Nonchalant Person

Hi assalamualaikum. Nama saya Melati, awal 30. Di sini saya nak ceritakan pengalaman bersama dengan seseorang yang ada character nonchalant.

Apa itu nonchalant? Nonchalant ni bermaksud seseorang yang sangat relax dan tenang dalam apa jua keadaan sehingga menampakkan mereka tidak kisah atau prihatin terhadap sesuatu isu. Nonchalant ni boleh jadi negative atau positive.

Dalam kes saya, it’s negative. Kami berkenalan di muka buku selama beberapa bulan. Tapi sepanjang beberapa bulan ni, hubungan itu terlalu sangat la drained energy. Dalam nonchalant relationship perkara ni boleh jadi toxic.

Satu pihak terlalu energetic dan expressive tapi satu pihak lagi lebih laid back. Nampak macam normal kan? Tapi bila datangnya krisis dalam hubungan, pihak yang nonchalant lebih cenderung untuk mengelak dari berkomunikasi atau selesaikan masalah tu. Ini baru permulaan.

Nonchalant person tend untuk berdiam diri dan unresponsive. Dan anggap isu atau krisis itu bukan benda yang besar perlu untuk selesaikan. Dan mereka juga sangat2 la bukan jenis yang expressive ya. Bila di tanya berkenaan isi hati atau perasaan, jawapannya adalah ada tapi ‘rahsia’.

Ada satu report dari ‘The Austin Institute’, menyatakan masalah atau punca utama penceraian salah satunya adalah disebabkan pasangan yang unresponsive. Mereka ini sejenis akan lari dari masalah dan tidak menunjukkan sikap interest terhadap pasangan.

Contoh kalau pasangan excited nak bercerita, tengah bersedih, ada masalah, tendency untuk dihiraukan amat la tinggi. Benda ni sinonim dengan lack of emphathy dalam nonchalant.

Dipetik dari artikel oleh Jason Shiers, hubungan bersama dengan orang yang nonchalant ini buat satu pihak rasa sangat tidak dihargai, rasa di reject dan tidak bernilai serta menyebabkan seseorang itu hilang self esteem. Ini yang apa saya alami selama beberapa bulan ini.

Dan sepanjang tempoh berhubungan rasa berpuluh kali agaknya bagitau ingin angkat kaki. Tapi mereka ini akan patahkan niat dengan cara menampakkan bahawa kita seorang sahaja yang ada problem. Atau isu tersebut tak besar mana. Conclusionnya, isu2 tersebut tidak pernah selesai dan menjadi barah.

Banyak juga saya nak share dapatan bacaan berkenaan nonchalant person ni. Macam saya mention di atas, nonchalant ini boleh jadi negative atau positive.

Positive side nya, mereka lebih tenang dalam situasi yang tegang, boleh menyelesaikan masalah dengan sendiri dan jenis yang buat hal2 sendiri tanpa hiraukan hal orang lain.

Tapi dalam hubungan, kebanyakan hubungan bersama nonchalant person tidak akan tahan lama. Sebab tiada give and take. Dan wujudnya emotional unavailability. Selama berhubungan saya sendiri tidak tahu perasaan dia tapi sering beri hint hubungan ini baik2 sahaja.

Tapi bila difikirkan agak mustahil untuk kekal dalam keadaan tidak diendahkan, tiada rasa caring dan empati terhadap pasangan so pilihan yang ada adalah angkat kaki.

Mostly pembacaan saya, berhubungan dengan orang nonchalant ni, atas kita mahu stay atau tidak. Jika rasa boleh kekal dalam keadaan begitu tiada masalah.

Sebab ada lalu juga 1 vid influencer di tt yang beliau berkahwin dengan orang nonchalant ni. Dan selalunya untuk kekal dalam perkahwinan itu, perlukan effort dan kesabaran yang sangat2 tinggi.

Kebanyakan dari pembacaan, dalam kes perkahwinan bersama dengan orang nonchalant ini, rata2 perlu untuk merujuk kepada kaunselor rumah tangga untuk menyelesaikan masalah2 komunikasi dan penyelesaian konflik yang timbul. Kalau tak, hari2 memang akan makan hati. Sebab mereka ini memang sukar untuk berubah.

Sekian dari perkongsian saya. Kalau nak tahu lebih, rajin2 juga untuk search pasal nonchalant ini ya. Terima kasih.

– Melati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *