat barberque tu ja ada sesekali.

Pernah jugak kakak isteri aku kata, diaorang ni plan apa2 pun tak tunggu suami dia.. So aku pun bersuara la. Memang.

Sebab depa ikut plan depa ja. Tak peduli aku ada ka, suami dia ada ka. Yang penting doktor tu kena ada.

Tapi suami dia kerja situ2 jugak.. Dua mingu sekali ada balik. Macam aku selang 2 atau 3 bulan baru balik dengan cuti seminggu dua.

Tapi semingu dua tu tak kemana sangat sebab bini aku kerja. Lepas tu adik beradik dia kerja.

Dia macam ni tau, adik beradik lain kalau doktor tu balik, depa plan mana2. Semua pakat ambik cuti termasuk bini aku.

Tapi time aku, semua malas nak ambik cuti. Lepas tu nak berjalan pun macam tak semangat tak meriah. Nanti bagi alasan kerja. Nak balik cepat.

Aku pernah merasa meriah berjalan2 masa doktor tu ada ja. Selain tu jarang sangat.

Aku dah banyak kali pernah suarakan hal ni pada isteri aku.

Sebab aku pun suka makan2 jugak. Bini akan cakap nanti. Cuti tak de. Sebenarnya kan, aku bukan nak berdua dengan bini.

Aku suka ramai2 dengan keluarga. So macam tak best kalau berdua dengan bini ja. Aku sayang ja family mertua aku tu.

Mak ayah dia aku betul2 anggap macam mak ayah aku.. Tapi bila aku ajak. Masing2 bagi alasan tak larat la. Nak pergi tempat lain la. Anak perempuan kerja malam la.

Kali ni, doktor tu ada. Seminggu kot aku perhati. Pergi sana sini. Rumah kakak dia la. Rumah saudara la. Funfair la.. Makan steambot la. Berseronok la senang cakap.

Aku mengamuk kat bini. Dia makin sakit kan hati aku pos gambar video itu ini. Bini aku ambik cuti 3 hari sebab nak berjalan2.

Bini aku memang sengaja hantar kebahgian mereka dekat aku. Lepas tu letak caption jangan jelous. Jangan dengki. Jangan sakit hati.

Sebab dah sakit hati, aku pos dalam group family yang ada semua orang tu. Aku tulis nobody love me. Bini aku orang first respon dengan stiker gelak.

Pastu adik ipar perempuan hantar striker garu kepala macam tak faham. Aku pun apa lagi, aku tulis la time aku ada tak bawak pergi semua ni.

Time aku tak dak, semua have fun without me. Nobody care about my feeling.Dan macam2 lagi la ayat dramatic aku bagi.

Aku ni kan kalau jumpa sapa cipta stiker ni, memang aku katok sampai mati. Sebab semua masing2 hantar stiker ja. Seolah2 tak tau nak respon apa.

Pastu ada cakap sabar sabar. Bagi depa ni aku main2 kot. Sedangkan aku serius dengan perasaan aku.

Aku sebenarnya tak dak msalah pun dengan family ni. Semua orang baik ja dengan aku termasuk biras2 aku.

Cuma bab ni aku tak puas hati la. Memang aku tulis direct aku tak puas hati dengan layanan family ni.

Lepas tu adik ipar sorang ckap next year la. Aku dah faham dah, next year tu nak tunggu cuti doktor tu. Aku dapat cuti ke tak belakang cerita.

Aku cakap direct macam tu. Doktor tu pun hantar icon gelak, yang lain2 pun lebih kurang la.

Malam tadi aku call bini aku. Dia tengah tidur. Aku luah ketidakpuasan hati aku. Tapi entah la style family ni tak pernah ambik serius.

Kita marah kaw2 pun depa gelak2 ja. Ambik simple and easy semua benda. Walaupun aku cakap aku tengah marah ni.

Depa kata ok marah dulu, nanti kita minum. Termasuk la bini aku. Tak pernah ambik serius kemarahan aku.

Tapi kali ni aku betul2 marah kat bini aku. Bini aku cakap, awak tahu kan ayah sponsor semua benda. Minyak i pun ayah yang isi.

Aku tanya kenapa masa aku ada ayah jarang sponsor? Kenapa mesti tunggu doktor tu. Dia kata mana ada macam tu.

Kebetulan ja semua tu.. Kami tak plan apa2. Ayah kata nak pergi tengok kakak. Mak kata nak makan sana. Akhirnya aktiviti tu jadi padat.

Aku kata banyak kali aku offer nak sponsor,tapi jarang orang nak ikut. Bini aku cakap timing awak selalu salah.

Time tu orang baru naik kerja, susah cuti. Budak2 sekolah. Ayah nak turun laut.. Mak nak jahit baju sebab ada tempahan.

Dia kata aku ajak pada waktu yang salah. Semua orang ada kerja, susah nak turuti.

Bila aku tanya habis bila lagi nak macam ni. Dia kata tak tahu.. Semua tu berlaku spontan.

Sebenarnya aku dan doktor tu kerja di semenanjung ja. Cuma beza negeri.

Sebab kan dia doktor, walaupun kita plan cuti awal pun,tapi dia punya cuti last minit sangat2 baru dapat tau lulus ka tak. Aku pulak seminggu awal kena apply.

Kenapa walaupun plan aku jarang dapat sama dengan doktor tu. Situasi dia macam ni.

Aku dan doktor tu sama2 apply cuti contoh 1 ogos. Cuti aku confirm2 lulus.

Dan aku bukan kaya macam doktor tu nak beli tiket last minit. So aku memang terus beli tiket kapal masa cuti aku lulus.

Tapi doktor tu walaupun dah apply sebulan awal pun, tapi 28 julai ka, 30 julai ka baru tau lulus ka tak. Kadang2 pagi 1 ogos baru tau keputusan. Kadang2 senyap terus.

Tapi most of time tak lulus. Dan di ganti tarikh baru. Contoh 20 ogos ka. Aku dah naik kerja dah masa tu.

Dia ni akan beli flight hari dia nak terbang. Aku tak boleh alter cuti dah kalau dah lulus. Lagipun aku dah beli tiket, terpaksa la fly time tu.

So dalam fon call tadi aku kata, kalau betul sayang aku, arrange benda yang sama macam hari ni dengan family2.

Dia kata tak dapat janji. Makin aku panas hati. Aku terus tanya, keluarga awak tak sayang saya ka. Dia cakap sayang ja.

Aku kata aku ni macam orang asing sangat cara layanan.Dia kata aku ja fikir bukan2.

Lepas tu dia ungkit, adik perempuan dia kalau sambut aku di airport siap bawak bunga. Anak2 sedara bawak coklat, bawak lukisan.

Dekat doktor tu pun orang tak buat macam tu. Sampai satu family jemput awak semata2 awak suka ramai2. Tu tak cukup bukti ka diaorg sayang awak.

Aku kata tak cukup. Sebab hari tu ja. Hari2 lain buat hal sendiri. Jarang nak layan permintaan aku. Tak ambik serius pasal aku.

Dia menguap2 ja, dia kata i gantuk. I nak tidur. Esok nak bangun awal. Breakfast kat luar ramai2.

See, sengaja nak sakitkan hati aku. Aku kata aku malas nak kawan dengan hang lagi. Aku nak cari perempuan lain la.

Dia kata kita dah kahwin la bukan kawan lagi. Aku kata sama ja la. Dia cakap ok. Good luck ye cari perempuan lain.

Kenapa bini aku ja macam ni? Kalau kawan2 aku cakap pasal perempuan lain dengan bini depa, habis periuk belanga terbang.

Tapi bini aku ni tak pernah nak rasa cemburu langsung.Siap ucap semoga berjaya kat aku.

Aku pernah cakap aku nak kahwin lain, aku pernah tunjuk aku saja2 masuk omi chat dengan perempuan lain. Dia kata nanti bagitau awal tarikh nikah, senang saya nak ambik cuti. Astaga.

Ka dia sebenarnya tak sayang aku. Tapi aku sayang dia kaw2. Termasuk family mertua aku aku sayang.

Apa la aku kena buat sekarang. Jangan suruh aku pindah sana, sebab tak dak peluang pekerjaan kat sana. Kalau ada pun gaji sana tak cukup untuk bela bini aku.

Dia pun aku tak bagi pindah sini sebab aku nak merasa hidup keluarga beramai2. Aku sebenarnya suka borneo.

Tapi salah ka kalau aku tagih perhatian dan kasih sayang dengan cara ni.

– Ferrari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Apa kata tuan belanja keluarga mentua tu pergi bercuti jika nak bercuti beramai-ramai setiap kali balik rasanya semua akan setuju.

  2. Pada aku, kau ni lemah, lembik. Tinggal je bini x guna tu.jgn tunjuk sgt kau lemah .dipijak2 nya kepala kau.cari je perempuan lain.

  3. Kenapa asyik ‘focus’ kpd bias kluarga mertua kpd c doctor tu.. adakah awk rse ‘tercabar’ atau jealous dgn kehadiran dia..? Tidak kah awk pernah terfikir, mngkin juga dia ada ‘menyumbang’ dlm kos utk travel or buat event kluarga tu..? Selalunya org yg dianggap ‘berjaya’ dlm kluarga itu adalah lbh ‘dominant’ dari segi pendapat atau idea dia, mngkin juga kluarga isteri awk mnganggap dia seorang yg bijak dlm membuat keputusan, atau ada ciri2 ‘pemimpin’ dlm kluarganya.. apa2 pon, just be yourself dan jgn membandingkan diri awk dgn org lain, nt awk akn rse ‘kecewa’ dan tersisih dari mereka.. anggaplah perkara yg baik2 shj, supaya x timbul ‘konflik’ atau perselisihan fhm dlm kluarga.. ingatlah, once org itu dah jd ‘icon’ dlm family nya, ia slalunya akn tetap begitu, sbb mrk lbh kenal ahli keluarga mrk.. wallahu a’lam bissawab

  4. Jangan samakan jabatan awak dgn jabatan kesihatan. Ingat doktor senang2 ke dpt cuti. Kdg2 cuti ditarik balik sbb situasi trtentu. Kdg2 cuti dibekukn wkt2 bencana alam. Jd jgn samakn dgn awak. Tu sbb bila doktor tu dpt cuti tu peluang semua brcuti. Tak tau la awak kerja bidang apa jd jgn la ambil hati sgt. Betul kata isteri tu. Waktu ygtidak sesuai. Allah yg tentukn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *